BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Selamat Datang

Wednesday, September 30, 2009

TINGKATKAN TAQWA KITA DGAN BERPUASA ENAM HARI DIBULAN SYAWAL

Disunnahkan oleh syara' mengiringi puasa di bulan Ramadhan dengan berpuasa enam hari di dalam bulan Syawal.Kerana ada sesetengah pendapat ulama' jika seseorang itu mudah untuk melaksanakan puasa sunat di bulan Syawal maka itu antara tanda puasanya mendapat redha dari ALLAH S.W.T serta sekali gus mendatangkn kemanisan beribadah kepada NYA>>>>

Dalil-dalil yang menunjukkan sunnahnya puasa enam hari di bulan Syawal:


عَنْ اَبِيْ اَيُّوْبَ اْلاَنْصَارِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّىاللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ اَتْبَعَهُ سِتَّا مِنْ شَوَّالِ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ.

“Dari Abi Ayub al-Ansari radiallahu ‘anhu: Bahawa Rasulullah bersabda: Barangsiapa berpuasa ramadan kemudian diikuti puasa enam hari di bulan Syawal, pahalanya seperti puasa setahun”. (H/R Muslim.IbnMajah). Imam Ahmad dalam musnadnya.Abu Daud.Tirmizi.Nasaii dalam As-Sunan al-Kubra. At-Thayalisi dalam Al-Musnad, Abdurrazzak dalam Al-Musannaf . Ibnu Syaibah dalam Al-Musannaf.At-Tahawi dalam Musykil al-Atsar. Al-Baihaqi dalam As-Sunan Al-Kubra, H/R Ah Muslim (Kitabus Siam). Abu Daud. (Kitabus Siam). At-Turmizi . (Bab As-Siam)Turmizi berkata: Hadis hasan sahih. Ibnu Majah (Kitabus Siam)


عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ اِبْرَاهِيْمَ : اَنَّ اُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ كَانَ يَصُوْمُ اَشْهُرَ الْحُرُمِ ، فَقَالَ لَهُ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّىاللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : صُمْ شَوَّالاً. فَتَرَكَ اَشْهُرَ الْحُرُمِ ثُمَّ لَمْ يَزَلْ يَصُوْمُ شَوَّالاًحَتَّى مَاتَ.

“Dari Muhammad bin Ibrahim bahawa Usamah bin Zaid berpuasa pada bulan-bulan mulia, lalu Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda kepadanya: Puasalah pada bulan Syawal. Lalu dia meninggalkan puasa bulan-bulan mulia dan terus berpuasa dibulan Syawal hingga dia meninggal dunia”. (Lihat: Al-Jami As-Saghir hadis. Imam as-Syuti menyebutkan bahawa hadis ini sahih. H/R Ibnu Majah )


مَنْ صَامَ رَمَضَانَ فَشَهْرٌ بِعَشَرَةِ أَشْهُرٍ وَصِيَامُ سِتَّةِ أَيَّامٍ بَعْدَ الْفِطْرِ فَذَلِكَ تَمَامُ السَنَةِ

“Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadan, maka puasa sebelum itu sama dengan sepuluh bulan dan dengan puasa enam hari setelah berbuaka (berhari raya), maka itu melangkapi puasa setahun”. ((H/R Ahmad). Ibnu Majah. An-Nasaai dalam As-Sunan Al-Kubra. Al-Baihaqi dalam As-Sunan Al-Kubra dalam Asy- Syu’bah Al-Imam. Al-Khatib dalam Tarikh Baghdad Ad-Darimi dalam As-Sunan Ibnu Khuzaimah dalam Sahihnya . At-Tahawi dalam Musykil Al-Atsar , At-Tabrani dalam Musnad Asy- Syamiyin.

Menurut Imam An-Nanawi rahimahullah: “Para ulama berkata: Bahawa puasa enam setara dengan puasa setahun, kerana satu kebaikan diberi ganjaran sepuluh kali ganda. Puasa sebulan Ramadan sama dengan puasa sepuluh bulan, puasa enam pula sama dengan berpuasa dua bulan”. (Lihat: Syarah Muslim )

Menurut Ibn Qudamah rahimahullah: “Puasa enam hari di bulan Syawal disunnahkan sebagaimana pendapat kebanyakan para ulama, iaitu berdasarkan riwayat dari Ka’ab al-Ahbar, Asy-Syafie dan Maimun bin Mihran serta inilah pendapat Imam Asy-Syafie rahimahullah dan Ahmad”. (Lihat: Al-Baihaqi dalam Ma’rifat As-Sunan Wal-Atsar , An-Nawawi dalam Syarah Musli. Abdullah bin Ahmad dalam Masail Ahmad dlm Syarah ‘Umdatul Ahkam (Lihat: Al-Mugni)

PERSOALAN YANG SELALU TIMBUL DIKALANGAN KITA>>

Apakah Dikerjakan Pada Minggu Pertama Syawal Atau Semestinya Berturut-turut?

Tidak disyaratkan dikerjakan pada minggu pertama Syawal, kedua atau ketiga atau secara beruturut. Boleh dikerjakan pada Hari Raya kedua, berturut-turut atau diselang seli kerana keumuman sabda Rasulullah:


وَأَتْبَعَهُ بِسِتٍّ مِنْ شَوَّالَ (وَفِى رِوَايَةٍ) سِتًّا مِنْ شَوَّالَ.

“Dan ikutkanlah/iringkanlah dengan puasa enam hari di bulan Syawal. (Diriwayat yang lain) Enam hari di bulan Syawal”.

Hadis di atas ini menunjukkan bahawa bulan Syawal keseluruhannya waktu untuk berpuasa enam, diberi kelongaran sehingga tidak dikhususkan sebahagian waktu dengan waktu yang lain, yang pesti ia dipisahkan oleh puasa Ramadan dengan Hari Raya pertama (1hb Syawal), kerana tidak dibolehkan berpuasa pada awal Hari Raya.


Ibn Taimiyah menjelaskan:
Telah diketahui bahawa puasa Syawal tidak bersambung dengan puasa Ramadhan, jika melakukannya di awal bulan lebih afdal kerana lebih hampir dengan Ramadan, maka melakukan di akhir bulan Syawal juga afdal kerana mengakhirinya menghampirkan puasa Ramadan dengan puasa lainnya, atau menjadikan Hari Raya kedua seperti yang dilakukan sebahagian orang, maka keduanya ada kebaikannya sama ada di awal atau di akhir Syawal.

Menurut Imam An-Nawawi rahimahullah:
“Pendapat dari kalangan ulama Syafiyah puasa enam hari sunnah dilakukan secara berterusan/berurutan, kerana menurut Imam an-Nawawi: Para sahabat kami berkata: Disunnahkan puasa enam bulan Syawal berdasarkan hadis sahih. Mereka juga berkata: Disunahkan berpuasa berurutan (terus menerus enam hari tanpa diputuskan), tidak ditunda sehingga akhir bulan, namun sebaliknya juga dibolehkan, orang yang melakukan masih mengikut sunnah yang sesuai dengan keumuman makna hadis dan kemutlakannya. Dan ini tiada perbizaan dikalangan mazhab kami, sebagaimana juga pendapat Ahmad dan Abu Daud”. (Lihat: Al-Majmu’)

Menurut Imam Ahmad, dijelaskan oleh anaknya Abdullah: “Nabi Muhammad bersabda: Enam hari dari bulan Syawal, maka apabila seseorang berpuasa enam hari tersebut, tidak perlu dikhuatari sama ada dilakukan berselang seli atau serentak (berurutan)”. (Lihat: Masail Abdullah)

Berpuasa enam Syawal sunnah hukumnya dan diberi pahala yang besar.

Puasa Sunnah Enam, Apakah Boleh Didahulukan Jika Ada Puasa Qada (Mengqada Puasa Ramadan)?

Syeikh Utaimin rahimahullah berkata: “Ini adalah suatu persoalan yang perlu dijelaskan, iaitu bahawa puasa enam (di bulan Syawal) tidak boleh didahulukan dari mengqada puasa fardu Ramadan yang tertinggal. Jika ada yang tertinggal puasa Ramadan, kemudian melakukan puasa enam sebagai sunnah mutlak, ia tidak memperolehi sebagaimana yang dijelaskan oleh Nabi di dalam hadisnya (Lihat: Syarah Al-Mumti’):


مَنْ تَطَوَّعَ وَعَلَيْهِ مِنْ رَمَضَانَ شَيْءٌ لَمْ يَقْضِهِ فَاِنَّهُ لاَ يُتَقَبَّلُ مِنْهُ حَتَّى يَصُوْمَهُ

“Barangsiapa yang mengerjakan puasa sunnah sedangkan ia mempunyai hutang (qada’) Ramadan yang belum ditunaikan, maka puasa sunnahnya tidak diterima sampai ia membayarnya (mengqada’nya). (Lihat: Al-Mugni.)


مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ اتْبَعَهُ بِسِتٍّ مِنْ شَوَّالَ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ.

“Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadan, lalu ia mengiringinya dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka seakan-akan ia telah berpuasa setahun”.

Oleh kerana hadis ini menetapkan: (Barangsiapa yang berpuasa Ramadan) adalah jelas. Sebahagian ahli ilmu ada yang berbeza pendapat tentang sahnya melakukan puasa sunnah sebelum mangqada’ puasa wajib. Namun masalah ini tidak berlaku khasnya kepada perkara ini, kerana hadis ini menyatakan dengan jelas tidak ada puasa enam hari kecuali setelah mengqada’ puasa Ramadan”. (Lihat: Al-Mugni.)

Perbezaan Pendapat Tentang Puasa Enam Syawal

Imam Malik, Imam Abu Hanifah dan Imam Ahmad tidak menganggap sunnah puasa enam hari di bulan Syawal. Namun ini diingkari (dibantah) oleh al-Hafiz Asy-Syaukani, beliau mengatakan:

“Mereka berhujjah bahawa mungkin (puasa enam hari Syawal) akan dianggap sebagai puasa yang wajib. Ini adalah pendapat yang batil yang tidak pantas dikeluarkan oleh orang yang memiliki akal fikiran, apalagi seorang ulama seperti mereka dalam menentang sunnah yang sahih dan jelas. Malah pendapat seperti ini akan berlaku pula pada semua puasa yang dianjurkan oleh agama dan tidak seorangpun yang mengatakan demikian. Sementara Imam Malik berhujjah dalam memakruhkannya sebagaimana yang beliau katakan di dalam Al-Muwata’: Bahawa beliau tidak pernah melihat seorangpun dari kalangan ulama yang mengerjakan puasa enam hari Syawal. Sedangkan perlu dijelaskan bahawa jika ia tidak melihat seseorang melakukan sesuatu sunnah, maka tidak bererti pendangannya boleh menolak sunnah”. (Lihat: Nailul Autar)

ALGHURABA'

HEBAT&PEDIHNYA AZAB ALLAH AZZAWAJALLA

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Assalamu’alaikum warahmatullah,

Wahai Saudaraku Yg percayakan ALLAH&RASUL S.A.W,

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM,

Lindungilah dan peliharakanlah kami,kedua ibu bapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.

Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.

Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH.AMIN.!!!!

LUASNYA NERAKA

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik r.a. berkata: Jibrail datang kepada Nabi s.a.w pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,

Maka ditanya oleh nabi s.a.w.: “Mengapa aku melihat kau berubah muka?”

Jawabnya: “Ya Muhammad, aku dating kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui

bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya.”

Lalu nabi s.a.w. bersabda: “Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam.”

Jawabnya: “Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ketujuh.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan.”

Nabi s.a.w. bertanya: “Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?”

Jawabnya: “Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda.” (nota kefahaman: iaitu yang lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w.: “Siapakah penduduk masing-masing pintu?”

Jawab Jibrail: “Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir’aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat orang shobi’in bernama Saqar. Pintu keempat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah. Pintu keenam tempat orang nasara bernama Sa’eir.”

Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: “Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?”

Jawabnya: “Di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat.”

Maka nabi s.a.w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: “Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?”

Jawabnya: “Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari ummatmu.”

Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.

(Dipetik daripada kitab “Peringatan Bagi Yang Lalai”)

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu TIDAK dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat

2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah

3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung

4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah

5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik

6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak

7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum

8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular

9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.

10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai

11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

*Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan dalam diri kita semua&Semoga ALLAH mberikan kita bersama petunjuk serta mendapat pimpinan dariNYA INSYA ALLAH.....Wallahua’lam.

Allah S.W.T. berfirman di dalam Al-Quran, Surah Al- Baqarah Ayat 159:

“Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.”

Dari Abdullah bin ‘Amr r.a, Rasulullah S.A.W bersabda: “Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.”

SAHUTLAH SLOGAN...
KAMI GENERASI MUDA BENCIKAN

MAKSIAT

AL-GHURABA'

01/10/09---04.21a.m


UCAPAN SALAM PENGERAT UKHWAH MUKMIN

MENGUCAP/MEMBERI SALAM

Hati mana yang tidak suka apabila berselisihan atau bertemu, empunya diri disapa dan didoakan dengan kebaikan? Sekalipun daripada individu yang tidak dikenali, sapaan salam dengan wajah manis pastinya mendamaikan jiwa, malah boleh menjadi pencetus untuk bermulanya satu ikatan persaudaraan. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

لا تدخلون الجنة حتى تؤمنوا. ولا تؤمنوا حتى تحابوا. أولا أدلكم على شيء إذا فعلتموه تحاببتم؟ أفشوا السلام بينكم

Tidaklah kamu akan masuk syurga hingga kamu beriman, dan tidaklah kamu dikatakan beriman hingga kamu saling mencintai. Mahukah kamu aku tunjukkan kepada sesuatu yang jika kamu mengamalkannya niscaya kamu akan saling mencintai? yaitu sebarkan salam di antara sesama kamu. (Sahih Muslim)

Hari ini kita sering boleh lihat salam yang diberi wujud dalam pelbagai bentuk sebutan. ‘Assalamualaikum’, ‘semekom’, ‘slamekom’, ‘salam ‘alaik’ dan macam-macam ragam. Bagi yang ingin mencontohi tauladan ulung yang diutuskan Allah Subhana wa Ta’ala kepada kita tentu tertanya bagaimanakah petunjuk wahyu dalam mengucapkan salam. Di bawah ini ana cuba senaraikan mengikut pengetahuan ana yang sekadarnya MOGA ALLAH MEMBERI MANFAAT UNTUK KITA BERSAMA.

ASSALAMU’ALAIKA

Ucapan salam dengan mengunakan kata ganti tunggal samada ‘ka’ (lelaki) atau ‘ki’ (perempuan) ketika individu yang diucapkan itu hanya berseorangan. Sandarannya terdapat dalam hadis daripada Jabir bin Muslim, beliau berkata:

رأيت رجلا يصدر الناس عن رأيه لا يقول شيئا إلا صدروا عنه قلت من هذا قالوا هذا رسول الله صلى الله عليه وسلم قلت عليك السلام يا رسول الله مرتين قال لا تقل عليك السلام فإن عليك السلام تحية الميت قل السلام عليك قال قلت أنت رسول الله قال أنا رسول الله

Saya melihat seseorang yang mana manusia selalu bersandar kepada pendapatnya, tidaklah ia mengatakan sesuatu kecuali mereka akan bersandar kepadanya. Saya berkata: "Siapa ini?", Maka mereka berkata: "Ini adalah Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam"

Saya berkata: “'Alaikassalam wahai Rasulullah”, sebanyak 2 kali. Baginda berkata: "Janganlah engkau berkata ‘alaikassalam, kerana sesungguhnya ‘alaikassalam adalah penghormatan kepada mayit, katakanlah 'assalamu’alaika. Saya berkata: "Engkau Rasullah sallallahu ‘alaihi wasallam?", Baginda berkata: "Aku adalah Rasulullah..." (Sunan Abu Daud Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih Sunan Abu Daud)


Sebuah lagi sandaran menggunakan kata ganti tunggal adalah ucapan salam malaikat terhadap Adam yang turut menggunakan kata ganti ‘ka’ merujuk kepada Adam. Daripada Abu Hurairah radhiallahu’anh berkata, bahawa Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

خلق الله آدم وطوله ستون ذراعا، ثم قال: اذهب فسلم على أولئك من الملائكة، فاستمع ما يحيونك، تحيتك وتحية ذريتك، فقال: السلام عليكم، فقالوا: السلام عليك ورحمة الله

Allah menciptakan Adam, dengan tinggi enam puluh hasta, kemudian Allah berfirman: “pergilah dan salamlah kepada para malaikat ini, dengarkan ucapan penghormatan mereka sebagai ucapan penghormatanmu dan penghormatan keturunanmu”, kemudian Adam berkata: "Assalamu’alaikum", maka para malaikat menjawab: “Assalamu’alaika warahmatullah” (Sahih al-Bukhari)

Turut terdapat sandaran daripada atsar-atsar para sahabat. Antaranya, Ibnu ‘Umar radhiallahu’anhuma apabila mengucapkan penghormatan kepada Ibn Ja’far (bin Abdul Muthallib), Ia berkata:

السلام عليك يا ابن ذي الجناحين


“Assalamu’alaika wahai anak pemilik dua sayap.”
(Sahih al-Bukhari)

ASSALAMU’ALAIKUM

Ucapan salam menggunakan kata ganti jamak ‘kum’ samada untuk orang yang ramai atau perseorangan kedua-duanya tsabit daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Sandaran pertama adalah hadis daripada Imran Bin Husain radhiallahu’anh:

جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال السلام عليكم فرد عليه السلام ثم جلس فقال النبي صلى الله عليه وسلم عشر ثم جاء آخر فقال السلام عليكم ورحمة الله فرد عليه فجلس فقال عشرون ثم جاء آخر فقال السلام عليكم ورحمة الله وبركاته فرد عليه فجلس فقال ثلاثون

Seseorang datang kepada Nabi Sallallaahu ‘alaihi wasallam dengan mengucapkan: “assalaamu ‘alaikum”, maka Rasul menjawabnya, dan Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sepuluh”.

Kemudian datang lagi orang lain dan mengucapkan: “Assalaamu ‘alaikum warahmatullah”, maka Rasulullah menjawabnya dan orang itu duduk. Maka baginda bersabda: “Dua Puluh”.

Kemudian datang lagi orang ketiga seraya mengucapkan: “Assalaamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh”, maka beliau menjawab, lalu orang tadi duduk. Maka baginda bersabda: “Tiga Puluh” [Sunan Abu Daud –. Dinilai Hasan oleh at-Tirmidzi dalam al-Jami’ al-Kabir]

Sandaran kedua sebagai hujah bahawa penggunaan kata ganti jamak ‘kum’ turut boleh digunakan bagi individu perseorangan adalah sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam:

إذا لقي الرجل أخاه المسلم فليقل :السلام عليكم و رحمة الله


“Apabila seseorang bertemu dengan saudaranya, hendaklah ia mengucapkan assalamu’alaikum warahmatullah” [Sahih al-Jami’]

Berkata Imam an-Nawawi rahimahullah:

اعلم أن الأفضل أن يقول المُسَلِّم : السَّلامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ ، فيأتي بضمير الجمع وإن كان المسلَّم عليه واحداً

Ketahuilah bawa yang afdhal adalah mengucapkan assalamu’laikum warahmatullah wabarakatuh, dengan kata ganti jamak meskipun orang yang diberi salam ke atasnya adalah seorang. [al-Azkar, ms. 356]

BOLEHKAH UCAP SALAM, SALAMUN ‘ALAIKUM ATAU SALAMUN ‘ALAIK?

Boleh, Allah telah menjelaskan dalam firmannya bahawa ucapan salam malaikat kepada penghuni syurga adalah ‘salamun ‘alaik’. Firman Allah Subhana wa Ta’ala dalam al-Quran menyebut:


وَالمَلاَئِكَةُ يَدْخُلُونَ عَلَيْهِم مِّن كُلِّ بَابٍ

سَلاَمٌ عَلَيْكُم بِمَا صَبَرْتُ

Malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; (Memberi hormat dengan berkata): Salamun ‘alaikum, disebabkan kesabaran kamu. [ar-R'ad 23-24]


Tidak menjadi masalah juga untuk sekadar mengucapkan ‘salam’ kerana tercatat di dalam al-Quran Nabi Ibrahim mengucapkan salam dengan hanya menyebut ‘salam’. Firman Allah Subhana wa Ta’la:

إِذْ دَخَلُوا عَلَيْهِ فَقَالُوا سَلَامًا قَالَ سَلَامٌ

Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: Salaaman! Dia (Ibrahim) menjawab: Salaamun! [ad-Zariyat 25]

Namun pada pandangan Imam an-Nawawi rahimahullah ucapan salam dengan menggunakan alif lam (contoh: Assalamu’alaikum) adalah lebih utama, beliau menyatakan:

قال الإِمام أبو الحسن الواحديّ من أصحابنا‏:‏ أنت في تعريف السلام وتنكيره بالخيار؛ قلت‏:‏ ولكن الألف واللام أولى‏

Imam Abu al-hasan al-Wahidi, salah seorang sahabat kami, berkata: Anda mempunyai pilihan samada menggunakan as-Salam (dengan alif lam) atau sebaliknya. Berkata (Imam an-Nawawi): Tetapi (menggunakan) alif lam adalah lebih utama. [al-Azkar

WALLAHU A'ALAM!!!!!!