BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Selamat Datang

Wednesday, September 29, 2010

TANDA-TANDA KEBESARAN ALLAH SWT ADA DIDALAM DIRI SETIAP KITA!!

Dengan Nama Allah SWT yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,Alhamdulillah segala puji&syukur dirafa'kan kehadrat Allah SWT yang telah menciptakan kita semua hambaNYA dengan segala kesempurnaan tanpa sedikit kekurangan yang mana kita manusia adalah sebaik-baik ciptaanNYA dimuka bumi ini berdasarkan FirmanNYA yang bermaksud:
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya"(at-TIN ayat:4)
Saudaraku yang dirahmati Allah SWT,sedar atau tidak yang sebenarnya dalam diri kita sendiri ada terkandung bukti-bukti kebesaran ciptaan Allah,yang mana ia dapat dilihat melalui mata kepala kita sendiri.Ianya hanya akan dapat dilihat bagi insan yang benar-benar menghayati setiap ciptaan Allah yang tidak ada satu pun diciptakannya sia-sia,bahkan ianya mempunyai seribu satu hikmahnya yang tersendiri.Benarlah Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,(iaitu) orang-orang yang mengingati Allah diwaktu berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau,maka peliharalah kami dari seksa neraka."
(al-Imran ayat:191-192)

Bagi sama-sama kita hayati kebesaran ciptaan Allah SWT yang ada didalam diri setiap kita Insya Allah saya selaku hambanya yang lemah ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya dapat melalui artikel bacaan saya.Mudah-mudahan segala isi kandungan yang dikongsi bersama ini dapat meningkatkan lagi ketaqwaan kita kepada Allah Rabbul Jalil,sekaligus menjadikan kita lebih menghargai&mensyukuri nikmat yang telah dianugerahkan kapada kita!!!

Hayati Bersama:!!!!!!!!!

Doktor memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkansejenak dengan hadith yang maknanya sedikit sebanyak “Dalam diri-diri kamuada tanda-tanda kebesaran Tuhan”.Doktor menyuruh kita melihat kedua tapaktangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita.Garisan- garisan ditangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab dan tangan kanan 1dan 8 dan membawa ke jumlah 81 + 18 == 99 iaitu bilangan nama Allah.

Berikut adalah antara intipati syarahannya secara ringkas:-

1. Cara makan, kenapa kita gunakan tangan?

- Mengikut cara Rasulullah s.a.w,beliau akan menggaulkan lauk dan nasi
dengan tangan kanannya dan kemudian membiarkan sebentar, lalu Rasullah saw
akan mengambil sedikit garam menggunakan jari kecilnya(anak jari)lalu
Rasullah saw akan menghisap garam itu.Kemudian barulah Rasulullah makan
nasi dan lauknya.Mengapa?Kerana kedua belah tangan kita ada mengeluarkan
3 macam enzim,tetapi konsentrasi di tangan kanan kurang sedikit dari yg
kiri.Ini adalah kerana enzim yg ada di tangan kanan itu merupakan enzim
yang dapat menolong proses penghadaman (digestion),ia merupakan the first
process of digestion.Mengapa menghisap garam?Kerana garam adalah sumber
mineral dari tanah yg diperlukan oleh badan kita.Dua cecah garam dari
jari kita itu adalah sama dgn satu liter air mineral.Kita berasal dari
tanah maka lumrahnya bahan yang asal dari bumi (tanah) inilah yg paling
berkhasiat untuk kita.Kenapa garam?

Selain dari sebab ia adalah sumber mineral, garam juga adalah penawar yang
paling mujarab bagi keracunan,mengikut Dr,dihospital-hospital,the first
line of treatment for poisoning adalah dengan memberi Sodium Chloride,
iaitu GARAM.Garam juga dapat menghalang sihir dan makhluk-makhluk halus yang ingin
menggangu manusia.


2. Cara Rasulullah mengunyah
- Rasulullah akan mengunyah sebanyak 40 kali
untuk membiarkan makanan itu betul-betul lumat agar perut kita senang
memproseskan makanan itu.


3. Membaca Basmalah
-(Bismillahirrahma Nirrahim.Membaca Basmalah sebelum
makan untuk mengelakkan penyakit. Kerana bakteria dan racun ada membuat
perjanjian dengan Allah swt, apabila Basmalah dibaca maka bakteria dan
racun akan musnah dari sumber makanan itu.



4. Cara Rasulullah minum.
-Janganlah kita minum berdiri walaupun ia makruh
tetapi ia makruh yang menghampiri kepada haram. Jangan kita minum dari
bekas yg besar dan jangan bernafas sedang kita minum. Kerana apabila kita
minum dari bekas yg besar, lumrahnya kita akan meneguk air dan dalam
proses minum itu, kita tentu akan bernafas dan menghembuskan nafas dari
hidung kita. Kerana apabila kita hembus, kita akan mengeluarkan CO2 iaitu
carbon dioxide, yang apabila bercampur dgn air H20, akan menjadi H2CO3,
iaitu sama dengan cuka, menyebabkan minuman itu menjadi acidic. Jangan
meniup air yg panas, sebabnya sama diatas. Cara minum, seteguk bernafas,
seteguk bernafas sehingga habis.


5.Mengapa Islam menyuruh di sebat 100 kali orang belum berkahwin yang
berzina, dan merejam sehingga mati org yg sudah berkahwin yang berzina?

-Kerana badan manusia akan mengeluarkan sel-sel darah putih atau antibiotik yg
dapat melawan penyakit. Dan sel-sel ini terdapat di daerah tulang
belakang,berdekatan dengan sum-sum tulang manusia. Lelaki yang belum
berkahwin dia akan dapat mengeluarkan beribu-ribu sel ini, manakala lelaki
yang sudah berkahwin hanya dapat menghasilkan 10 unit sel ini sehari,
kerana antara sebabnya ialah kerana sel-sel lain akan hilang kerana
perhubungan suami isteri.Jadi apabila lelaki yang belum berkahwin didapati salah kerana zina hendaklah disebat 100 kali. Ini adalah kerana apabila dia disebat dibelakangnya, suatu amaran tentang kesakitan itu akan membuatkan penghasilan beribu sel antibiotik yang dapat melawan virus HIV jika ia adadi badannya, dengan itu dapatlah antibodi melawan virus HIV itu.Tetapi jika lelaki itu sudah berkahwin,walaupun disebat 100 kali ia akan tetap menghasilkan 10 unit antibodi sahaja, jadi dengan itu hukumannya direjam hingga mati agar dia tidak dapat merebakkan virus HIV itu.Begitulah sedikit sebanyak intipati yg disampaikan oleh Dr JamnulAzhar. Harap ia akan memberi manfaat buat suadara yang membaca!!!


Disini juga ada sedikit perkongsian ilmu dari seorang pelopor ilmuan islam iaitu Mudaris Iskandar mengenai ka'bah!!Menurut pandangan beliau mengapa ia terletak di Mekah al-Mukarramah dan mengapa ia empat persegi(cube). Ia terletak di posisinya sekarang kerana setelah dibuat kajian oleh para cendikiawan dari Pakistan dan Arab, didapati, tempat terletakya Ka'bah sekarang itu, adalah betul-betul di tengah bumi. Mengapa ia empat persegi ?kerana ia melambangkan perpaduan ummah yang bergerak maju bersama,equality and unity, tidak seperti bentuk pyramid, dimana ia diumpamakan,seperti hanya seorang pemenang yg berada diatas setelah ia memijak-mijak yang lain.Dan antara lain sebab mengapa 4 persegi melambangkan 4 imam besar iaitu Maliki, Hambali, Hanafi dan Syafi’i, melambangkan kebenaran kempat-empat Imam tersebut.

Wallahu A'lam,segala kebenaranya hanya Allah swt yang Maha Mengetahui,segala kesilapan&kekurangan adalah dari kejahilan serta kekurangan yang ada pada diri saya sendiri!!Moga-moga tiap input yang dikongsi ini dapat kita manfaatkan bersama&sekali gus daapat meraih Redha serta Rahmat dari Allah swt!!!

AL-QURAN ADALAH PETUNJUK UTAMA DALAM MENDIDIK JIWA UMMAH

Ta’rif al-Quran

Kitab suci al-Quran adalah Kalam Allah SWT yang bermukjizat, diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, ditulis dalam beberapa naskhah mashaf dan dipindahkan daripada baginda SAW dengan riwayat yang mutawatir. Membacanya merupakan satu ibadah. Inilah ta’rif al-Quran yang dipersetujui para ulama’ Usul Fiqh dan bahasa.

Hubungan al-Quran dan as-Sunnah

Kebanyakan hukum yang diterangkan dalam al-Quran bercorak kulli (tidak secara detail atau terperinci).Peranan as-Sunnah yang merangkumi keperibadian, perkataan, perbuatan dan pengakuan Rasulullah SAW memperincikan hukum-hukum al-Quran. Apabila seseorang berpegang dan beramal dengan as-Sunnah bererti dia berpegang dan beramal dengan al-Quran.
Al-Imam Al-Auza’i telah meriwayatkan daripada Hassan Ibnu ‘Atiyyah, katanya: “Ketika wahyu turun kepada Rasulullah SAW, malaikat Jibril membawa as-Sunnah yang mentafsirkan wahyu tersebut. Maka setiap perkara yang lahir daripada Rasulullah SAW samada dalam bentuk perkataan, perbuatan mahupun pengakuan berasal daripada wahyu Allah SWT jua. Allah SWT telah berfirman:
“Tidaklah (Rasul itu) berkata-kata mengikut hawa nafsunya melainkan apa yang telah diwahyukan kepadanya.” (an-Najm: ayat 3-4)
Kehidupan Rasulullah SAW adalah penterjemahan realistik al-Quran al-Karim. Sayyidatina ‘Aisyah r.a. pernah ditanya mengenai akhlak Rasulullah SAW, maka dijawabnya:
“Bahawa akhlaknya (Rasulullah SAW) adalah al-Quran.”


Sumber utama pembentukan ummah

Sumber utama pembentukan ummah Islamiyyah ialah al-Quran al-Karim manakala hadith atau sunnah Rasulullah SAW adalah terbitan daripada al-Quran al-Karim.
Rasulullah SAW adalah model yang praktikal bagi didikan Islam. Baginda adalah pentafsir kepada sistem tarbiyyah al-Quran samada dengan amalan, budi pekerti ataupun arahan-arahan
.

Didikan al-Quran serta natijahnya

Sistem didikan berteraskan al-Quran adalah unik&sistematik.Sistem ini tidak meniru mana-mana sistem yang ada di bumi. Kesan atau natijahnya yang pernah lahir juga unik, iaitu satu generasi yang sungguh mengagumkan dan tiada bandingan dalam sejarah. Generasi yang asal hidup bersengketa dan berperangan sesama sendiri, bersatu-padu, membangun dan menegakkan nilai-nilai Rabbani (nilai yang diturunkan oleh Allah SWT) dalam kehidupan. Mereka menjadi model bagi manusia dan mereka telah mendapat pujian daripada Allah SWT. Firman Allah SWT:
“Kamu adalah sebaik-baik ummah yang diutuskan kepada manusia, kamu menyeru kepada ma’ruf dan mencegah daripada kemungkaran dan kamu beriman dengan Allah.” (‘Ali Imran: ayat 110)

Segala proses pembentukan adalah dibawah kuasa Iradah Allah SWT

Ummah terbaik itu dikenali sebagai generasi al-Quran. Ummah itu natijah daripada tarbiyyah Rasulullah SAW berdasarkan wahyu Allah SWT. Tarbiyyah Rasulullah S.A.W. berjalan selama 23 tahun - 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah.Tiga belas tahun di Mekah adalah masa pembinaan dan pengukuhan aqidah Islamiyyah. Sepuluh tahun di Madinah adalah masa penegakan undang-undang dan hukum-hukum yang mengurus dan mengatur masyarakat dan daulah Islamiyyah yang dibentuk oleh Rasulullah SAW.
Al-Quran membina dan mendidik aqidah ummah itu dalam jangka masa yang begitu lama kerana menurut iradah (kehendak) Allah SWT. Jika Allah SWT mahu, Allah SWT boleh menurunkan ayat-ayat al-Quran secara lengkap sekaligus lalu dibiarkan ummah itu mempelajari dan memahaminya. Sebenarnya iradah Allah SWT tidak sedemikian. Allah SWT menghendaki satu sistem tertentu dan unik dalam pembinaan ummah. Pembentukan aqidah berjalan serentak dengan kematangan ummah dan selaras dengan penurunan ayat-ayat al-Quran yang beransur-ansur. Allah SWT menghendaki agar ummah itu dibina dengan aqidah Islamiyyah, selepas itu Islam yang syumul dapat dipraktikkan dengan baik.
Din al-Islam adalah Din Rabbani. Sistem untuk melaksanakannya juga Rabbani. Sistem ini tidak boleh dipisahkan atau diketepikan. Lantaran Din al-Islam didatangkan oleh Allah SWT untuk membina aqidah dan membentuk ummah, maka sudah tentu sistem pembinaan dan pembentukan itu merupakan perencanaan atau perancangan Allah SWT yang tidak boleh dipandang sepi. Firman Allah SWT:

“Kami (Allah) turunkan al-Quran itu terpisah-pisah supaya engkau bacakan kepada manusia dengan perlahan-lahan dan kami turunkannya sedikit demi sedikit.” (al-Isra’ : ayat 106)
Pada dasarnya cara penurunan al-Quran merupakan perencanaan Allah SWT dalam proses pembentukan dan pembinaan ummah agar aqidah Islam benar-benar terbentuk,menjadi pegangan dan lahir dalam pergerakan hidup insan,bukan sekadar teori atau pengetahuan semata-mata.

Kemuncak natijah

Terbukti dalam sejarah kemanusiaan,didikan berteraskan al-Quran telah melahirkan generasi yang benar-benar mendokong al-Quran dan as-Sunnah.Itulah proses didikan yang telah melahirkan generasi Muslimin sejati dan berwibawa mengetuai kepimpinan ke arah kesejahteraan yang hakiki.Generasi yang melengkapi sifat-sifat kepimpinan yang tinggi dan mulia,yang mengandungi pemuda-pemuda yang berjiwa Tauhid dan tidak dipengaruhi atau terpengaruh dengan nilai-nilai keduniaan. Cita-cita mereka ialah memenangi keredhaan Allah SWT semata-mata.
Mereka sentiasa bersedia menyahut panggilan Iman dan memandang kehidupan jahiliyyah sesuatu yang tidak bernilai. Nilai mereka sebenar ialah nilai keredhaan dari Allah SWT semata-mata. Setiap wakil atau delegasi yang dikirimkan Rasulullah SAW ke sesuatu tempat akan bertindak menurut apa yang dikehendaki Allah SWT dan Rasulullah SAW.Buktinya, perhatikanlah sikap Mu’az bin Jabal r.a. yang menjadi wakil Rasulullah SAW ke Negeri Yaman. Sebelum beliau bertolak ke Yaman,Rasulullah SAW telah menguji beliau dengan katanya yang bermaksud:
“Wahai Mu’az! Bagaimanakah kamu hendak lakukan jika dikemukakan sesuatu masalah kepadamu?” Jawab Mu’az, “Saya akan berhukum dengan apa yang tersebut di dalam Kitab Allah.” Baginda bertanya lagi, “Bagaimana pula jika tidak kedapatan di dalam Kitab Allah?” Jawab Mu’az, “Saya akan berhukum menurut Sunnah Rasulullah SAW.” Baginda bertanya lagi, “ Bagaimana jika tidak terdapat di dalam Sunnah Rasulullah SAW?” Jawab Mu’az, “Saya akan berijtihad dan saya tidak akan mengabaikan.” Kemudian Rasulullah SAW berkata, “Alhamdulillah yang telah memberi pertunjuk kepada utusan Rasulullah SAW mengikut cara yang diperkenankan Rasulullah SAW.”
Jawapan yang diberikan oleh Mu’az itu membuktikan bahawa pegangan hidup generasi sahabat Rasulullah SAW adalah syari’at Allah SWT sahaja. Mereka meletakkan tuntutan al-Quran di tempat pertama dalam hidup mereka. Mereka benar-benar terdidik dengan al-Quran bahkan kebanyakkan dari meraka adalah Huffaz (penghafaz-penghafaz) al-Quran. Dalam tragedi Bi’r al-Ma’unah terdapat 70 orang sahabat huffaz telah gugur syahid. Dalam peristiwa al-Yamamah pada zaman Khalifah Abu Bakar as-Siddiq terdapat 70 para huffaz telah syahid di suatu masa seperti yang pernah dijelaskan oleh Imam al-Qurthubi.Oleh itu jelaslah kapada kita semua yang mana sumber utama dalam mendidik jiwa ummah yang bersatu&harmoni adalah melalui pendidikan yang berteraskan al-Quran&Sunnah Rasul SAW.

At-Tasyri’ al-Kamil

At-Tasyri’ al-Kamil membawa maksud suatu perundangan yang telah sempurna disyariatkan oleh Allah SWT. Firman Allah SWT:
“Pada hari ini (hari ‘Arafah, 10 Hijrah) Aku (Allah) telah sempurnakan bagi kamu Din kamu dan Aku sempurnakan ni’mat-Ku ke atas kamu dan Aku redha Islam sebagai Din kamu.” (al-Maidah: ayat 3)
Al-Quran telah diturunkan kepada Rasulullah SAW secara beransur-ansur melalui dua tahap, iaitu Tahap Mekah dan Tahap Madinah. Kewujudan tahap-tahap itu menunjukkan adanya pemeringkatan syari’at mulai awal kerasulan Rasulullah SAW hingga saat hampir kewafatan baginda.Syari’at Islam kini telah lengkap dan sempurna. Oleh itu dalam konteks pembangunan semula Ummah Islamiyyah kini,syari’at itu tidak boleh dibataskan berasaskan Tahap Mekah dan Tahap Madinah. Hukum-hukum dan undang-undang Islam sudah lengkap dan sempurna dengan tamatnya wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah SAW.

Perlaksanaan syari’at dalam jama’ah kini

Persoalannya kini bagaimanakah syari’at Islam yang lengkap hendak dilaksanakan oleh jama’ah Islam dalam suasana atau realiti kini?Iaitu realiti yang tidak membolehkan jama’ah melaksanakan semua tuntutan syari’at Islam.Dalam hal ini, perlaksanaannya telah terhenti kepada suasana kelemahan (ad-Da’if) dan suasana kekuatan (al-Quwwah) jama’ah atau Ummah Islamiyyah yang dibentuk.Suasana kelemahan umat Islam yang tidak melaksanakan semua tuntutan syari’at mengharuskan jama’ah Islam mengambil Rukhsah dalam ertikata melaksanakan tuntutan syari’at sekadar kemampuan yang dimiliki oleh jama’ah. Namun penentuan mampu atau tidak mampu itu adalah di bawah tanggungjawab barisan kepimpinan (as-Saf al-Qiyadi) yang mengendalikan jama’ah Islam.Walaubagaimanapun jama’ah Islam tidak boleh berpuas hati dengan mengambil rukhsah selama-lamanya. Bahkan sewajibnya kemampuan jama’ah Islam itu dipertingkatkan kerana matlamat besarnya ialah untuk menegakkan Khilafah Islamiyyah. Khilafah dalam pengertian mengurus semua urusan dan memimpin semua makhluk berpandukan syari’at Islam serta melaksanakan semua tuntutan syara’ demi keredhaan Allah SWT.

Jama’ah adalah ‘jalannya’

Jama’ah adalah ‘jalan’ yang mesti dilalui untuk menegakkan Khilafah Islamiyyah. Oleh itu pembentukannya adalah wajib. Tahap kekuatan (al-Quwwah) jama’ah Islam perlu ditingkatkan sehingga ia boleh mengambil ‘azimah, bukan rukhsah. Yakni ‘azimah dalam melaksanakan semua hukum yang dituntut oleh syari’at Islam, kecuali dalam keadaan dharurah yang datang kemudian.
Khilafah merupakan natijah (hasil) daripada pembentukan jama’ah atau ummah yang berasaskan didikan iman. Inilah sunnah Allah SWT. Firman Allah SWT:
“Allah menjadikan bagi orang-orang yang beriman antara kamu serta melaksanakan amalan-amalan yang saleh bahawa mereka akan menjadi khalifah di muka bumi sebagai mana orang-orang terdahulu telah menjadi khalifah. Juga Allah telah menetapkan Din mereka yang Allah telah redha bagi mereka dan Allah akan tukarkan suasana ketakutan dengan keamanan; mereka memperhambakan diri kepada Aku (Allah) tanpa syirik sedikitpun dengan Aku. Barang siapa yang kufur selepas itu maka mereka itu sebenarnya orang-orang yang fasiq.” (an-Nur: ayat 55)

Allah Merupakan Matlamat yang Tertinggi

Khilafah yang dimaksudkan oleh Islam bukanlah orang perseorangan, keluarga atau kelas-kelas tertentu,tetapi Jama’ah Ummah yang ada kepimpinan. Setiap anggotanya pula yakin dan menyerah kepada peraturan-peraturan yang Allah SWT turunkan.Khalifah pula bertanggungjawab mengurus daulah dan semua urusan berdasarkan syari’at Allah SWT semata-mata.Dalam erti kata yang sebenarnya Khalifah adalah wakil Allah SWT di bumi, bukannya penggubal undang-undang berdasarkan kehendak sendiri. Sesungguhnya Pencipta undang-undang hanyalah Allah SWT. Hukum-hukum Allah SWT dalam al-Quran dan as-Sunnah adalah hukum-hukum tertinggi. Orang-orang mu’min tiada pilihan lain melainkan mematuhinya. Tiada sebarang hak bagi seseorang muslim atau mu’min untuk membuat hukum sendiri dalam perkara-perkara yang telah ditentukan Allah SWT dalam al-Quran dan as-Sunnah. Sebarang penyelewengan daripada hukum Allah SWT dan Rasul-Nya adalah berlawanan dengan aqidah atau iman. Firman Allah SWT:
“Apabila Allah dan Rasul-Nya menghukum mengenai sesuatu urusan maka tidak boleh lagi bagi orang-orang mu’min lelaki dan perempuan memilih berbuat mengikut kemahuannya. Barang siapa yang durhaka kepada Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya dia benar-benar sesat.” (al-Ahzab: ayat 36)
“Mereka berkata, “Kami telah beriman dengan Allah dan Rasul dan kami telah taat”, kemudian satu puak di kalangan mereka berpaling lagi selepas itu, maka mereka bukan lagi orang mu’min. Apabila mereka diajak kepada hukum Allah dan Rasulnya supaya berjalan hukuman di kalangan mereka tiba-tiba satu puak daripada mereka enggan menurutnya.” (an-Nur: ayat 47-48)
“Sesungguhnya perkataan orang-orang yang beriman itu apabila diajak kepada hukum Allah dan Rasul-Nya supaya berjalan hukuman di kalangan mereka, mereka berkata: “Kami dengar dan kami patuh” dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.” (an-Nur: ayat 51 )

Oleh yang demikian sedarlah kepada kita semua yang mana solusi utama dalam membentuk jiwa ummah yang berakhlak adalah berteraskan al-Quran&Sunnah tanpa dicampur aduk dengan pemikiran komunisme,sekularisme&sebagainya.Jalan yang paling utama adalah kembali semula kapada ajaran al-Quran&Sunnah.Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian sewaktu itu kamu tidak dapat sebarang pertolongan"(az-Zumar:54)

Wallahu A'lam!!!

Monday, September 27, 2010

Buta Cinta: Sesat Di Dunia, Merana Di Akhirat

Kisah untuk renungan kita bersama,agar kita tidak tersesat dan hanyut dalam mencari cinta yang hakiki&abadi.Kerana cinta yang sering kita buru hanyalah cinta yang penuh dengan kepuraan&tipuan nafsu semata-mata.Saudaraku yang dikasihi marilah sama-sama kita hayati sebuah cerita yang mudah-mudahan membawa keinsafan buat diri saya sendiri juga saudara yang membaca,agar kita bersama dilindungi oleh Allah daripada memiliki cinta yang berdasarkan nafsu semata!!!

Kisah bermula di sebuah Taman Kota Kosmopolitan,dikala para pekerja yang sibuk membersihkan kawasan taman rekreasi gempar. Raungan bunyi ambulan begitu mengejutkan ketika pagi yang masih terlalu awal ini. Kelihatan beberapa petugas paramedik begitu sibuk memberi pertolongan kepada sepasang muda-mudi yang terperangkap di dalam sebuah kereta ditaman tersebut. Nahas bagi pasangan merpati dua sejoli itu, malaikat maut telah mencabut nyawa mereka dalam keadaan yang sungguh tragik.
Apa sebenarnya yang berlaku?
Ternyata sepasang muda-mudi itu nekad membunuh diri dengan menutup saluran ekzos kereta dengan keadaan enjin kereta masih terpasang. Akibatnya mereka mati dalam keadaan berpelukan sehingga begitu sukar pihak bertanggung jawab memisahkan antara dua jasad tersebut. Begitu ‘mengharukan’!. Didalam kereta tersebut ditemui selembar kertas yang telah mereka tandatangani. Antara kandungannya; tolong jangan pisahkan mayat kami dan terus dikebumikan bagi membuktikan cinta abadi kami sehidup semati. Dan di bahagian akhir surat tersebut tercatat bahawa mereka melakukan ini demi menyelamatkan cinta ‘sejati’ yang ‘suci’ ini kerana orang tua tidak merestui hubungan cinta mereka. Astaghfirullah…!

Di sebuah rumah di Jazirah Arab 1400 tahun yang lampau…

Abdullah bin Abu Bakar RA baru saja melangsungkan pernikahan dengan Atikah binti Zaid, seorang wanita cantik rupawan dan berbudi luhur. Dia seorang wanita berakhlak mulia, berfikiran cemerlang dan berkedudukan tinggi. Sudah tentu Abdullah amat mencintai isteri yang sebegitu sempurna menurut pandangan manusia. Pada suatu hari, ayahnya Abu Bakar RA lalu di rumah Abdullah untuk pergi bersama-sama untuk solat jemaah di masjid. Namun apabila beliau dapati anaknya sedang berbual-bual dengan Atikah dengan lembut dan mesra, beliau membatalkan niatnya dan meneruskan perjalanan ke masjid.Setelah selesai menunaikan solat Abu Bakar RA sekali lagi melalui jalan di rumah anaknya. Alangkah kesalnya Abu Bakar RA apabila beliau dapati anaknya masih begurau senda dengan isterinya sebagaimana sebelum beliau menunaikan solat di masjid. Lantas Abu Bakar RA segera memanggil Abdullah, seterusnya bertanya : “ Wahai Abdullah, adakah kamu solat berjemaah ?” Tanpa berhujah panjang Abu Bakar berkata : ““Wahai Abdullah, Atikah telah melalaikan kamu dari kehidupan dan pandangan hidup malah dia juga telah melengahkan kamu dari solat fardhu, ceraikanlah dia!”Demikianlah perintah Abu Bakar kepada Abdullah. Suatu perintah ketika Abu bakar dapati anaknya mula melalaikan hak Allah. Ketika beliau dapati Abdullah mula sibuk dengan isterinya yang cantik. Ketika beliau dapati Abdullah terpesona keindahan dunia sehingga menyebabkan semangat juangnya semakin luntur. Lalu bagaimana tanggapan Abdullah? Tanpa berdolak dalih apatah lagi cuba membunuh diri, Abdullah terus menyahut perintah ayahandanya dan menceraikan isteri yang cantik dan amat dicintainya.Subhanallah!!!

Dari dua petikan kisah di atas, marilah kita sama-sama merenung tentang hakikat dan bagaimana cinta sejati , tulus dan suci itu sebenarnya. Sesungguhnya perjalanan hidup manusia akan sentiasa dipenuhi dengan warna-warna cinta. Malah boleh kita ungkapkan bahawa kehadiran manusia di muka bumi ini disebabkan Allah SWT mencampakkan suatu perasaan di dalam jiwa manusia, itulah CINTA. Membicarakan tentang cinta ibarat menuras air lautan dalam yang kaya dengan pelbagai khazanah alam. Tak kan pernah habis dan kita akan sentiasa menemui berjuta macam benda. Dari sekecil-kecil ikan hingga ikan paus yang terbesar. Dari kerang sampai mutiara malah jika diizinkan Allah, kitamungkin menemui bangkai kapal dan bangkai manusia!!! Usia sejarah cinta seumur dengan sejarah manusia itu sendiri. Jika di suatu tempat ada 1000 manusia maka di situ ada 1000 kisah cinta. Dan jika di muka bumi ini ada lebih 5 million manusia, maka sejumlah itu pulalah kisah cinta akan digelar.

Walau berapa banyak pun nuansa cinta yang menjelma menjadi sebuah syair, drama, filem, lagu dan berbagai bentuk hasil seni lain, namun pada hakikatnya cinta itu hanya ada dua buah versi sahaja.Versi cinta nafsu (syahwat) dan cinta Rabbani. Yang menjadi persoalan sekarang adalah mampukah kita membezakan yang mana cinta syahwat dan mana cinta Rabbani?Derasnya arus ghazwul fikr (serangan pemikiran) dalam kesenian terutamanya, telah mampu membungkus cinta syahwat sehingga ia tampil sebagai cinta “suci” yang mesti diperjuangkan, dimenangkan dan diraih seterusnya untuk dinikmati. Manusia seakan lupa pada sejarah. Lupa pada kisah-kisah tragik yang berakhir di hujung pisau atau dalam segelas ‘penawar’ rumpai. Mereka semua rela diseret dan dijeremuskan ke dalam lubang‘neraka’ hanya untuk mengejar salah satu rasa dari sekian banyak rasa yang ada disudut hati manusia, itulah cinta. Cinta memiliki kekuatan luar biasa. Dan kekuatan cinta (the power of love) mampu menjadikan manusia peribadi yang sangat nekad atau sangat taat. Nekad dalam konteks sangat berani dalam melanggar peraturan-peraturan Allah seperti mempertontonkan adegan berahi percuma di khalayak ramai apatah lagi dalam sembunyi. Atau jika cinta tak mendapat restu dari orang tua, pasangan akan nekad, terus lari dari rumah atau berzina (na’udzubillah min dzalik). Dan tidak sedikit pula yang begitu nekad sanggup melakukan perbuatan yang dilaknat Allah iaitu membunuh diri demi cinta. Peribadi-peribadi nekad seperti ini menjadikan cinta sebagai tujuan bukan sebagai sarana mencapai tujuan. Oleh itu tidak hairanlah jika kita temui pelbagai kelakuan aneh para pencari cinta yang tak masuk akal. Sebab apa yang mereka tuju adalah suatu yang abstrak, tidak jelas dan bukan perkara yang pokok. Mereka sibuk mencari dan mengertikan makna cinta sementara lalai terhadap Dzat yang menganugerahkan cinta. Dzat yang menumbuh suburkan rasa cinta. Dzat yang memberikan kekuatan cinta. Dzat yang paling layak dicintai, kerana Dia juga Empunya nikmat cinta. Allah Rabbul ‘Alamin. Kisah tragik di awal tulisan ini memberikan gambaran jelas sikap manusia yang rela mengorbankan diri demi sepotong cinta. Muda-mudi yang nekad bunuh diri dengan pelbagai cara ini pada dasarnya belum mengenali hakikat cinta. Cinta yang mereka kenal selama ini adalah cinta yang ditunggangi oleh nafsu syahwat. Dan joki penunggangnya adalah syaitan laknatulllah. Pada momen ini syaitan berteriak keriangan sambil mengibar-ngibarkan bendera kemenangan kerana berhasil menjerumuskan anak cucu Nabi Adam dalam neraka jahannan dengan dalih cinta yang begitu murah nilainya.

Kisah tragik di awal tulisan ini memberikan gambaran jelas sikap manusia yang rela mengorbankan diri demi sepotong cinta. Muda-mudi yang nekad bunuh diri dengan pelbagai cara ini pada dasarnya belum mengenali hakikat cinta. Cinta yang mereka kenal selama ini adalah cinta yang ditunggangi oleh nafsu syahwat. Dan joki penunggangnya adalah syaitan laknatulllah. Pada momen ini syaitan berteriak keriangan sambil mengibar-ngibarkan bendera kemenangan kerana berhasil menjerumuskan anak cucu Nabi Adam dalam neraka jahannan dengan dalih cinta yang begitu murah nilainya. Sebuah kisah lain tentang tragedi cinta dan kebodohan manusia yang amat memalukan berlaku di Dhaka. Menurut laporan berita salah satu akhbar ibu kota di negeri tersebut, seorang ayah dan anaknya mati saling tikam menikam hanya kerana merebut cinta seorang gadis. Tragedi bermula apabila si gadis tidak tahu bahawa dua lelaki yang sering menjadi teman asmaranya pada waktu yang berbeza adalah ayah dan anak. Sampailah pada suatu saat mereka terserempak pada waktu yang sama. Maka tragedi pun bermula. Kedua-duanya sangat marah sehingga membawa kepada pertengkaran dan akhirnya pergelutan dan perkelahian yang berakhir dengan si ayah mati akibat tertusuk di perutnya. Namun sebelum rebah ia berjaya menancapkan belati di jantung anaknya. Matilah keduanya. Dan pastilah neraka tempat kembalinya. Itulah tragedi cinta. Cinta memang tak kenal warna. Cinta tak kenal baik-buruk. Cinta tak kenal rupa dan pertalian darah. Memang begitulah adanya. Kerana yang mampu mengenal warna dan baik-buruk adalah pelaku-pelaku cinta yang menggunakan akal fikirannya. Sebaliknya cinta juga mampu melahirkan peribadi-peribadi yang mengagumkan. Peribadi yang tak takut kehilangan suatu apa pun walau ia amat cinta pada sesuatu. Namun kerana cinta yang hadir dipenuhi dengan nuansa keimanan, maka mereka rela mengorbankan apa saja yang mereka amat cintai demi memperolehi keredhaan Dzat Pemberi cinta. Jiwa mereka tidak gundah gulana kerana kehilangan cinta duniawi kerana Allah sebagai Dzat pemberi ketenteraman Peribadi-peribadi taat ini amat menyedari bahawa cinta hanyalah sebagai sarana mencapai tujuan. Mereka yakin kenikmatan cinta tak ada ertinya tanpa ada restu Allah sebagai Pemberi cinta. Maka yang mereka cari adalah redha dan cinta Allah, bukan cinta yang bersifat sementara.

Kisah Abdullah putera Abu Bakar RA menjadi contoh kematangan pemuda yang mengenal erti cinta. Bayangkan!! Dia memiliki isteri yang amat cantik, berakhlak mulia, berkedudukan tinggi dan berharta. Namun apabila ayahandanya memerintahkan untuk menceraikan isterinya, dengan alasan isterinya telah melalaikan Abdullah dalam menunaikan hak Allah seterusnya akan melengahkan Abdullah berjihad di jalan Allah. Maka apa reaksi Abdullah? Tidak!! Abdullah tidak marah langsung pada ayahnya. Atau berusaha mengambil pedang dan ingin memenggal kepala si ayah yang berusaha memisahkan jalinan cinta yang memang sudah sah itu. Sekali lagi tidak!! Pemuda yang bernama Abdullah melihat perintah itu dengan kacamata cinta yang diberikan Allah. Ia rela menceraikan isteri yang dicintainya demi mempererat hubungan cinta dengan Allah. Subhanallah… Masih adakah pemuda-pemuda seperti peribadi Abdullah di zaman globalisasi kini? Begitulah cinta. Ia mampu melambungkan manusia pada derajat kemuliaan yang tak terhingga. Manakala frekuensi atau gelombang cintanya juga sudah selari dengan frekuensi atau gelombang cinta yang Allah kehendaki. Semuanya akan senada seirama. Tak ada dengung sumbang, tak ada nada ternoda. Demikian indah dan asli irama cinta sejati!!!!

Wallahu A'lam!!!

" YA ALLAH ANDAI AKU JATUH CINTA,CINTAKANLAH AKU PADA INSAN YANG BENAR-BENAR MELABUHKAN CINTANYA HANYA SEMATA-MATA KERANAMU,AGAR CINTAKU KEPADA MU YA ALLAH AKAN LEBIH BERTAMBAH KUAT&ISTIQAMAH DALAM MENGEJAR CINTA JUGA REDHAMU!!! ALLAHUMMA AMIIN!!!

Thursday, August 5, 2010

AHLAN WASAHLAN RAMADHAN KARIM

RAMADHAN BULAN DIRAHMATI LAGI DIBERKATI

Alhamdulillah segala puji&syukur khadrat ALLAH S.W.T kerana dengan izinnya dapat saya menulis sedikit peringatan untuk tatapan kita bersama bagi menghadapi bulan yang paling dinantikan oleh tiap jiwa yg beriman yakni RAMADHAN.
Saudaraku yang dikasihi sekalian sedar atau tidak beberapa hari sahaja lagi bulan Ramadhan akan berkunjung tiba bagi tahun 1431 Hijriah yang mana menjadi satu titik permulaan bagi umat islam seluruhnya menjalankan kewajipan rukun islam yang ketiga.Ini adalah suatu perintah yang Allah arahkan kepada kita yang beriman bagi melaksanakannya berdasarkan dari satu firman Allah yang bermaksud;""Hai orang - orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa "(Al-Baqarah;183)
Persoalannya adakah kita sudah bersedia untuk menjalankan ibadah yang dituntut oleh Allah Azzawajalla kepada kita?Rata-ratanya mungkin dikalangan kita akan menjawab"kami sudah sedia"apa maksud sedia yang dimaksudkan?saya yakin yang mana ramai dikalangan kita sudah bersedia untuk berlapar&berdahaga disiang hari pada bulan Ramadhan,kerana sebelum datangnya bulan yang mulia lagi dirahmati ini,secara amnya masyarakat kita di Malaysia akan mengadakan kenduri kendara bagi menyambut Ramadhan yang akan tiba.Tatkala disebut kenduri pastilah terbayang dibenak fikiran kita dengan makanan yang beraneka jenis,umpama membuat persediaan untuk berlapar dibulan Ramadahan.
Saudaraku yang dikasihi persiapan yang sepatutnya kita siapkan adalah dari sudut rohani sebenarnya,yakni keimanan yang tinggi dengan melatih diri untuk beramal soleh mula dari bulan Rejab,Sya'ban seterusnya melangakah menuju Ramadhan yang dirahmati.Itulah persiapan yang hakiki bagi insan yang benar-benar beriman kepada Allah S.W.T.Marilah sama-sama kita menyelam diantara hikmah Ramadhan yang disediakan khusus buat kita umat Nabi Muhammad S.A.W,agar Ramadhan kita kali ini lebih bermakna dari Ramadhan yang lepas.Anggaplah ini adalah Ramadhan yang terakhir bagi kita,supaya lebih banyak kita manfaatkannya dari sebelum ini yang mana kita selalu terlalai dengan keghairahan Aidil Fitri.Mudah-mudahan kita dapat manfaatkannya bersama Insya Allah!!!!!

KELEBIHAN BULAN RAMADAN

Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah S.W.T dan RasulNya,ia juga menjadi penghulu segala bulan.Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah S.W.T telah menurunkan kitab suciNya (Al-Qur’an) yang menjadi petunjuk bagi manusia. Firman Allah S.W.T mafhumnya:

“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Qur’an, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.”(Surah Al-Baqarah: 185)

Juga dipilih di antara malam-malam bulan Ramadhan itu suatu malam Lailatul-qadr yang mana ia lebih baik dan lebih utama daripada seribu bulan. Seribu bulan itu kira-kira 83 tahun. Menurut ulama’ Lailatul-qadr itu jatuh pada salah satu malam sepuluh yang terakhir daripada bulan Ramadhan. Sayugia jangan disia-siakan malam-malam di bulan Ramadhan khasnya malam-malam pelikurannya dengan perkara-perkara yang tidak memberi faedah, bahkan hendaklah diisi dengan amal ibadat sebagai saham dan bekalan di dunia dan akhirat.Lain-lain keistimewaan bulan Ramadhan itu sebagaimana sabda Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud:

“Sembahyang lima waktu, dan sembahyang Jumaat ke sembahyang Jumaat berikutnya, dan bulan Ramadhan ke bulan Ramadhan berikutnya adalah menjadi penebus dosa yang terjadi di antara waktu-waktu tadi, selama orang itu menjauhi dosa-dosa besar.”(Hadis riwayat Muslim)


Sabda Baginda lagi yang bermaksud:

“Dia (bulan Ramadhan itu) ialah bulan kesabaran dan ganjaran kesabaran itu ialah masuk syurga.”(Sahih Ibnu Khuzaimah)
Sementara kesabaran itu pula ganjaran pahala tanpa perhitungan. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.”(Surah Az-Zumar: 10)

KELEBIHAN PUASA DI BULAN RAMADAN

Apabila membincangkan mengenai bulan Ramadhan, dengan sendirinya ia mempunyai hubungan dengan kewajipan puasa yang disyariatkan di dalamnya. Suatu kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan. Meninggalkan atau sengaja tidak menunaikan kewajipan puasa, bukan saja suatu dosa besar bahkan ia tidak boleh ditebus dengan apa jua cara. Tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidup. Ini jelas sebagaimana sabda Nabi Muhammad S.A.W maksudnya:

“Sesiapa berbuka satu hari pada bulan Ramadhan tanpa ada rukhshah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat melunaskan (mengganti) puasa yang ditinggalkannya itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup.”(Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Nasa’i, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah)
Adapun kewajipan puasa ini bukan hanya sekadar menahan diri daripada makan dan minum atau perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai dari terbit fajar shadiq hingga terbenam matahari, bahkan hendaklah juga menahan anggota badan daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membawa dosa, kerana dosa itu boleh melupuskan matlamat puasa. Nabi Muhammad S.A.W telah memberi peringatan dalam hal ini sebagaimana sabda Baginda yang bermaksud:

“Berapa banyak orang yang berpuasa tidak mendapat sesuatu daripada puasanya selain lapar dan dahaga.”(Ditakhrijkan oleh Ibnu Majah)


BERSAMA MENUJU KESEMPURNAAN IBADAH PUASA

Matlamat puasa itu bukan hanya memelihara kewajipan-kewajipan lahiriahnya, bahkan memelihara kewajipan-kewajipan bathiniyahnya.Al-Imam Al-Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan bathiniyah puasa itu antara lain seperti berikut:


1) Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh menggangu hati, serta melalaikannya daripada mengingati Allah S.W.T.

2) Memelihara lidah daripada bercakap-cakap yang kosong, bohong, mengumpat, membuat fitnah, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan mengucapkan kata-kata riya'.

3) Memelihara pendengaran daripada mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah, Allah S.W.T telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firman-Nya yang bermaksud:

“Mereka sangat suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram.”(Surah Al-Ma’idah: 42)

4) Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada membuat dosa, dan memeliharanya juga daripada segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut daripada makan makanan yang syubhah waktu berbuka puasa. Kerana apalah gunanya berpuasa daripada memakan makanan yang halal, kemudian bila berbuka pula, dia memakan makanan yang haram. Orang yang berpuasa seperti ini, samalah seperti orang yang membangunkan sebuah istana, kemudian dia menghancurkan sebuah kota (kerana dalam kota ada istana itu).

5) Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci oleh Allah S.W.T daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal.

Cubalah renungkan, bagaimanakah dapat menentang musuh Allah dan melawan syahwat, kiranya apa yang dilakukan oleh orang yang berpuasa waktu berbuka itu, ialah mengisikan perut yang kosong itu dengan berbagai makanan semata-mata kerana dia tidak mengisikannya di waktu siang tadi. Kadangkala makanan-makanan yang disediakan itu berbagai-bagai rencamnya, sehingga menjadi semacam adat pula kemudiannya. Akhirnya dikumpulkanlah bermacam-ragam makanan untuk persediaan menyambut Ramadhan, dan dihidangkanlah pula dalam satu bulan itu bermacam-macam makanan yang tidak pernah dihidangkan dalam bulan-bulan sebelumnya.

Sebagaimana yang dimaklumi, bahawa maksud puasa itu adalah menahan selera dan mengekang nafsu, agar diri menjadi kuat untuk taat dan bertaqwa kepada Allah S.W.T. Tetapi kalaulah hanya sekadar mengekang perut di siang hari hingga ke masa berbuka, lalu membiarkan syahwat berlonjak-lonjak dengan kemahuannya kepada makanan, dan dihidangkan pula dengan berbagai makanan yang lazat-lazat, sehingga perut kekenyangan, tentulah perut akan bertambah keinginannya kepada makanan-makanan itu. Malah akan timbul daripada syahwat pula keinginan yang baru, yang kalau tidak dibuang, mungkin ia tetap pada kebiasaannya. Semua ini adalah bertentangan dengan maksud dan tujuan puasa yang sebenarnya. Sebab hakikat puasa dan rahsianya adalah untuk melemahkan kemahuan dan keinginan, yang digunakan oleh syaitan, sebagai cara-cara untuk menarik manusia kepada berbagai kejahatan. Padahal kemahuan dan keinginan ini tiada dapat ditentang, melainkan dengan mengurangkan syahwat. Barangsiapa yang menjadikan di antara hatinya dan dadanya tempat untuk dipenuhi dengan makanan, maka dia terlindung daripada kerajaan langit.

6) Hendaklah hati merasa bimbang antara takut dan harapan, kerana tiadalah diketahui apakah amalan puasa itu diterima oleh Allah S.W.T, sehingga seseorang itu digolongkan ke dalam puak muqarrabin (hampir kepada Allah), ataupun puasanya tertolak, maka terhitung dia ke dalam golongan orang yang terjauh daripada rahmat Allah S.W.T. Perasaan seumpama ini seharusnya sentiasa ada pada diri seseorang, setiap kali selesai melakukan sesuatu ibadat kepada Allah S.W.T.


Oleh kerana itu apabila puasa itu dapat dilaksanakan dengan sempurna menurut syarat-syarat zahir dan batinnya, iaitu bukan hanya berpuasa dengan menahan perut dan syahwatnya serta mengekang pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki juga seluruh anggota, bahkan menahan dirinya daripada melakukan perkara-perkara yang membawa dosa, ditambah lagi bahawa hatinya berpuasa daripada perkara-perkara yang memesongkan perhatiannya selain Allah Subhanahu wa Ta‘ala, maka orang yang berpuasa sedemikian akan mudah mencapai martabat orang-orang yang taqwa sebagaimana firman Allah S.W.T mafhumnya:

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.”(Surah Al-Baqarah: 183)


ERTI PUASA BAGI ORANG-ORANG YANG TAKWA


Di antara huraian atau maksud “Supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa” ialah: Orang-orang yang beriman dilarang makan dan minum dan dilarang bersetubuh ketika berpuasa, ialah kerana terdapat hikmah dan faedah yang besar dalam larangan itu. Yang pertama ialah latihan mengendalikan diri. Kalau di sepanjang waktu umat Islam dilarang memakan makanan yang haram, tetapi ketika berpuasa makanan yang halalpun dilarang. Orang yang beriman akan dapat menahan nafsunya semata-mata kerana melaksanakan perintah Allah S.W.T.Walaupun dia hidup terpencil seorang diri, jauh daripada pandangan manusia atau tidak seorang pun manusia melihatnya, namun dia akan tetap berpuasa, sebab dia meyakini bahawa Allah sentiasa melihatnya. Sikap demikian dapat mendidik iradat serta mengendalikan kemahuannya dan dapat juga mengekang nafsunya. Ada dua syahwat yang sangat mempengaruhi hidup, iaitu syahwat faraj (kelamin) dan syahwat perut. Kalau kedua-duanya ini tidak terkendali, maka kemanusiaan manusia menjadi runtuh dan turun bertukar menjadi kebinatangan. Tetapi apabila dapat dikendalikan khususnya dengan berpuasa, kemanusiaan tadi akan naik tingkatnya ke tingkat ketaqwaan.Mudah-mudahan kelebihan puasa kita sebagaimana sabda Nabi Muhammad S.A.W:

“Demi Allah yang jiwaku berada di dalam genggamanNya, bahawa bau mulut seorang yang berpuasa adalah lebih harum pada sisi Allah daripada bau-bauan minyak kasturi. Allah ‘azzawajalla berkata: “Sesungguhnya dia telah meninggalkan syahwatnya, makannya dan minumnya kerana Aku. Puasa itu (dilakukan) kerana Aku, dan Akulah yang akan memberikan balasannya sendiri.”(Hadis riwayat Ahmad)

Daripada maksud hadis di atas diharapkan akan mendorong seseorang itu untuk menghidupkan Ramadhan supaya tercapai pula keampunan daripada Allah S.W.T,sebagaimana yang dikhabarkan oleh Rasulullah S.A.W maksudnya:

“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, akan diampunkan dosanya yang terdahulu.”(Hadis riwayat Bukhari)

Mudah-mudahan kita akan tergolong dari kalangan hamba Allah S.W.T yang menghidupkan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan dari Allah yang mana sekaligus dapatlah kita meraih cinta&keampunan dariNYA yang selama ini kita dambakan!!!

Friday, June 18, 2010

SEJARAH DISEBALIK BULAN REJAB&TIDAK ADA IBADAH YANG KHUSUS PADANYA!!

Saudaraku yang dikasihi,tahukah saudara berkenaan pendapat mengenai amalan solat ,sunat puasa, umrah bersandar kepada hadis lemah REJAB bermaksud mengagungkan atau memuliakannya.Bulan Rejab adalah bulan ketujuh dalam kelendar hijriah. Ia dinamakan Rejab kerana orang Arab pada zaman jahiliah memuliakan bulan ini lantas mengharamkan apa juga bentuk peperangan. Kelendar Islam yang mempunyai 12 bulan ada empat bulan dimuliakan Allah dalam firman yang bermaksud: "Sesungguhnya bilangan bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam kitab Allah ketika Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang bertakwa." - (Surah at-Taubah, ayat 36)

Imam al-Qurthubi berpendapat tafsiran mengenai ayat "maka janganlah kamu menganiaya diri kamu" dalam ayat itu bermaksud janganlah seseorang menjadikan apa yang diharamkan pada bulan ini halal dan janganlah mengharamkan apa yang halal. Jika firman Allah hanya menunjukkan ada empat bulan yang dihormati dalam setahun maka sabda Nabi SAW memperincikan nama bulan itu: "Sesungguhnya zaman itu akan terus berlalu sebagaimana saat Allah menciptakan langit dan bumi. Setahun itu ada dua belas bulan. Empat di antaranya ialah bulan yang haram, tiga di antaranya ialah berturut-turut, iaitu Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharam. Rejab adalah bulan Mudhar (nama satu kabilah) yang terletak di antara Jamadilakhir dan Syaaban." - (Hadis riwayat Imam al-Bukhari) Rejab termasuk dalam bulan dimuliakan Allah. Lantaran itu tersebar dalam masyarakat kita amalan memiliki fadhilat yang besar dikhaskan sempena Rejab ini. Namun begitu pada hakikatnya tidak wujud satu dalil yang sahih menunjukkan amal ibadah tertentu bersempena Rejab.

Hal ini diperakui oleh salah seorang tokoh ulama hadis bermazhab Syafie iaitu al-Hafiz Ibnu Hajar al-'Asqalani dalam kitabnya Tabyin al-Ajib Bimaa Warada Fi Fadli Rajab yang mana menurut beliau tidak ada hadis sahih mengenai keutamaan Rejab (melainkan ia termasuk bulan haram), puasa Rejab dan solat malam pada Rejab yang dapat dijadikan pegangan. Adalah masyhur di kalangan masyarakat disunatkan untuk berpuasa pada hari pertama Rejab, Khamis minggu pertama Rejab, 15 Rejab dan 27 Rejab sempena Israk Mikraj.Selain daripada itu, ada juga yang mengamalkan berpuasa berterusan selama tiga bulan iaitu pada Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Imam Ibnul Qayyim berkata: "Rasulullah tidak berpuasa pada tiga bulan itu secara terus menerus seperti dilakukan sebahagian orang dan Baginda sama sekali tidak berpuasa pada Rejab dan Baginda pun tidak menggalakkan berpuasa pada Rejab. Bahkan diriwayatkan daripada baginda bahawa baginda melarang berpuasa pada Rejab seperti diriwayatkan Ibnu Majah." Walaupun begitu jika seseorang itu berpuasa pada Rejab tanpa niat mengagungkan bulan berkenaan tetapi berpuasa bertepatan dengan hari disunatkan berpuasa seperti Isnin dan Khamis atau puasa Nabi Daud (puasa selang sehari) pada Rejab, maka puasa sebegini dibenarkan syarak.

Ada juga berpandangan bahawa pada Rejab disunatkan untuk mengerjakan ibadah umrah. Namun begitu, menurut 'Aisyah, Rasulullah SAW tidak pernah mengerjakan atau menganjurkan umrah untuk dikerjakan pada Rejab. Daripada Mujahid dia berkata: "Aku masuk bersama Urwah bin az-Zubair ke masjid, ternyata 'Abdullah bin 'Umar sedang duduk di samping bilik Saidatina 'Aisyah. Kemudian dia berkata kepadanya: Berapa kali Rasulullah SAW melakukan umrah? Dia (Ibnu 'Umar) menjawab: Empat kali Rasulullah SAW melakukan umrah. Dia (Ibnu 'Umar) menjawab: Empat kali, salah satunya pada Rejab. Lalu kami pun enggan untuk membenarkan perkataannya. Dia (Mujahid) berkata: Kami mendengar dia (iaitu 'Aisyah) sedang bersiwak. Kemudian Urwah bertanya kepada 'Aisyah: Wahai ibu orang mukmin! Benarkah apa yang dikatakan oleh Abu 'Abdurrahman? 'Aisyah berkata: Apa yang dia katakan? Aku menjawab: Dia berkata bahawa Nabi SAW pernah mengerjakan umrah pada Rejab. Beliau berkata: Semoga Allah merahmati Abu 'Abdurrahman. Rasulullah tidak melakukan satu Umrah pun melainkan dia (yakni 'Aisyah) ikut bersama Baginda dan Baginda tidak pernah mengerjakan umrah pada Rejab." - (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

Tarikh 27 Rejab dikaitkan dengan Israk dan Mikraj dan pelbagai program diatur bagi mengingati peristiwa bersejarah itu. Ia adalah usaha murni untuk mengingatkan kembali umat Islam supaya mengambil pengajaran daripadanya. Namun, wujud perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai tarikh berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj seperti dijelaskan Ibnu Hajar al-'Asqalani: Ulama berselisih pendapat mengenai waktu berlakunya al-Mikraj. Ada yang mengatakan sebelum Baginda SAW dilantik menjadi nabi. Pendapat ini ganjil kecuali dianggap terjadi dalam mimpi. Kebanyakan ulama berpendapat selepas Baginda SAW menjadi nabi. Selanjutnya dalam kitab itu Ibnu Hajar menyebutkan pendapat ulama seperti Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyah bahawa tidak ada dalil yang tegas menunjukkan bila tarikh sebenar terjadinya peristiwa Israk dan Mikraj ini.Bahkan, Imam Abu Syamah al-Syafie menegaskan: "Sebahagian ahli cerita menyebut bahawa Israk dan Mikraj terjadi pada Rejab. Dalam hal ini, menurut ulama hadis ialah satu pembohongan.Ibnu Rajab al-Hanbali pula berkata: "Diriwayatkan bahawa pada Rejab terjadi banyak peristiwa yang istimewa. Tetapi, tidak ada satu pun dalil yang sahih dalam hal ini. Diriwayatkan bahawa Nabi SAW lahir pada awal malam Rejab, diangkat menjadi Nabi pada 27 Rejab, ada yang menyatakan tarikh 25 Rejab dan sebagainya. Semua riwayat itu tidak sahih."

Kepentingannya untuk membawa perbezaan pendapat mengenai tarikh peristiwa Israk dan Mikraj supaya peristiwa itu diketahui secara jelas dan pada masa sama, tiada ibadat khusus atau sambutan tertentu seperti puasa, solat, bacaan wirid mahupun doa bersempena tarikh berkenaan. Ada golongan yang lebih ekstrim beranggapan bahawa beribadah pada malam 27 Rejab lebih utama berbanding ibadah pada malam lailatulqadar. Jika ada amalan khusus sempena peristiwa Israk dan Mikraj tentu generasi salafussoleh mengetahui dengan pasti bila sebenarnya ia berlaku seperti amalan sunnah lain iaitu puasa 'Asyura pada tarikh 9 dan 10 Muharam dan beribadah pada malam lailatulqadar yang boleh berlaku pada mana-mana malam ganjil 10 malam terakhir Ramadan. Ia memperlihatkan tidak ada amalan khusus sempena peristiwa Israk dan Mikraj. Jika memperingati malam Israk dan Mikraj dengan ibadah tertentu itu disyariatkan serta membawa kebaikan di dunia mahupun akhirat, tentu sekali orang pertama melaksanakannya adalah Rasulullah SAW serta sahabat.
Tiada amalan khusus untuk Rejab yang diriwayatkan daripada Rasulullah SAW yang dijumpai dalam hadis sahih. Jika ada pendapat yang meriwayatkan mengenai amalan sunat tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah Rejab, ia bersandar kepada hadis lemah. Banyak lagi amalan sunat yang umum belum kita amalkan boleh dipraktikkan pada Rejab sebagai persediaan menanti kedatangan Ramadhan dengan membanyakkan solat malam, puasa sunat Isnin dan Khamis serta tadarus al-Quran.

Wallahu A'lam

PASTIKAN KESAHIHAN HADIS TENTANG KEISTIMEWAAN BULAN REJAB

Dalam masyarakat kita hari ini sering kali apabila masuk bulan Rejab,maka akan ada segelintir pihak menganjurkan agar melaksanakan suatu ibadat khusus seperti berpuasa,melakukan umrah dan sebagainya.Dalam hal ini adakah kita sedar dimanakah kita mendapat galakan untuk melaksanakannya?adakah dari sumber hadis Nabi S.A.W,Nas Al-Quran?Rasanya jawapan tersebut ada didalam benak fikiran kita masing-masing kerana dizaman kini ilmu hadis dan Al-Quran itu mudah diperolehi dimana sahaja sama ada dihadapan komputer,televisyen,radio dan sebagainya.Tetapi adakah kita pasti sejauh mana ilmu yang kita perolehi dengan mudah itu Sahih untuk kita ikuti dan amalkan?Adakah kita lupa tentang hadis-hadis palsu?Insya Allah disini saya cuba merungkai serba sedikit kekeliruan antara kita berkenaan dengan bulan Rejab.

Untuk makluman saudaraku yang dikasihi,tidak ada satu hadith yang sahih tentang kelebihan bulan Rejab,melainkan bulan Rejab itu adalah termasuk di dalam bulan yang haram (yang dimuliakan) yang disebut oleh Allah S.W.T. di dalam kitabnya: “Antaranya ada 4 bulan yang haram (dimuliakan).” (al-Taubah:36) iaitulah bulan Rejab, Zul Qaedah, Zul Hijjah dan al-Muharram, dan inilah bulan-bulan yang dimuliakan.Tidak terdapat satu hadith yang sahih yang mengkhususkan bulan Rejab dengan sesuatu kelebihan, melainkan hadith Hasan yang menyebut Nabi S.A.W. banyak berpuasa dalam bulan Sya’ban, apabila ditanya tentang tindakan Nabi itu, dinyatakan: “Kerana Sya’ban itu bulan yang dilalaikan oleh kebanyakan manusia yang berada diantara Rejab dan Ramadhan.” Dari hadith ini (sebahagian orang) memahami bulan Rejab juga ada kelebihan.

Adapun tentang hadith: “Rejab bulan Allah, Sya’ban bulan-Ku dan Ramadhan bulan Umatku.” Ianya adalah satu hadith yang dusta dan sangat lemah, bahkan kebanyakan ulama mengatakan hadith ini palsu… iaitu ianya suatu yang didustai (atas nama Nabi S.A.W.), hadith ini tidak ada nilai dari sudut ilmu dan agama. Demikianlah juga hadith-hadith lain yang diriwayatkan tentang kelebihan bulan Rejab kononnya sesiapa sembahyang sedemikian, maka baginya sedemikian pahala, sesiapa yang beristighfar sedemikian, baginya sedemikian pahala… semua ini berlebih-lebihan, dan semuanya adalah dusta.
Antara tanda kedustaan hadith-hadith seumpama ini, apabila ianya mengandungi unsur berlebih-lebihan dan gembar-gembur… para ulama berkata:
“Sesungguhnya janji dengan pahala yang sangat besar atas perkara yang kecil, ataupun ancaman dengan azab yang keras atas dosa yang kecil, menunjukkan hadith tersebut adalah palsu.”

Sebagai contoh lain apa yang didakwa dari perkataan Nabi S.A.W.:
“Satu suapan kepada orang yang lapar lebih baik dari membina 1000 buah masjid.” Hadith ini mengandungi kepalsuan dalam teksnya sendiri, kerana ia termasuk dalam perkara yang tidak dapat diterima oleh akal, satu suapan utk orang yang lapar, pahalanya lebih besar dari pahala yang diperolehi dari membina 1000 buah masjid.
Maka hadith yang ada dalam bab kelebihan bulan Rejab adalah termasuk di dalam jenis seperti ini.Oleh itu para ulama wajib memberikan perhatian dari hadith-hadith seumapama ini yang palsu dan dusta dan memberi peringatan kepada orang ramai dari hadith-hadith seumapama ini. Nabi S.A.W. telah bersabda: (Maksudnya): “Sesiapa yang meriwayatkan satu hadith yang dia lihat hadith tersebut adalah palsu, maka dia termasuk salah seorang dari kalangan pendusta.” (Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim di Muwaddiman Sahihnya).

Akan tetapi kadang-kadang seseorang tidak mengetahui hadith yang diriwayatkannya itu adalah hadith yang palsu. Oleh kerana itu dia mesti mengetahui, dan mengenal pasti dari sumber-sumbernya… terdapat banyak kitab-kitab hadith yang dibuat rujukan, ada kitab-kitab yang khas yang menerangkan tentang hadith-hadith lemah dan palsu seperti al-Maqasid al-Hasanah” oleh al-Sakhawi, kitab Tamyiz al-Toyyib min al-Khabith lima haduru ala alsinah al-Nas minal hadith oleh Ibn al-Diba’, kitab Kasful khafa’ wa al-Ilbas fima isytahara min al-Ahadith ‘ala alsinati al-Nas oleh al-‘Ajluni… dan banyak lagi kitab-kitab lain yang sepatutnya diketahui oleh para khatib dan memahaminya, agar mereka tidak mengambil satu hadith melainkan hadith itu dipercayai kesahihannya.
Sesungguhnya termasuk dalam kemerbahayaan yang berlaku di dalam masyarakat kita ialah hadith-hadith yang palsu dan yang direka yang bercampuraduk di dalam khutbah, buku-buku dan percakapan manusia, hakikatnya ianya adalah hadith yang palsu dan yang direka.Oleh kerana itu kita perlu membersih dan menyucikan masyarakat kita daripada hadith-hadith seperti ini. Sesungguhnya Allah mentaufikkan para ulama yang menjelaskan kepada orang ramai perkara-perkara yang asas dari yang direka, yang tertolak dari yang diterima. Dan kita hendaklah mengambil manfaat dari usaha mereka dan mengikut ilmu yang telah mereka terangkan.Semoga dengan sedikit penerangan ini dapat menjadikan iktibar untuk kita bersama agar kita terselamat dari segala fitnah yang melanda umat kini!!!!

Wallahu A'lam

Monday, May 24, 2010

AL-QURAN ADALAH JALAN PENENANG JIWA YANG RESAH

Dalam zaman yang serba canggih dan moden kini sedar atau tidak ramai dikalangan kita khususnya umat yang bergelar islam seringkali tertimpa dengan pelbagai masalah serta ujian.Adakalanya dikalangan kita hari ini ditimpa dengan penyakit,masalah kewangan,rumahtangga,dan pelbagai masalah lagi.Persoalannya dimana jalan penyelesaian yang kita cari tatkala masalah sebegini menimpa diri?
Sedar atau tidak ramai dikalangan kita pada hari ini tidak memilih jalan yang betul untuk menyelesaikan tiap masalah yang menimpa.Kita sering memilih jalan yang singkat untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi seperti andaikata salah seorang dari kita ditimpa penyakit yang berkaitan dengan sihir,seringkali kita memilih jalan berjumpa engan pawang serta bomoh kerana cara mereka lebih mudah dan cepat berkesan berbanding perubatan berlandaskan syara' kerana malas untuk mengamalkan apa yang diberi seperti zikir dan ayat-ayat Al-Quran,begitu juga jika kita ditimpa dengan masalah kewangan,kerap kali dikalangan kita lebih suka menyelesaikannya dengan berhutang,riba' dan perniagaan yang dilarang syara' demi untuk mengaut untung yang cepat serta berlipat ganda.Lupakah kita yang mana rezeki itu hak Allah,penyakit juga dari Allah,musibah juga adalah ujian dari Allah,jadi mengapa kita perlu gusar tatkala ujian sebegini menimpa diri?Kembalilah kepada hakikat hamba yang sebenar yakni serahkan segalanya pada yang Maha Agung Allah Rabbul Jalil dan segeralah kembali kepada Al-Quran dan Sunnah kerana ianya adalah penyelesaian masalah yang paling mujarab dan berkesan.

Ketahuilah saudaraku yang mana pada hari ini sayangnya umat islam sering kali memilih jalan untuk menyelesaikan masalah dengan cara yang bathil.Contohnya umat Islam di Malaysia sekarang ini lebih suka mencari tempat-tempat hiburan seperti kelab malam ataupun pusat hiburan seumpamanya, kononnya ingin menangkan jiwa dan melepaskan masalah yang dihadapi.Pada dasarnya ramai dari kalangan kita telah ditipu oleh desakan nafsu serta syahwat yang memang sentiasa mengajak kearah lembah maksiat dan kebinasaan.
Diwaktu kini sedar atau tidak wabak penyakit jiwa sedang melanda manusia di seluruh dunia. Berbagai usaha telah dibuat untuk mengatasi wabak ini, tetapi semuanya gagal. Ubat paling laris dalam pasaran ialah ubat bersangkut dengan penyakit jiwa, terutama sekali Prosac, ubat untuk melawan kesedihan (depression). Nampaknya tidak ada harapan untuk mengatasi wabak ini melainkan manusia kembali kepada Al Quran.

Punca Penyakit Jiwa melanda umat kini adalah berpunca dari kegagalan manusia menangani kesusahan/tekanan/musibah dalam hidup (stress) seharian adalah punca penyakit jiwa.Dan tekanan ini kian meningkat dalam kehidupan manusia 'moden' kini.Kesusahan adalah sunatullah. :"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah." (Al Balad ayat;4)Dalam hal ini Allah telah memberi dua jalan untuk manusia menangani kesusahan ini sepertimana firmanNYA yang bermaksud;
"Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan." (Al Balad ayat;10)Satu jalan membawa kejayan dan satu lagi menyebab wabak penyakit jiwa.
Dua Jalan menangani tekanan hidup,hendaklah kita yakini Allah itu Maha Mengetahui tiap sesuatu.Dia memberi tahu hamba-hamba-Nya dua cara menangani tekanan hidup:

Pertamanya"Allah berfirman: ' Turunlah kamu dari syurga itu! Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barang siapa yang mengikut petunjuk -Ku, niscaya tidak ada kebimbangan atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati'" ( Al Baqarah ayat;38)

Cara keduanya ialah:"Dan barangsiapa yang berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta." (Ta Ha ayat;124)Pada masa kini manusia 'moden' sering kali memilih cara kedua secara tidak sedar.Akibatnya tercetuslah wabak penyakit jiwa yang sedang melanda seluruh dunia kini.

Masalah wabak penyakit jiwa,terutama sekali kebimbangan (anxiety) dan kesedihan/kesugulan (depression) kini sudah menjadi wabak penyakit nombor satu di seluruh dunia. Mengikut perangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lebih kurang 25% dari 5 billion penduduk dunia, iaitu 1.25 billion orang, mengalami penyakit jiwa, jauh mengatasi jumlah pesakit jantung, barah dan kencing manis (diabetes) renungkan betapa bahayanya wabak ini ia merebak lebih cepat dari penyakit yang sering menjadi igauan ngeri setiap manusia.Di Malaysia amnya, mengikut Kementerian Kesihatan, 30% pesakit yang berjumpa doktor mengalami penyakit jiwa. Bagi rakyat Malaysia secara umumnya, lebih kurang 25% mengidap penyakit yang sama.Dan jumlah ini kian meningkat dengan pesat, tanpa nampak penyelesainnya hingga kini!!

Dalam mengahadapi wabak penyakit jiwa yang menular dalam masyarakat kini jalan yang paling berkesan untuk mencegah dan merawat adalah dengan cara kembali semula kepada ajaran Al-Quran,kerana hal ini telah dijanjikan oleh Allah s.w.t melalui firmanNYA yang bermaksud:
"Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhan-mu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman. (Yunus ayat:57).

Persoalannya kini,bagaimanakah cara untuk kita aplikasikan Al Quran dalam mengatasi wabak penyakit jiwa ini?mari sama-sam kita pelajari kaedah yang dibawa islam dalam menangani wabak ini.Cara Penyelesaian Masalah Wabak Penyakit jiwadalam Islam lebih menekankan pencegahan dari rawatan kepada satu-satu masalah.
Cara islam menyelesaikan masalah wabak penyakit jiwa contoh yang baik;

1. Bila berdepan masalah-masalah hidup sunatullah. Bila bedepan masalah/musibah, Allah telah mengajar kita manusia,firman Allah;
"(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan :'Innaa lilaahi wa innnaa ilaihi raji'uun.'"
(Al Baqarah ayat:156)". Ini khusus bertujuan supaya manusia ingat kepada Allah semasa berdepan dengan masalah. Kerana hanya dengan mengingati Allah hati manusia jadi tenteram.Firman Allah;
"Ingatlah hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram." (Al Ra'ad 13:28)

2. Apa yang perlu diingat tentang Allah untuk menangani musibah?;

i. Semua milik Allah firmanNYA."Kepunyaan ALlah-lah segala apa yang ada di langit dan di bumi " (Al Baqarah ayat:284)Ketahuilah kerajaan mutlak adalah kepunyaan Allah. Tidak akan berlaku apa-apa tanpa izin-Nya firman Allah."Tidakkah kamu mengetahui bahawa kerajaan langit dan bumi kepunyaan Allah? (Al Baqarah ayat:107)

ii. Allah Maha Pemurah dan Maha Penyang.Atas sifat-sifat inilah Allah melakukan apa saja ke atas hamba-hamba-Nya.Semua yang Dia lakukan ialah untuk kebaikan hamba-hamba-Nya.

iii. Semua yang Dia lakukan ke atas hamba-hamba-Nya ialah hanya ke tahap yang mampu dipikul oleh hamba-Nya.Firman Allah;''Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al Baqarah ayat: 286)Sekiranya Dia lakukan lebih dari pada itu, ini bererti Allah zalim, sedangkan Allah tidak zalim. Dia Maha Penyayang.

iv. Setiap kesusahan akan berakhir dan akan diganti dengan kesenangan.Firman Allah"Sesungguhnya sesudah kesulitan ada kemudahan." (Alam Nasyarah ayat: 6)

v. Bila berdepan dengan musibah, hendaklah kita bersabar dan solat hajat minta pertolongan dari Allah.Firman Allah; "Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar." ( Al Baqarah ayat:153)Di dalam Al Quran akhlak manusia yang paling banyak Allah sebut ialah "sabar", lebih dari 70 kali.Ini bermakna Allah s.w.t memang menyuruh kita untuk bersabar dalam tiap tindakan kita.Nabi Muhammad s.a.w juga sering menghayati perintah Allah ini setiap kali Baginda s.a.w berdepan dengan musibah.

vi. Dalam keadaan penuh kesabaran, kita hendaklah menganalisis musibah yang menimpa kita.Semua musibah berlaku ke atas kita adalah kerana tiga sebab:

a) Apakah ia satu hukuman dari Allah(Kafarah)?Hukuman Allah di atas dunia berlaku kerana tiga sebab:
1) melakukan kezaliman
2) durhaka kepada ibu bapa dan
3) Memutuskan hubungan silaturahim dengan waris-waris terdekat.
Dengan hukuman ini Allah mengharapkan manusia bertaubat dan kembali kepada jalan-Nya. Kalau tidak Allah akan menghukum dengan neraka di akhirat nanti. Jadi hukuman Allah di dunia inilah ialah sebab Dia sayang kepada hamba-hamba-Nya dan untuk menyelamatkan hamba-hamba-Nya dari seksaan neraka di akhirat nanti.

b) Apakah ia satu pengajaran(Tarbiah)?Hidup manusia menempuh dua jalan: "Untukmulah agama mu, dan untukulah agama ku". ( Al Kaafiruun ayat:6)Bilamana kita terjerumus ke jalan yang salah, Allah membuat sesuatu supaya kita sedar tentang kesilapan kita, bertaubat dan kembali ke jalan yang benar. Kalau tidak hidup kita susah, sempit dan kita jadi hina di dunia dan akhirat. Allah sayangkan kita dan mahu menyelamatkan kita dari segala kesengsaraan hidup di dunia dan akhirat.Firman Allah"Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya ALlah merasakan kepada mereka sebahagaian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)" ( Ar Ruum ayat:41)

c) Apakah itu satu ujian(Bala')?Sekiranya musibah itu bukan satu hukuman dan juga tidak pengajaran, maka ia adalah ujian.Dan kian kuat iman dan tinggi taqwanya kepada Allah,maka makin banyak dan tinggi ujian yang Allah kenakan kepadanya. Nabi Muhammad s.a.w, nabi-nabi lain dan rasul-rasul ialah contoh dari apa ujian-ujian yang Allah kenakan ke atas hamba-hamba-Nya yang Dia amat cinta dan sayang.Semua manusia pasti mendapat ujian-ujian ini firman Allah:"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar."(AlBaqarah ayat: 155)Ujian juga adalah cara untuk masuk syurga firman Allah:"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaiman halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang -orang yang beriman bersamanya: 'Bilakah datangnya pertolongan ALlah?' Ingatlah, sesungguhnya pertolongan ALlah itu amat dekat." (Al Baqarah ayat:214)
Tentang hal Kebimbangan/Kekhuwatiran (Anxiety) dan Kesedihan( Depression)Kebimbangan tercetus oleh ketakutan tentang masa depan. Manusia takut jadi miskin, sakit, mati,dirompak, dirogol, hilang harta dan sebagainya.
Islam hadir menghapus ketakutan tentang masa depan.Masa depan hak Allah.Tiada siapa tahu apa yang akan berlaku sesaat kemudian. Islam telah mengajar hamba-hambanya hanya takut kepada Allah.Berusaha bersungguh-sungguh untuk hidup mengikut petunjuk Allah dan berserahlah kepada Allah Yang Maha Mengetahui, Maha Penyayang dan Maha Pemurah. Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.

Penyakit itu hakikatnya membawa keuntung besar.Sesiapa yang bersabar menghadapi penyakit yang dideritainya,maka Allah akan menggugurkan dosa-dosanya seperti gugurnya daun-daun dari dahan dimusim luruh.Tentang kematian, semua akan mati,yang hendak kita bersedia ialah jangan mati katak, tetapi mati yang terbaik, iaitu mati dalam keadaan beriman.
Tentang Kesedihan,Kesedihan berlaku apabila terjadinya kehilangan. Ada dua jenis kehilangan;
i)kehilangan sebenar dan
ii)kehilangan yang difikirkan (actul loss dan imagined loss).

i)Kehilangan yang sebenar ialah kehilangan harta benda akibat dari kebakaran, kecurian, banjir dan lain-lain.Bila berdepan dengan kehilangan jenis ini, kita hendaklah ingat bahawa benda atau harta itu milik Allah dan bukan milik kita. Allah hanya memberi pinjam kepada kita untuk kita mengurus dengan baik. Dia beri kepada sesiapa yang Dia mahu dan Dia ambil boleh bila-bila masa sahaja yang Dia mahu.Bila berlaku kehilangan jenis ini, hendaklah kita membuat analisis ke atas kehilangan itu berdasarkan konsep di atas;adakah ia hukuman, pengajaran atau ujian. Kita haruslah bertaubat dan bersabar juga berusaha memperbaikan cara mengurus amanah ALlah itu.
ii)Kehilangan yang difikirkan (imagined loss)Ini berlaku bila kita fikir kita hilang sesuatu. Sebenarnya, kita tidak hilang apa-apa pun, tetapi dalam fikiran kita kita rasa kita telah hilang benda itu.Keadaan ini sering berlaku dalam perhubungan antara manusia (Inter-personal relationship). Ini jelas berlaku kepada orang pencen.Orang pencen yang sebelumnya mempunyai kedudukan tinggi dan berkuasa berasa dia hilang semua itu bila dia pencen.Diri orang sebegini sering merasakan orang lain tidak lagi memerlukannya. Dia meletakkan harga dirinya kepada pangkat dan kuasa.Begitu juga dengan orang-orang yang tua. Anak-anaknya sudah besar dan meninggalkannya untuk mencari sara hidup. Orang tua fikir dia tidak berguna lagi kepada anak-anaknya.Bila manusia meletak harga dirinya dalam keadaan begini dia akan bersedih. Inilah punca utama kenapa kadar kesedihan paling tinggi di kalangan orang-orang pencen dan tua di seluruh dunia. Kesedihan ini boleh membawa kepada membunuh diri. Sebab itulah kadar membunuh diri tertinggi di kalangan golongan ini di mana -mana pun, melainkan di kalangan orang-orang Islam.


Renungkan dan bermuhasabahlah,sesungguhnya Allah tidak menetapkan harga diri kepada harta, kuasa dan kedudukan. Manusia terbaik dalam pandangan Allah ialah:
1. Taqwa firman Allah:" Sesunguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu." (Al Hujurat ayat:13).Sebagai contoh nabi Muhammad s.a.w adalah manusia yang paling tinggi taqwanya kepada Allah.

Tanda orang yang tinggi taqwanya:
2. Beramal baik dan mencegah kemungkaran firman Allah:"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'aruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah." (Ali Imran ayat:110)
"Mereka melakukan amalan-amlan yang telah dilakukan mereka sedangkan hati mereka merasa takut kerana (mengenangkan) mereka kelak akan kembali kepada tuhan mereka. (Al Mu'minun ayat:60)
Tafsiran ayat mengenai hal ini: Daripada Aisyah r.a, dia bertanya: "Wahai Rasullullah, adakah (maksud ayat-ayat) 'Orang -orang yang melakukan amalan-amalan yang telah dilakukan mereka sedangkan hati mereka merasa takut (kepada-Nya) itu ' ialah orang yang mencuri, berzina dan minum arak dan kerana itu mereka takut kepada ALlah Azzawajalla?" Jawab beliau" "Tidak begitu! Wahai puteri Abu Bakr As-Siddiq! Tetapi itulah orang yang sembahyang, berpuasa dan bersedekah tetapi masih merasa takut kepada AL:lah Azzawjlla" (HR at- Tarmizi)
Semua orang boleh berikhtiar mendapatkan kedua benda ini. Ia bergantung kepada usahanya dan kurnia Allah :
"Maka apabila kamu telah selesai (dari satu urusan) , kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain, dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." (Alam Nsyarah ayat:7-8)


Inilah cara-caranya Islam mendidik pengikutnya bagaimana berdepan dengan kesusahan /tekanan/musibah dalam hidup, yang merupakan sunattulah, supaya sesiapa yang beriman dapat mengecapi kemanisan kesihatan jiwa di dunia dan di akhirat.Firman Allah;
"Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku." (Al Fajr ayat:27-30).
Inilah diantara caranya untuk mendapat kesihatan dan ketenangan jiwa tanpa perlu kepada ubat atau rawatan psikoterapi.Caranya ialah meningkatkan keimanan seseorang.Persoalan yang timbul apakah itu IMAN?Firman Allah menjelaskannya:
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada ALlah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan ALlah, mereka itulah orang-orang yang benar." (Al Hujuraat ayat:15).Syara' pula menjelaskan Iman itu ialah pengakuan di lidah dan disemat dalam hati diikuti dengan usaha bersungguh-sungguh (jihad) dengan harta dan nyawa di jalan Allah, itulah ubat paling mujarab bagi wabak penyakit jiwa.
Saya sering melalui jalan ini bila berdepan dengan musibah dalam hidup.Dan saya dapati memang benar Allah selalu memenuhi janji-janji-Nya.

Moga perkogsian ini sedikit sebanyak dapat memberikan harapan kegembiraan sesama saudara islam yang sedang ditimpa ujian dan musibah insya Allah!!!


Kuseringkali panjatkan do'a penuh nista,

terpercik dari nafsu- nafsu dunia,

adakah jalan cahaya syurga,

ataukah ini semua tipu daya iblis durjana,

Kuingin nikmati harumnya syurga dunia,

tapi tercium sampah sampah pendusta,

ingin kulihat bintang kejora cita dan cinta,

tapi apakah aku sedang buta,


Jalanku terbentang jika sejadah kurentang,

setapak tangan sahaja jika kumelipatnya,

apa yang kurasa belumlah apa apa,

nantilah aku,aduh!! kesedihan tak terhingga,

Ku berserah atas nama hati pada MU ya Robbi,

Atas segala cita luka duka dan bahagia,

Kuatkanlah sabar ikhlas dan ikhtiarku,

Ku yakin dihujung sana ada cahaya pemuka yang menanti!!!

Friday, May 21, 2010

RENUNGAN DIHARI IBU(MENYELAMI DISEBALIK DOA SEORANG IBU)

Selamat hari Ibu diucapkan kepada seluruh insan yg bergelar Ibu,betapa besar pengorbanan seorang ibu kepada setiap anak-anaknya.Tiap pengorbanan yg dicurahkan sukar untuk dibalas oleh kita yg bergelar anak,kerana tiap jerih payah yg dilalui seorang ibu bagi membesarkan anak-anaknya lahir dari hati yang nurani lagi suci tanpa disulami rasa sesal walau sedikit didalam benak sanubari.
Buat insan yang bergelar ibu ingatlah pegorbananmu diberi penghargaan oleh Allah dan Rasul sehingga kedudukanmu cukup mulia dari insan bergelar ayah.Syurga juga diibaratkan letaknya dibawah telapak kakimu inilah sabdaan junjungan besar kita Muhammad s.a.w menyanjung insan yang bergelar ibu.Itulah maqam kedudukan seorang ibu disisi agama islam,bagi seorang anak wajib bagi kita untuk taat dan berbakti kepada ibu mahupun ayah,kerana tanpa mereka tidak mungkin kita menjenguk ke alam dunia ini.Mentaati perintah keduanya adalah wajib terutama ibu kerana seorang ibu punyai hati yang cukup rapuh untuk dijaga seorang anak sehingga ada ulama' menyatakan;"Apabila seorang anak membuatkan seorang ibu itu menitiskan setitis air mata maka tunggulah segelombang murka Allah menimpa dirinya"
Begitulah besarnya tanggungjawab kita selaku anak untuk menghargai segala jasa yang telah dicurahkan ibu kepada kita.Ingatlah sewaktu kita sakit siapa yang ada disisi kita?sewaktu kita lapar siapa yang menyuapkan kita makanan?sewaktu kita berduka siapa insan yang turut berduka sama seperti kita?pendek kata dalam tiap situasi kehidupan kita tidak pernah sekali kita lekang dari ibu.mak,umi dan juga mama.Tanyalah pada diri kita adakah kita telah menjalankan tanggungjawab kita selaku anak bagi membalas segala pengorbanan ibu?Ketahuilah seorang ibu itu tidak pernah mendambakan wang ringgit sebagai balasan, mereka hanya inginkan kasih serta belas dari insan bernama anak,ibu juga hanya ingin supaya anaknya berjaya didunia apatah lagi diakhirat,harapan ibu juga agar anak yang ditatang manja selama ini dapat membantu mereka setelah mereka bertemu Allah kelak.Inilah harapan yang paling utama bagi seorang ibu kerana memiliki anak yang soleh dan solehah itu adalah suatu harta yang tidak ternilai bagi diri ibu!!!
Dikesempatan yang tidak seberapa ini dalam berkongsi sedikit cakna ilmu yang dianugerah Allah marilah sama-sama kita selami sebuah kisah untuk tatapan jiwa yang senantiasa inginkan renungan;

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim menceritakan, pada zaman dahulu di negeri Arab ada seorang pemuda yang sangat terhormat kerana ketinggian ilmunya. Dia sangat disukai oleh orang ramai kerana budi dan amalnya. Ilmunya yang tinggi menyebabkan namanya harum diserata negeri itu. Ibunya sangat berbangga kerana mempunyai seorang anak yang dihormati oleh setiap orang. Di mana-mana sahaja namanya pasti menjadi perbualan orang.
Pada suatu hari, pemuda tersebut bercadang untuk pergi ke Mekah kerana ingin menuntut ilmu dengan lebih tinggi. Dia merasakan bahawa ilmu yang ada padanya masih belum mencukupi. Lantas dia cuba memujuk ibunya agar membenarkan dia pergi. Dengan deraian airmata ibunya berkata, "Anakku, engkau adalah mutiara hatiku. Ibu akan menderita jika engkau pergi ke Mekah. Ibu sudah tua, ibu tidak sanggup untuk berpisah dengan engkau apatah lagi engkau akan berada di sana bertahun-tahun lamanya. Batalkan saja niatmu itu nak", rayu ibunya.


Pemuda itu berasa amat kecewa dengan kata-kata ibunya tetapi semangatnya untuk menuntut ilmu agama di negeri Mekah tidak luntur dari hatinya. Malah dia akan tetap pergi kerana tekadnya sudah tidak dapat dibendung lagi. Maka keesokan harinya selepas dia mengerjakn solat subuh, dia pun berangkat ke Mekah tanpa menghiraukan nasihat ibunya lagi.Kini tinggallah ibunya yang sudah tua di rumah bersendirian dengan deraian airmata. Hatinya begitu sakit apabila mengenangkan anaknya yang tidak mendengar nasihatnya lagi.

Ya Allah", kata ibunya merintih.:"Sesungguhnya anakku telah membakar hati hamba dengan pemergiannya. Maka Engkau turunkanlah seksa kepada anakku itu ya Allah".Setiap kali selepas solat, ibunya akan berdoa seperti itu.Dalam pada masa yang sama itu, anaknya sudah sampai di Mekah. Di sana dia begitu giat mencari ilmu dan beribadat.Pada suatu malam yang gelap-gelita, berlakulah suatu musibah menimpa dirinya. Pada waktu itu ada seorang pencuri memasuki rumah seorang saudagar yang kaya. Akan tetapi, perbuatan pencuri itu telah disedari oleh tuan rumah itu. Pencuri itu telah lari lintang-pukang menyelamatkan diri. Tuan rumah itu terus mengejarnya sehingga sampai di sebelah masjid. Oleh kerana terlalu panik, pencuri itu terus masuk ke dalam masjid untuk berlindung.

Kebetulan pada masa itu terdapat seorang pemuda yang sedang khusyuk berzikir. Sebagai helah untuk menyelamatkan diri, pencuri itu terus berteriak sambil menuding jarinya ke arah pemuda yang sedang berzikir itu."Pencuri, pencuri….", teriak pemuda itu.Mendengar teriakan itu, tuan rumah tersebut terus berlari masuk ke dalam masjid dan menangkap pemuda itu. Pemuda itu terpinga-pinga apabila dirinya ditangkap, berbagai-bagai penafian dibuat namun tuan rumah itu terus menyeretnya keluar dari masjid itu. Kemudian tuan rumah itu mengikat tangannya lalu membawanya mengadap raja. Dengan perasaan marah, tuan rumah itu terus menceritakan segala kesalahan pemuda tersebut. Tanpa membuat pertimbangan yang sewajarnya serta soal selidik yang terperinci, maka raja itu terus menjatuhkan hukuman ke atas pemuda itu dengan kedua kaki dan tangannya dipotong serta kedua biji matanya dicungkil. Dengan perasaan yang amat hiba pemuda itu menerima hukuman raja dengan tenang.
Setelah hukuman itu dilaksanakan, raja itu memerintahkan pula pemuda itu diarak di khalayak ramai. Di sepanjang jalan, pegawai-pegawai raja itu berkata kepada orang ramai, "Inilah akibatnya kalau cuba mencuri barang orang."Sewaktu perarakan itu sampai di sebuah pasar, maka pemuda yang dituduh mencuri itu berkata kepada pegawai raja yang membawanya, "Wahai pegawai, janganlah engkau berkata begitu sebaliknya berkatalah begini, "Inilah balasannya kalau orang menderhaka kepada ibunya."Para pegawai itu menjadi hairan mendengar arahan pemuda itu. Hati mereka ragu-ragu, apakah ucapan pemuda itu betul ataupun berpura-pura. Akhirnya pegawai itu menyelidik latar belakang pemuda itu dan ternyatalah pemuda itu bukan pencuri yang sebenar. Dengan perasaan kasihan, pegawai itu membebaskannya dan menghantarnya pulang ke rumah ibunya.Ketika sampai di perkarangan rumah ibunya, para pegawai itu terus meletakkannya di muka pintu rumah ibunya. Keadaannya yang cacat menyebabkan dia tidak dapat berbuat apa-apa kecuali memanggil-manggil dari luar. Dari dalam rumah terdengar ibunya sedang berdoa, "Ya Allah, apabila telah turun cubaan kepada anakku, kembalikanlah dia ke rumah ini supaya hamba dapat melihatnya." Oleh kerana dia tidak tahan mendengar doa ibunya itu, tanpa disedari airmatanya jatuh bercucuran. Lantas dia berpura-pura menjadi pengemis.

"Ya puan, berilah hamba sedekah.""Datanglah sini," terdengar suara dari dalam."Bagaimana saya dapat masuk sedangkan saya tidak mempunyai kaki," jawab anaknya."Kalau begitu hulurkan tanganmu," jawab ibunya semula."Puan, maafkanlah hamba kerana tidak mempunyai tangan kerana telah dipotong.""Kalau begitu, bagaimana dapat aku memberimu makanan sedangkan aku bukan muhrimmu," jawab ibunya dari dalam."Puan janganlah khuatir kerana kedua mata hamba buta."Ibunya yang masih belum mengetahui bahawa di luar itu adalah anaknya terpaksa keluar membawa sekeping roti untuk disuapkan ke mulut anaknya. Sebaik sahaja roti hendak disuapkan ke mulutnya, pengemis itu terus merebahkan dirinya di pangkuan ibunya sambil menangis. "Ibu, maafkanlah saya ibu. Saya adalah anak ibu yang telah mengalami nasib seperti ini. Ibu, saya telah berdosa terhadap ibu, maafkanlah saya ibu."

Setelah mengetahui bahawa pengemis itu adalah anaknya, dia terus memeluk anaknya sambil menangis meraung-raung kerana melihat keadaan anaknya yang mengerikan. Oleh kerana tidak sanggup melihat penderitaan anaknya, dia terus berdoa, "Ya Allah, saksikanlah bahawa semua kesalahan anakku telah hamba maafkan. Tetapi seksa anakku sungguh mengerikan. Hamba tidak sampai hati melihat keadaan anakku yang cacat sedemikian rupa. Ya Allah, Engkau akhirilah hidupku bersama anakku ini agar kami tidak menanggung malu."Dengan kehendak Allah Yang Maha Esa, doa ibu itu telah dikabulkan. Akhirnya dia dan anaknya mati bersama-sama. Begitulah nasib anak yang tidak menuruti perintah orang tua, dan orang tua yang kurang redha walaupun di dalam mencari ilmu.

Saudaraku yang dikasihi dari kisah yang diceritakan ini dapatlah kita fahami betapa besarnya dosa apabila kita membelakangi ibu.Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
"Sesungguhnya redha Allah itu tereletak kepada redhanya kedua ibu ayah dan murka Allah itu terletak diantara murkanya ibu ayah"
Semoga Allah memelihara kita dari segala kemurkaannya bermula dari murka ibu dan ayah,berbaktilah kepada mereka selagi mereka masih ada dihadapan kita,andai kata mereka telah pergi buat selamanya kalungkanlah buat mereka untaian doa supaya mereka senantiasa berbahagia disamping Allah yang Maha Pengasih!!!

Ya Allah,
Redhakanlah perbuatan kami buat ibu&ayah
Peliharalah ucapan kami dihadapan mereka
Lunakkanlah mata kami terhahadap mereka
Lembutkanlah hati kami untuk mentaati mereka.
Ya Allah,
Berikanlah mereka balasan yang sebaiknya atas didikan mereka kepada kami selaku anak dan pahala yang besar atas kasih sayang yang mereka limpahkan kepada kami.
Peliharakanlah mereka seperti mana mereka memlihara kami.
Ya Allah,
Apa sahaja gangguan dan derita yang mereka rasakan kerana perbuatan kami, jadikanlah itu sebagai penyebab susutnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan buat mereka.

Ya Allah,
Bilamana maghfirah keampunanMU mencapai mereka sebelum kami ,Izinkanlah mereka memberi syafaat kepada kami,andaikata sebaliknya maka izinkanlah kami memberi syafaat kepada mereka sehingga supaya kami semua dapat berkumpul bersama di tempat kediaman yang dinaungi kemuliaanMU ampunanMU serta rahmatMU.
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki kurnia Maha Agung,serta anugerah yang tidak pernah berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih!! Amin Ya Rabbal ' Alamin!!

Friday, May 14, 2010

ANCAMAN FITNAH AKHIR ZAMAN&CARA TERSELAMAT DARINYA

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Ankabut ayat 2&3 maksudnya;

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta"



Rasulullah s.a.w telah mengkhabarkan kepada kita semua tentang fitnah (malapetaka) yang akan terjadi...
Daripada Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib r.a berkata bahawa ia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda,maksudnya;




"Ketahuilah bahawasanya akan terjadi fitnah-fitnah (malapetaka)!" Kami bertanya: "Bagaimana jalan keluarnya wahai Rasulullah?" Baginda bersabda: "Berpegang teguh dengan Kitabullah, sebab didalamnya disebutkan sejarah orang-orang sebelum kamu, dan khabar tentang yang akan datang setelah kamu, dan didalamnya juga terdapat hukum terhadap perselisihan diantara kamu. Ia adalah pemisah antara hak dan bathil, dan sekali-kali bukanlah senda gurau. Barangsiapa meninggalkannya kerana keangkuhan, nescaya Allah akan membinasakannya. Dan barangsiapa mencari petunjuk dari selainnya, nescaya Allah akan menyesatkannya. Ia adalah tali Allah yang kukuh. Dan ia adalah bacaan yang penuh hikmah. Dan ia adalah jalan Allah yang lurus" (HR. Ahmad dan At-Tirmidzi)



Menurut hadis Nabi s.a.w ini jelaslah kepada kita semua hakikatnya Pada hari ini sedarlah kita sedang berada dalam kancah peperangan melawan fitnah (cubaan dan godaan) yang begitu besar,ketahuilah fitnah itu bagaikan potongan malam yang kelam!!!



Dalam melalui hari sebagai umat akhir zaman tahu atau tidak fitnah cubaan dari Allah kepada kita berlegar disekeliling penjuru kehidupan kita seperti Harta adalah fitnah (ujian)Anak-anak juga adalah fitnah (cubaan)Wanita adalah fitnah (godaan)
Bercampur-baur dengan orang-orang kafir dan munafik adalah fitnah (bencana)
Ajakan kepada kebatilan dan menjauhi kebenaran adalah fitnah (malapetaka)Teman pergaulan yang jahat adalah fitnah (bencana)
Seruan kepada perkara sia-sia, sesat dan batil adalah fitnah (bencana)Dan banyak lagi yang lainya.




Tatkala seorang insan jatuh terperosok dalam bahaya dan musibah, maka dihadapannya ada 2 jalan pilihan;

1)Ia segera mencari jalan-jalan keselamatan dan berusaha mengeluarkan diri dari musibah tersebut hingga ia boleh selamat .
(Tidak syak lagi ini merupakan keharusan yang harus ditempuh bagi seorang yang berakal)
2)Atau ia hanya mampu pasrah menerima dan membiarkan dirinya binasa.
(Ini adalah tindakan orang bodoh (jahil) yang pasrah dan tidak mencari jalan selamat)




Waspadalah kerana fitnah-fitnah sudah begitu banyak pada zaman ini.Gelombangnya sudah saling tersebar luas dan bercampur-baur dengan berbagai bentuk kejahatan,maka wajib bagi setiap muslim untuk berhati-hati darinya.Oleh itu berpegang teguhlah pada Kitabullah dan Sunnah Rasulullah s.a.w,dan hendaklah diri kita juga harus waspada agar tidak menjadi penyebar fitnah (bencana) atau mendatangi atau cenderung kepadanya moga kita akan terjebak didalamnya!Marilah saudaraku sama-sama kita merenung&bermuhasabah(menghisab diri) kehidupan kita sehari-harinya (saat ini), sebenarnya kita lebih condong kearah mana?


Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya;


"Bakal terjadi fitnah (pertumpahan darah), orang yang duduk ketika itu lebih baik daripada orang yang berdiri, yang berdiri lebih baik daripada orang yang berjalan, yang berjalan lebih baik daripada yang berlari. Dan barangsiapa melibatkan diri ke dalamnya niscaya ia akan terseret kedalamnya" (Muttafaq 'alaih)



Berdasarkan hadis ini selamilah baik-baik apa yang ingin disampaikan oleh baginda Nabi s.a.w kepada kita.Marilah kita semua baik rakyat mahupun penguasa, ulama atau orang awam
mestilah saling bantu-membantu memadamkan api fitnah dengan berbagai cara penuh hikmah dan nasihat yang baikSebab jika hal tersebut tidak kita lakukan, maka akibatnya akan sangat berbahaya, dan kesudahanya akan begitu menyakitkan.
Marilah sama-sama kita merenungkan firman Allah yang maksudnya;

"Dan peliharalah dirimu dari pada siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang dzalim saja diantara kamu. Dan ketahuilah bahwa Allah amat keras siksaan-Nya" (Al-Anfal: 25)



Ketahuilah wahai saudaraku, bahawa dunia ini adalah batu ujian dan cubaan bagi kita semua yang bergelar hamba kepada Allah.Selagi kita semua masih diberi nafas dan nyawa oleh Allah kita semua tidak boleh lari dari mendapat fitnah dan cubaan kerana ianya menjadi fitrah kita selaku insan.Buktinya menerusi firman Allah dalam surah HUUD ayat yang ke7 maksudnya;

" Dia yakni ALLAH menguji siapakah diantara kamu yang lebih baik amalnya"



Oleh itu sedarlah hidup ini adalah medan ujian bagi kita yang mengaku menjadi hamba kepada Allah Azzawajalla,kerana tiap insan yang sabar&bijak dalam menjalani tiap fitnah cubaan dariNYA pasti mendapat redha serta ganjaran yang telah dijanjikan dalam firmanNYA&sabdaan menerusi kekasihNYA Muhammad s.a.w.!



JENIS-JENIS FITNAH



Wajarlah bagi setiap individu bergelar muslim untuk mengetahui jenis-jenis fitnah agar kita dapat berjalan diatas ilmu dan keterangan yang nyata (jelas) hingga kita tidak terjerumus didalamnya (terutama seorang pemuda)sebab jika Allah tidak memberi kita akal yang cemerlang dan sikap santun serta pemahaman dan pengetahuan yang cukup mengenai fitnah ini nescaya banyak diantara kita yang akan terjerumus dengan tipu daya syaitan,dan dengan mudah kita akan mengikuti setiap ajakan syaitan.Justeru itu kita harus mengetahui beberapa bentuk dan jenis fitnah yang ada pada zaman ini sebagaimana yang dimaklumi bersama, bahawa juru fitnah (kesesatan) tidak terang-terangan mengajak orang kepadanya. Namun ia mengajak melalui hal-hal yang tersembunyi penuh dengan kesamaran para penyebar dan para penyerunya merekalah yang disebut sebagai da'i-da'i penyebar kesesatan.



Fitnah itu Ada 2 Jenis
Jenis Pertama:Penyeru Kepada Syirik, Kekufuran, Kesesatan dan Penyebar Aqidah Menyimpang


Fahamilah sesungguhnya yang sering berlaku bagi fitnah zaman ini adalah mula merebaknya ajakan pada perbuatan syirik, kufur dan sesat serta dengan meluasnya tersebar aqidah-aqidah yang menyimpang dari ajaran yang hanif(lurus)disekeliling kita.Namun Allah telah meletakkan fitrah pada diri manusia untuk mengenali-Nya
bagi mengakui dengan sebenar-benarnya DIA ALLAH sebagai Rabb dan ilaah (tuhan)
Hal ini ditegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud;




"(Tetaplah kamu atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah.(Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui" (Ar-Rum: 30)



Rasulullah s.a.w juga telah menegaskan hal ini menerusi sabdanya yang bermaksud;


"Setiap bayi terlahir dalam keadaan fitrah (muslim muwahhid), namun kedua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi. Sebagaimana seekor hewan melahirkan anaknya dalam keadaan sempurna, adakah kamu dapati cacat padanya" (Muttafaq 'alaih)



Rasulullah s.a.w menjelaskan bahawa tiap insan yang lahir ke dunia ini dalam keadaan yang sempurna, siap menerima kebaikan sekiranya ia dibiarkan begitu sahaja,nescaya ia dapat mengenali Rabbnya tanpa ada sebarang keraguan ,Ia juga akan mengetahui apa yang diperintahkan kepadanya, serta menyedari bahawa ia tidak dibiarkan begitu sahaja
bahkan ia dibebani dengan tanggungjawab dan kewajiban selaku hamba.Akan tetapi disekitarnya ada pelbagai faktor-faktor yang mempengaruhinya samada yang baik, yang akan menghidupkan fitrah dan nalurinya selaku hamba kepada RabbNYA mahupun yang buruk, yang memesongkannya dari aqidah yang benar, hingga terjerumus dalam aqidah-aqidah sesat.Faktor terpengaruh tersebut boleh jadi dari orang tuanya sendiri, guru-guru sendiri, teman-teman atau orang lain yang ia temui dalam hidupnya.


Fitnah semacam ini bergerak mengajak orang kepada kesesatan dan kemaksiatan,
dengan ajakan seperti ini dan dengan metode(kaedah) yang penuh tipu daya ini tersebarlah berbagai macam kemaksiatan yang secara automatik semakin banyak pula orang-orang yang mempromosikanya Cuba kita lihat, betapa banyak penyeru kekufuran, kebatilan dan kesesatan?maka wajibkanlah diri kita mengawasi diri sendiri dan orang-orang yang terdekat dengan kita! Persoalannya, apakah kita juga termasuk didalamnya?
Ketahuilah para pendukung kuffar sentiasa berusaha untuk menyesatkan umat islam,mereka sering menawarkan keyakinan itu kepada orang lain dan berusaha agar orang lain menyukainya dan memandangnya baik (tanpa ambil peduli dengan kesalahan dan kesesatan yang ada padanya) Sebagai contoh;
Kita meyakini kesesatan kaum Nasrani, Yahudi dan Majusi Siapa sahaja yang mempelajari dan mengetahui keyakinan mereka pasti yakin bahawa mereka jauh dari kebenaran,
walaupun begitu mereka tetap meyakini bahawa mereka berada diatas landasan kebenaran.
Oleh sebab itulah mereka berusaha sekuat tenaga menyebarkan keyakinanya melalui berbagai media.Nah!!lihatlah sekarang ini gaya hidup kebanyakan orang muslim sudah tidak jauh beza dengan mereka, jadi tidak sukar bagi mereka untuk menyebarkan juru-juru dakwah yang mereka namakan missionaris, namun pada hakikatnya mereka adalah penginjil dan penyebar kesesatan.Mereka ini fitnah terbesar yang telah berhasil menyesatkan banyak orang Islam masa kini. Hanya orang-orang yang diselamatkan Allah s.w.t sahaja yang terhindar dari bahaya mereka.Allah s.w.t sengaja menjadikan mereka sebagai batu ujian dan cubaan bagi umat manusia dan disebalik semua itu ada hikmah besar dan bukti yang terang.
Hikmah pula dengan adanya pesaing ini untuk kita lebih bersemangat memacu ummat ini (dalam ilmu dan amal)ingatlah jangan sampai usaha kita kalah dengan mereka, kalah dalam hal apapun, termasuk kalah budaya dan akhlak (seperti yang berlaku saat ini).




Termasuk fitnah yang tersebar pada hari ini adalah ajakan kepada aqidah yang sesat
sesiapa sahaja yang meyakini sebuah aqidah sesat, maka aqidah itu akan menjadi kepercayaannya. Ia akan menyeru kepadanya dan mengangkat juru-juru dakwah untuk menyebar-luaskanya,dan ia rela mengeluarkan hartanya (sekalipun aqidah itu batil jauh dari kebenaran)syaitan telah membuta-tulikan mata-hatinya sehingga merasa dirinyalah yang benar dan memandang salah orang-orang yang menentangnya.
Mari kita sama fahami sebaiknya;




Kaum Syi'ah Rafidhah, ajaran mereka telah tersebar luas di beberapa negara Islam,walhal jika kita menilik keyakinan mereka, pasti kita akan dapati sangat jauhnya mereka dari kebenaran.Jika kita membaca buku-buku mereka, kita pasti akan terkejut melihat kisah-kisah khurafat dan dusta bertebaran dengan meluas.Walau demikian, mereka bersungguh-sungguh dalam menyebarkan aqidah sesat tersebut untuk diyakini oleh seluruh ummat manusia.Bukan itu sahaja,bahkan mereka rela mengeluarkan harta yang banyak demi menjerat orang-orang jahil dan bodoh kedalamnya. Jarang orang yang selamat jika sudah terperangkap dalam jerat aqidah jenis ini Wal 'Iyadzubillah.
Syaitan telah brjaya menutup mata hati mereka sehingga mereka merasa berada di pihak yang benar. Lalu mereka pun berusaha memperdaya orang lain supaya meyakini bahawa merekalah golongan yang benar, selain itu mereka adalah ahli bathil yang ternyata banyak sekali orang-orang jahil yang terpesona dengan cara-cara mereka.Golongan ini menampakkan kelembutan, kerendahan hati dan ketawadhu'an mereka dalam masyarakat, namun dibalik itu mereka berusaha menyeret orang kedalam aqidah yang sesat.

Fitnah kelompok Syi'ah Rafidhah ini sudah sedemikian besar dan parah, banyak yang mulai menganggap mereka suatu golongan yang baik pekertinya.Marilah kita bersama memohon kepada Allah s.w.t semoga kaum muslimin terhindar dari kejahatan dan bahaya mereka.Kelompok menyimpang lainya seperti Khawarij yang juga merupakan ancaman serius bagi kita.Mereka masih tetap aktif dibeberapa negara yang membuat api fitnah semakin besar (seperti fitnah pengeboman dan bunuh diri yang mereka anggap sebagai jihad).Demikian pula kaum yang bergelar sufi, ahli bid'ah yang mentafsir dan memahami secara bathil sifat-sifat Allah.Mereka ini merupakan pemacu fitnah dan menyebar fahaman yang terpesong dari ajaran sebenar yang dibawa Nabi s.a.w diserata belahan dunia dan masih banyak lagi kelompok-kelompok menyimpang lainya.Maka wajiblah tiap insan yang berpegang teguh pada al Haq dan benar-benar meyakininya untuk benar-benar bersandar pada Al-Quran dan As-Sunnah yang ditinggal Nabi s.a.w sebagai panduan dan pegangan serta menjauhkan diri dari sebarang bentuk fitnah dan kesesatan tersebut. Janganlah sekali-kali kita terpedaya dengan ajakan dan dakyah mereka sekalipun kita seorang yang berilmu Sebab keyakinan-keyakinan sesat ini ibarat racun dalam lemak kelihatannya enak, menarik minat untuk memakannya, namun dibalik itu sebenarnya racun yang membunuh.Tujuan saya menyebutkan golongan juru dakwah yang menyesatkan serta bid'ah-bid'ah ini adalah sebagai peringatan bagi setiap muslim dari bahaya mereka dan bahaya bid'ah yang mereka seru dan supaya kaum muslimin tidak terjebak dengan penipuan mereka.Justeru itu hendaklah kita selalu berwaspada, berhati-hati terhadap setiap orang yang mengajak pada kekufuran, syirik, bid'ah dan kesesatan.





Jenis Kedua:
Penyeru Kepada Maksiat dan Dosa yang Besar Maupun Kecil



Golongan yang mengajak berbuat maksiat dan dosa (yang besar mahupun kecil) sangat banyak berkeliaran pada saat ini."Semoga Allah s.w.t tidak memperbanyakkan jumlah mereka dan semoga kita terselamat darinya insya Allah!!Cukup banyak fitnah dan musibah akibat kejahatan mereka ini.Waspadalah mereka masuk dimana-mana sahaja,ketahuilah dikalangan kaum Yahudi terdapat ramai para penyeru maksiat, demikian pula pada kaum Nasrani, musyrikin, mulhidin, komunis dan sebagainya,bahkan dikalangan kaum muslimin dan lebih khusus lagi dikalangan Ahlus Sunnah juga terdapat penyeru maksiat.
Demikian pula dikalangan kaum Syi'ah Rafidhah, Mu'tazilah dan kelompok-kelompok bid'ah lainnya, dikalangan mereka juga terdapat penyeru maksiat.Penyeru kepada maksiat ini lebih dominan daripada yang lain, bencana yang mereka timbulkan juga lebih besar Tidak ada jalan alternatif lain bagi seorang muslim untuk menyelamatkan diri dari bencana tersebut
kecuali dengan menyedari bahawa Allah s.w.t telah mengharamkan segala bentuk perbuatan maksiat dan hendaklah ia mengetahui bahawa golongan yang mengajak berbuat maksiat pada hakikatnya mengajak supaya orang lain juga meniru perbuatan mereka sekali gus menjerumuskan kita kearah kemaksiatan kepadaNYA.Allah s.w.t telah menjelaskan perkara yang halal dan yang haram ,juga telah menetapkan hukuman atas perbuatan haram dan mengancam pelakunya dengan siksaan yang pedih. Disamping itu Allah s.w.t menganjurkan hamba-Nya berbuat taat dan berpegang teguh dengaNYA serta selalu mengerjakan amal-amal soleh,dan Allah telah menjanjikan pahala yang besar bagi yang mengamalkannya.
Namun meski demikian rupa, golongan yang melakukan perbuatan dosa dan maksiat tetap akan tetap menyebarkanya Jika hati bertanya."Apa yang mereka inginkan dibalik maksiat dan dosa yang mereka sebarkan dimana sahaja?"
"Bukankah mereka mengetahui bahawa Allah telah mengharamkanya?'
"Bukankah mereka juga menyedari bahawa Allah s.w.t akan mengazab orang-orang yang berbuat maksiat?" "Lalu apa yang mereka inginkan?"
Jawabnya.!
Itulah fitnah dan bala zaman ini!
Allah s.w.t menguji hamba-hamba-Nya dengan fitnah tersebut"Barangsiapa selamat bermakna merekalah orang-orang yang dikehendaki baik oleh Allah Azzawajalla
Barangsiapa binasa, maka merekalah orang-orang yang dikehendaki sesat oleh-Nya"
Wal 'Iyadzubillah!!!!




Beberapa Contoh Maksiat yang Umum dan Sudah Merata di Tengah-Tengah Ummat Saat Ini


1-Meminum Minuman Keras
Meminum minuman keras termasuk fitnah (kemungkaran) besar yang banyak menimpa para pemuda Islam saat ini ,bukan hanya sekadar meminumnya sahaja, bahkan juga mengajak orang lain bagi melakukan sama kemungkaran yang besar ini.Setiap orang yang ketagih minuman keras, pasti mengajak orang lain untuk mencubanya, sebab ia sudah terlanjur sayang dan suka (melakukannya), kerana itulah ia ingin agar semakin banyak orang yang mengikuti dan membantunya, sehingga tidak ada orang yang mencegahnya.Selalunya ia akan berkata pada orang yang menasihatinya:
"Kenapa terlalu bodoh terhadap diri sendiri? Kenapa tidak ikut bersenang-senang menikmati kelazatan dan keseronokan ini?"Demikianlah halnya ia terus merayu, sehingga orang yang jahil akan terperosok dalam perbuatan maksiat ini!dan bila sudah jatuh kedalamnya, ia akan terjerat hingga sangat sukar untuk melepaskan diri maka jatuhlah kedalam kemungkaran besar ini yaitu minum minuman keras beserta pergaulanya
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud;

"Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, menenung nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan. Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian diantara kamu lantaran (meminum) khamr (arak) dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingat Allah dan solat; maka berhentilah kamu (dari mengerjakan pekerjaan itu) (Al-Ma'idah: 90-91)




2-Gemar kepada Lagu(melalaikan jiwa)
Termasuk fitnah (kemungkaran) yang banyak tersebar sekarang ini adalah gemar kepada nyanyian yang melalaikan jiwa dan hati dari mengingati Allah.
Orang-orang yang jiwanya terikat dengan hobi muzik, lagu yang melalaikan jiwa terutama lagu yang memuja-muja wanita sangat suka jika semakin ramai orang yang mempunyai kegemaran sama seperti mereka Oleh kerana itulah,golongan pencinta muzik dan lagu tahu jika kita semua menentang mereka, maka kita akan mengekang mereka, menyusahkan dan merendahkan mereka sehingga dengan itu mereka akan rendah dan hina serta tidak dapat memuaskan dirinya dan menampakkanya, mempromosikan kehendak nafsunya, bilamana ramai orang yang mendukung mereka dan ramai pula orang yang meniru, membantu dan mengikuti mereka, maka dengan beleluasa mereka membuka tempat-tempat hiburan, konsert-konsert, night club, music house, kafe-kafe, tempat-tempat karaoke dan seangkatan dengannya.Merekapun mengajak orang lain ke tempat yang mereka bina itu.Pengaruh mereka terhadap orang-orang jahil adalah cubaan dan bala'.Dengan cubaan ini Allah meneguhkan orang yang berakal dan menyesatkan orang yang kurang berilmu dan kurang peka.




3-Menghisap Rokok
Menghisap rokok termasuk fitnah (wabak) besar yang pada hari ini hampir tidak ada satupun rumah yang selamat dari asapnya!Ketagihan menghisap rokok telah melanda setiap lapisan insan dan ramai pula golonganyang menyeru pada wabak rokok ini (yang lebih tepat disebut: "penyakit dan bala'!")
Mengapa!??
Sebab para perokok ingin agar semakin banyak orang yang ketagih kepada rokok. Sehingga tidak ada lagi yang berusaha mencegahnya. Ajakan para penghisap rokok ini termasuk fitnah yang besar melanda kehidupan muslim hari ini.Bila ia melihat seorang jahil, ia akan berusaha mempengaruhinya supaya merokok, seperti mempengaruhi rakan-rakan terdekat supaya merokok bersama. Mereka kebanyakan terpengaruh dengan jumlah mereka yang ramai tanpa melihat kedangkalan akal dan faham para perokok itu (kurang hati-hati dalam pergaulan dan bahayanya)Lama-kelamaan ia akan mengikuti kebiasaan mereka."Barangsiapa yang Allah kehendaki kebaikan bagi dirinya, nescaya Dia akan melindunginya serta menjauhkanya dari pergaulan buruk tersebut, dan barangsiapa dipengaruhi mereka, maka hendaklah berhati-hati dan waspada terhadap ajakan dan seruan mereka.Sebab bahaya ini (mengisap rokok) telah tersebar merata dimana-mana dan telah meragut banyak nyawa.




4-Eksploitasi Kaum Wanita
Termasuk dalam deretan fitnah zaman ini adalah eksploitasi kaum wanita Rasulullah s.a.w telah mengkhabarkan bahawa wanita itu adalah salah satu fitnah yang terbesar.Baginda bersabda maksudnya;

"Berhati-hatilah dari godaan dunia dan waspadai-lah rayuan kaum wanita, sebab fitnah pertama kali yang menimpa bani Israil adalah fitnah wanita" (HR. Muslim)

Rasulullah s.a.w menyebut wanita sebagai fitnah (sumber godaan). Dan rasul juga telah mengkhabarkan bahawa bani Israil tersesat kerana fitnah (godaan) wanita.Pada zaman kini eksploitasi kaum wanita begitu banyak tersebar dimana-mana.Kebanyakan kaum hawa kini berani bersolek dan menampakkan lekuk tubuh mereka di pasar dan di jalan-jalan,Mempamerkan segala macam eksesori dan perhiasannya tanpa mempedulikan syariat dan inilah awal dari dukungan ekploitasi wanita tersebut.Jika Allah menghendaki kita terkena godaan maka kita akan membuntangkan mata atau melirikkan pandangan kita (pada godaan tersebut)hingga dikhuatiri diri kita akan terbawa nafsu dan terpedaya hingga timbul syahwat terlarang yang mendorong berbuat apa yang diharamkan Allah s.w.t (berzina)atau hal yang menghampiri padanya (zina), seperti berdua-duan tanpa mahram,dan seangkatan dengannya.
Memang, wanita adalah godaan yang paling besar! Termasuk diantaranya eksploitasi kaum wanita adalah melalui tv dan filem. Ini merupakan musibah dan malapetaka yang begitu besar.
Demikian pula foto-foto mereka di majalah,surat khabar dan sampul barang-barang tertentu
Mereka sengaja memilih wanita-wanita cantik agar menarik minat orang, khususnya para pemuda dan yang lebih berbahaya lagi adalah munculnya foto-foto mereka dalam keadaan tidak berpakaian atau menjolok mata yang diterbitkan melalui kamera-kamera canggih dan disebar luas di internet.
Nas`alullah al-'afiyah was salaamah..!!
Tidak diragukan lagi hal ini termasuk bencana terbesar zaman ini
Allah meneguhkan (iman) orang yang beriman dengan ucapan yang teguh.Barangsiapa mensucikan dirinya, pandanganya tidak akan tertuju pada perkara haram ini dan tidak akan menuruti kehendak syahwat dalam hatinya pada wanita-wanita itu (tanpa sah)Barangsiapa dipelihara dan dijaga oleh Allah s.w.t, nescaya Dia akan menjauhkanya dari fitnah tersebut
Dan nescaya Dia akan memasukkanya kedalam golongan orang yang dikehendaki kebaikan bagi diri mereka"



5-Fitnah Harta

Termasuk fitnah zaman ini adalah harta benda dunia yang banyak menguasai hati manusia.
Sehingga kita lebih mengutamakan dan mementingkan harta daripada menunaikan hak-hak Allah s.w.t meskipun
sudah waktunya (seperti solat)Kita tidak pernah mengambil berat dan peduli dengan cara apa kita memperoleh harta benda itu,dengan cara halal atau haram.
Ini termasuk bencana yang sudah merata dikalangan masyarakat umum, dan ramai orang yang mengajak kepada hal yang demikian.Pada hari ini ramai dikalangan yang kita temui orang yang berbangga-bangga dengan harta yang banyak.
Allah s.w.t. berfirman maksudnya;

"Bermegah-megahan telah melalaikan kamu"(At-Takatsur: 1)

Allah s.w.t berfirman dalam surah yang lain maksudnya;

"Dan mereka berkata: "Kami lebih banyak mempunyai harta dan anak-anak (daripada kamu) dan kami sekali-kali tidak akan diazab" (Saba': 35)

Berapa ramai orang yang tergoda dengan harta benda dunia. Dan berapa ramai pula orang yang sering mempersoalkan??"Bagaimana si Fulan dapat mengumpulkan harta sebanyak itu sehingga ia kaya raya dan dapat membangun istana-istana, memiliki ini dan itu didalam dan luar negara?"Hingga ia pun berangan-angan dan akhirnya terpesona untuk mengejar harta dunia yang fana'.Dan berapa ramai orang yang terpedaya dengan fitnah godaan harta ini?mereka mengumpulkan harta tanpa peduli halal dan haram sehingga akhirnya mereka terjerumus dalam unsur riba', penipuan, rasuah, dan lainnya Semua ini kerana matlamat utama adalah mengumpulkan harta,sekalipun dengan cara mencuri, rasuah, menggelapkan harta negara tanpa hak dan sebagainya.Maksudnya disini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memperbanyak dan mengembangkan hartanya sehingga ia boleh jadi seperti si Fulan dan si Fulan!dan apabila telah memperoleh harta yang banyak, maka mereka habiskannya untuk berfoya-foya, memuaskan syahwat, mengenakan pakaian-pakaian yang mereka sukai, tanpa memperhatikan batas halal dan haramnya lagi,seperti memanjangkan pakaian melebihi mata kaki (isbal), meniru-niru pakaian orang kafir, berekreasi ke negara-negara Eropah (negeri kafir), dan membuntangkan mata sesuka hati pada perkara-perkara yang terlarang sebagai pemuas hawa nafsu mereka.Demikianlah musibah menjadi begitu besar sekali.Rasulullah s.a.w telah menegaskan bahwa harta adalah cubaan dan yang baginda bimbangkan atas kita adalah harta dunia yang dibentangkan dan gemerlap tipuan dunia yang Allah s.w.t keluarkan bagi kita
Allah s.w.t berfirman maksudnya;


"Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cobaan (bagimu); dan disisi Allah-lah pahala yang besar" (At-Taghabun: 15)

Berdasarkan dalil ini ketahuilah sesungguhnya Allah s.w.t jualah yang telah menganugerahkan (amanah) harta benda tersebut,kemudian menjadi cubaan bagi diri kita selaku hamba yang menerimanya.Persoalannya adakah kita akan tergelincir dalam perkara haram disebabkan harta itu?Adakah kita akan membeli barang-barang terlarang kerana tidak puas dengan yang dibolehkan?Ataukah kita akan gunakannya untuk memuaskan nafsu sekalipun dengan perkara yang haram!? Marilah kita bersama memohon kepada Allah s.w.t keselamatan daripada segala perilaku yang keji dan mungkar.!!!

6-Fitnah Ajakan Kepada Penyimpangan dan Kesesatan
Termasuk juga diantara fitnah zaman ini adalah ajakan dan seruan kepada berbagai jenis penyimpangan dan kesesatan.Ramai orang yang mengajak kepada hal sedemikian,ianya berasal dari kalangan kaum kafir atau datang dari negara kafir, serta orang-orang fasik yang datang pada kita dengan gelaran yang terhormat seperti tuan guru ,pensyarah,profesor,doktor,orang cendiakawan dan sejenisnya dan orang-orang awam menggelarkan mereka dengan sebutan yang baik serta terhormat.Ramai dari kalangan mereka kemudian menjadi orang yang membenci dan dengki pada kita yang menentang ajakan mereka, oleh sebab kita berpegang teguh dengan aqidah yang benar dan kita hanya takut kepada Allah s.w.t.Mereka dengki kepada kita dan berusaha menjerumuskan kita pada kehancuran yang mereka alami ,maka merekapun mengajak orang berbuat seperti mereka.Sekalipun mereka tidak mengatakanya terang-terangan,. namun mereka mencontohkanya melalui perbuatan dan amalan yang baik-baik untuk memperdaya kita.Mereka itulah juru fitnah yang terbesar!
Hendaklah kita selalu waspada dari dakyah tipuan mereka.Janganlah sesekali memuliakan dan menghormati mereka, sebab sudah ramai orang yang menjadi korban, yang akhirnya condong pada ajaran sesat mereka, memuji-muji mereka.Mereka juga seringkali rela menjual agama atas nama dakwah dan alasan lainya demi mendapatkan ilmu dan gaya hidup dari orang kafir dan bergaul dikalangan mereka (sama seperti mereka) contohnya dalam kepipimpinan yang berlaku dinegara kita Malaysia,cuba kita amati dan perhatikan baik-baik.Ada dikalangan mereka gemar menggunakan pendekatan membincangkan soal agama,namun kalau diperhalusi mereka mencela agama hanif lagi suci yakni islam itu sendiri.Mereka gemar bicara tentang islam padahal hati mereka tiada didalamnya dan jauhnya mereka tentang ilmu agama ini. Dan tak lain mereka hanyalah tertipu dengan akal dan prasangka mereka sendiri,Memperlekehkan aqidah kita baik sedar mahupun tidak.Orang yang kembali dari negara mereka (kafir) seringkali mengkritik kita yang benar-benar mengikut ajaran sunnah dan sebaliknya memuji-muji orang kafir"Membenci pejuang-pejuang agama kita dari orang beriman, mempertikai ibadah-ibadah yang kita lakukan dan begitu tingginya kedudukan orang kafir dan fasik dalam pandangan mereka serta-merta serta sanggup mengatakan...
"Kita hanya pandai beribadah sahaja!""Kita hanya memiliki buku-buku agama saja!"
"Kita tidak tidak boleh begini dan begitu!""Sementara mereka telah berhasil menciptakan ini dan itu! "Maka syaitan pun memperdaya mereka sehingga orang kafir dianggap lebih hebat daripada kita. Lebih pintar dan lebih maju ilmu pengetahuannya, lebih kuat jasmaninya, lebih ahli dan lebih mahir daripada kita kaum muslimin.Mereka benar-benar tidak tahu bahawa orang kafir itu memang disegerakan bagi mereka kenikmatan-kenikmatan di dunia.Mereka adalah orang yang sibuk mengurus dunia serta meninggalkan akhirat.Sebagaimana yang digambarkan oleh Allah s.w.t dalam firman-Nya yang bermaksud;


"Mereka hanya mengetahui yang lahir (saja) dari kehidupan dunia; sedang mereka tentang (kehidupan) akhirat adalah lalai" (Ar-Rum: 7)

Wahai saudaraku yang dikasihi, janganlah sekali-kali kita terpedaya dengan orang seperti ini,baik mereka mengajak kita dengan lisan ataupun perbuatan.Misalannya ia seorang guru,
ia mengajak dengan ucapanya, ia hiasi perkataanya sehingga tiap untaian katanya menarik untuk kita dengari Ingatlah,dibalik itu terdapat racun yang mematikan.Bahaya mereka begitu besar,hanya orang yang Allah beri keteguhan serta ilmu yang dapat lepas dari muslihat mereka.Namun bagi insan yang lemah aqidahnya,Ia pasti terpedaya oleh dakyah tipuan mereka.Ia akan mengikuti ajaran guru sesat tersebut atau meyakini guru sesat itu punyai kelebihan, punyai pengikut yang ramai, punyai pangkat dan kedudukan yang tinggi .Ia akan menyanjungnya mati-matian bahawa dia punyai pengikut seramai ini, punyai kepandaian itu dan ini serta pelbagai perkara yang mengagumkan.Lantas ia akan mengikuti dan membenarkan seluruh ucapannya sehingga ia terseret dalam ajakan guru sesat itu, maka kejahatan dan kerosakan semakin meluas.Itulah salah satu malapetaka akhir zaman!
Demikian pula yang datang dengan gelaran developer, instrukter dan lainnya yang bergerak dibidangnya masing-masing.Ramai dikalangan orang yang jahil terpikat dan cenderung kepada mereka tanpa menyedari bahawa mereka itu sebenarnya hamba kepada dunia.Tanpa menyedari bahawa mereka adalah orang kafir dan fasik yang tidak pernah ke masjid,tidak pernah menunaikan solat dan tidak pernah membaca Al-Qur'an.Seorang muslim yang celaka tanpa terasa telah menyanjung-nyanjung mereka, terpedaya pada tipuan mereka,
memuji mereka dengan sifat amanah, faham, kuat dan bertanggung jawab dalam menjalani tugas.Orang jahil yang cenderung dengan mereka tidak menyedari bahawa sebenarnya mereka melakukan hal itu untuk memperdaya kita dan agar orang lain memuji mereka, sekalipun pekerjaan mereka tidak ikhlas pada dasarnya.Maka kita katakan pada orang jahil tersebut;
"Apabila saudara mengagumi mereka,belajarlah baik-baik seperti mereka lalu terapkanlah dengan catatan, pelajarilah hal-hal yang bermanfaat saja dan buang jauh-jauh kebodohan mereka.Sebab, bukankah kita telah mengetahui bahawa niat mereka buruk?Meskipun mereka dikurniakan ilmu pengetahuan duniawi yang hebat,Tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan dan bagi diri kita yang punyai keteguhan iman hanyalah sebuah ujian dari Allah Azzawajalla



7-Penipuan dan Penyelewengan Dalam Penyebaran Maklumat
Termasuk fitnah pada hari ini adalah penipuan dalam penyebaran maklumat yang banyak disebarkan oleh orang kafir dan fasik melalui saluran-saluran komunikasi (program-program radio dan television), majalah, surat khabar, buku dan lain-lain.Orang jahil kembali menjadi korban dengan mempercayai bulat-bulat maklumat yang diterima itu, merekapun meyakini akan kebenaranya dan akhirnya terpedaya, lantas mereka sendiri pula yang ikut menyiarkanya serta menyebarkannya.Mengagumi karya-karya mereka orang kafir dan menyebar-luaskanya melalui tulisan-tulisan dan surat kabar serta mencantumkan didalamnya foto-foto hasil produksi mereka.Orang awam melahap semua itu melalui siaran-siaran radio dan tv yang mereka pancarkan dan buku-buku serta akhbar yang mereka sebarkan.Hal ini merupakan bahaya besar yang dapat menerkam setiap orang jahil yang tidak punyai bekal ilmu untuk menangkis syubhat-syubhat tersebut.Hati akan terkena syubhat-syubhat,Jika syubhat yang disebarkan oleh juru dakwah, kaum fasik dan orang yang punyai maksud jahat serta para ahli bid'ah melalui siaran-siaran dan buku-buku ini menimpa seseorang, maka tidak akan selamat darinya kecuali orang yang memiliki ilmu pengetahuan yang cukup sehingga ia dapat membantahnya dan menjelaskan kesesatan-kesesatan yang terdapat didalamnya pada orang lain.


8-Berkawan Dengan Budak-budak Nakal
Termasuk fitnah pada zaman ini yang tidak kalah bahayanya adalah kawan-kawan yang nakal.Seorang insan mudah terpengaruh oleh rakannya, ayahnya, saudaranya atau sahabatnya. Sehingga ia mudah mengikuti tingkah laku kawan-kawannya itu.Sementara kawan-kawanya itu adalah budak-budak nakal yang selalu mengajaknya berbuat maksiat dan menjauhkanya dari ketaatan kepada perintah Al-Khaliq.Jelas, berkawan dengan budak-budak nakal ini merupakan fitnah (bahaya) yang sangat besar.Jalan yang harus ditempuh seseorang untuk melepaskan dirinya dari bahaya ini adalah senantiasa bersabar dan terus memperteguh kesabaran,memegang teguh kebenaran walau bagaimanapun pahit keadaannya.Hendaklah kita bersabar apabila kawan sekelas kita atau kawan sepejabat kita seorang yang fasik dan suka berbuat maksiat, lalu mengejek kita kerana kita mengikuti ajaran yang mengikut sunnah Rasul s.a.w atau mengejek kita kerana memanjangkan janggut sementara ia mencukurnya,atau mengejek kerana kita bersikap zuhud, wara', selalu menjaga solat 5 waktu berjama'ah, tidak menonton filem dan tidak gemar kepada hiburan kini.Bahkan terkadang ia mengajak kita meninggalkan ketaatan-ketaatan tersebut dan merayu kita untuk menyertainya berbuat maksiat dan kemungkaran
Jika demikian keadaannya.Hendaklah kita bersabar dan jangan sekali-kali terpedaya denganya.Semoga Allah s.w.t memberikan jalan keluar bagi diri kita kerana kawan-kawan yang fasik itu, siapapun orangnya memang begitu besar bahayanya.Mereka itu boleh jadi dikalangan saudara, ayah, anak, kawan, guru kita atau yang lain.Oleh sebab itu kita harus sangat berhati-hati, kerana pergaulan dengan siapapun akan sangat besar pengaruhnya.
Ucapan yang sering terdengar (meski tidak kita redhai) juga tetap akan berpengaruh (menjadi fitnah) pada diri kita.Seorang insan yang diberi ilmu pengetahuan meyakini bahawa ia berada diatas kebenaran pasti tidak akan terpedaya dan condong kepada mereka"Wal'iyazubillah!!!!



BAGAIMANA CARANYA UNTUK KITA TERSELAMAT DARI FITNAH??

Jalan yang utama untuk itu adalah menuntut ilmu dan beristiqamah didalamnya!Ilmu merupakan jalan keselamatan dari fitnah-fitnah tersebut iaitu ilmu yang benar sebagai faktor utama penjamin keselamatan dari fitnah tersebut.Setiap orang yang mendapat ilmu maka ia berada dibawah naungan cahaya terang yang berfungsi sebagai alat untuk mengetahui cara selamat dari kebinasaan Ilmu yang dimaksudkan disini adalah,Ma'rifatullah (mengenal Allah dengan dalil-dalil), memahami syariat-Nya, hak-hak-Nya, hukum-hukum-Nya, janji-janji serta ancaman siksa-Nya.

Pertama sekali...
Camkan pada diri kita bahawa kita adalah seorang hamba Allah,kita tidak diciptakan-Nya secara sia-sia.Hendaklah kita menyedari bahawa Dia-lah Rabb yang telah menciptakan diri kita, dan mengatur kita dalam kehidupan.Merenungi hal ini dengan melihat tanda-tanda kebesaran-Nya baik yang tersirat mahupun yang tersurat.Mari kita yakini bahawa Dialah Allah yang mengatur dan memiliki diri kita yang telah mencurahkan nikmat-nikmat-Nya yang tiada terhingga kepada kita,mari ketahui bahawa kita hanyalah seorang makhluk-Nya
Milik Sang Pencipta dan Pemberi rezeki.Kita sangat memerlukan-Nya setiap saat dan kita telah menikmati nikmat-nikmat-Nya terus mengalir tanpa henti.Lalu mari kita sedari bahawa Allah telah mengingatkan kita, iaitu dengan perintah dan larangan-Nya.Allah memerintahkan dan mewajibkan kita beribadah serta melarang dan memperingatkan kita dari perkara haram supaya dijauhi.Perkara-perkara diatas wajib untuk kita ketahui.Mari kita pelajari dan tekuni kerana hal itu tidaklah sukar, Allah telah memberi bekal yang cukup untuk kita.Mari kita baca dan Al-Qur'an dan kitab-kitab As-Sunnah (seperti Sahih Al-Bukhari, Muslim dan lainya)Disana pasti kita dapati didalamnya ada terkandung ubat untuk setiap penyakit umumnya penyakit berkaitan hati.Disana juga akan kita dapati kewajipan-kewajipan ibadah seperti solat, taharah (bersuci), dan rukun-rukun Islam lainnya.Didalamnya juga terdapat keterangan bahawa Allah s.w.t menjelaskan perkara-perkara mubah yang boleh kita nikmati untuk menyambung hidup, dan juga menjelaskan perkara-perkara haram dan sejenisnya.Jika hal itu sudah kita fahami, maka selanjutnya mari kita ketahui bahawa disana ada pahala dan ada dosa iaitu bilamana seorang hamba menjaga kewajipan-kewajipan ibadah itu, nescaya Allah akan memberinya pahala.Demikian pula bila ia menjauhi perkara haram semata-mata melaksanakan perintah Allah, ia akan diberi pahala yang besar.Marilah kita sedari bahawa jika kita melakukan perkara haram atau menganggapnya remeh (menganggapnya hal biasa sehingga kita langgar), nescaya Allah akan menyeksa kita.
Apabila kita meninggalkan kewajipan, kita akan mendapat seksa yang pedih dan seksaan itu ada yang Allah segerakan (di dunia) dan ada pula yang Allah tangguhkan, sebagaimana juga halnya pahala,bila mana semua hal diatas telah kita resapi,Apakah kita masih juga berbuat derhaka kepada Allah?Apakah kita masih juga terpesona dengan ajakan nafsu lantas berbuat maksiat?Maka dari itu, mari kita pelajari aqidah yang benar agar kita tidak tertipu oleh juru-juru dakwah yang sesat, para ahli bid'ah, mu'tazilah dan lainya.Mari kita ketahui bahawa aqidah kita akan senantiasa lurus selama kita mempelajari aqidah Ahlus Sunnah dan berpegang teguh denganya,selanjutnya setelah kita mengetahui perintah dan larangan Allah, pahala dan siksa-Nya, jangan sekali-kali kita terima ajakan yang membuat diri kita malas beribadah dan menjerumuskan kita kedalam perbuatan haram.Anggaplah orang yang mengajak itu sebagai juru-juru kesesqtan dan fitnah, yang merupakan ujian dari Allah terhadap orang yang jahil dam kita jangan pernah rela menjadi seorang yang jahil dan lemah
dan mari bermuhasabah tanya kepada diri kita; "kepada siapa kita berlaku dosa dan maksiat?"iaitu "kepada Allah". (bukan pada besar-kecilnya dosa)"


Mengetahui perkara-perkara tersebut merupakan asas dalam meraih keselamatan
Demikianlah terapi yang sangat mudah.Alhamdulillah, di negara kita ini prasarana menuntut ilmu mudah didapati dimana-mana apatah lagi dukungan teknologi saat ini.Diantara kemudahan tersebut adalah seperti berikut:


Majlis-majlis ilmu
Waktu kini cukup banyak majlis-majlis ilmu yang diasuh oleh para alim ulama, mereka membacakan kitab-kitab ilmu dikala waktu luang kita boleh mempelajari aqidah, hukum, nasihat-nasihat dan ilmu-ilmu lainya.Jangan kita terlalu terpaku dengan pelajaran kita di sekolah atau madrasah yang hanya diperoleh dari guru.Kerana umumnya mereka tidak memberikan penerangan yang begitu mendalam hanya sekadarnya sahaja dan tiadanya contoh yang terperinci dalam penerangan satu-satu masalah.Ramai ulama-ulama yang dapat kita hubungi melalui telefon ataupun bertemu terus menerus, supaya kita dapat memetik ilmu yang bermanfaat dan benar melalui mereka.

Membaca Buku-Buku Yang Bermanfat
Dikala ini cukup banyak buku-buku karangan ahli ilmu yang telah dicetak dan diterbitkan dipasarab untuk rujukan bagi menambah ilmu didada.Sehingga ada usaha-usaha murni sesetengah pihak menterjemahkan buku-buku tersebut dalam bahasa yang mudah difahami dari penulis asalnya.Mereka adalah ulama pewaris nabi yang dapat dipegang ucapannya. Sandaran mereka adalah Al-Qur'an dan As-Sunnah.Kita dapat memiliki buku-buku tersebut lalu kita baca dan memahami sebaik mungkin.marilah kita pergunakan kitab-kitab syarah yang dapat dipercayai dan bebas dari bid'ah-bid'ah untuk membantu kita memahaminya.Dengan demikian aqidah dan ilmu yang kita miliki dapat terjaga dan tidak ternoda.Jangan sampai kita campur-adukkan ilmu yang benar dengan ilmu yang menyimpang.Sebab dimasa kini juga banyak sekali buku-buku ahli bid'ah, seperti buku-buku Syi'ah Rafidhah, Al-Asy'ariyah, Mu'tazilah dan lain-lain.Buku-buku tersebut ciri-cirinya sangat jelas, boleh kita kenali melalui penulisnya, apakah ia seorang syi'i rafidhi atau seorang mu'tazili, asy'ari atau yang lainnya.Jauhilah buku-buku mereka dan jangan sekali-kali kita membacanya.Jika kita tidak tahu buku yang harus kita baca, tanyakan sahaja pada para ulama yang kita kenali,buku apa yang harus kita baca dan buku apa yang harus dijauhi.
Semoga kita menjadi seorang yang alim tentang agama Allah yang sebenar-benarnya ilmiah berdasar addalil"
Insya Allah...
Dengan jalur ilmu dan istiqamah inilah kita akan selamat dari segala fitnah dan kehancuran!!!



MARI KITA HAYATI NASIHAT INI!

Ketahuilah saudaraku sesungguhnya jalan keselamatan itu hanyalah satu; iaitu jalan Allah yang lurus yang telah Allah sebutkan dalam firman-Nya yang bermaksud;
"Dan bahawa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia; dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya" (Al-An'am: 153)

Telah dinukilkan dari hadith sahih bahawa suatu ketika Rasulullah s.a.w menarik sebuah garis lurus, lalu menarik garis-garis ke kanan dan ke kiri dari garis yang lurus itu.Kemudian baginda telah bersabda maksudnya;
"Inilah (garis lurus) jalan Allah, sementara garis-garis kekanan dan kekiri itu adalah jalan-jalan syaitan" , kemudian beliau membaca ayat: "Dan bahawa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia; dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya" (HR. Ahmad dan Ad-Darimi)

Sebahagian para ulama mencontohkan dengan pelepah kurma yang menjulur hingga ke tanah. Sekiranya seekor serangga merayap naik melalui batangnya, nescaya ia akan sampai keatas dan dapat menikmati buah kurma yang diinginkannya, ertinya ia telah selamat sampai ketempat tujuannya.Lain ceritanya jika ia naik melalui pelepah daun kurma yang menjulur ke kanan dan ke kiri itu, baru sahaja ia mencuba merayap naik pasti sudah terjatuh. Batang itulah jalan Allah, sementara pelepah daun kurma itu adalah jalan-jalan syaitan. Jalan Allah yang merupakan siratul mustaqim sangat jelas terlihat.Sekarang ini kita berada pada zaman serba terasing,sebagaimana yang disebutkan Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadith yang bermaksud;
"Agama Islam itu pada mulanya asing dan akan kembali menjadi asing sebagaimana pada awalnya, maka Thuubaa (kebahagian/syurga bernama thuu-baa) bagi para ghuraba'" (HR. Muslim)
Ada beberapa riwayat lain yang menjelaskan pengertian ghuraba' sebagai berikut...
"Mereka adalah orang-orang yang memelihara agamanya dari fitnah-fitnah"
Setiap kali fitnah datang menimpa harta, diri dan agamanya, ia akan berusaha keras menyelamatkan diri hingga agamanya tetap terjaga.Sebagaimana yang disebutkan Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadith maksudnya;

"Pada akhir zaman nanti sebaik-baik harta kamu adalah kambing-kambing yang dipelihara di puncak-puncak bukit dan tempat-tempat penggembalaan, menjauhkan diri dari fitnah-fitnah demi menjaga agamanya"
Orang yang menjaga nilai-nilai agamanya merekalah yang disebut ghuraba', dan merekalah yang mendapat do'a dari Rasulullah s.a.w: "Berbahagialah para ghuraba'!"Seorang muslim hanya selamat dengan memegang teguh nilai-nilai agamanya, ia harus mendahulukanya daripada yang lain seperti yang disebutkan dalam hadith maksudnya;
"Apabila datang cubaan/fitnah menimpamu, maka korbankan hartamu. Jika tidak dapat diatasi dengan harta, maka korbankanlah dirimu. Jangan sekali-kali kamu korbankan agamamu!"

Marilah sama-sama kita hayati setiap bait nasihat Rasulullah tersebut,moga ianya dapat menjadi panduan untuk kita terlepas dan terselamat dari segala ancaman fitnah diakhir zaman!!!!!!!!

Mari kita selami dan fahami pada tiap pertemuan dalam hidup ini kita saling berfungsi menjadi ujian dan fitnah bagi yang lain.Semoga Allah senatiasa menjaga diri kita semua.Sehingga tiap pertemuan diri kita dalam hidup yang sebentar ini senantiasa menjadi kebaikan dan Allah berkenan mmemberikan kebaikan selanjutnya.Semoga Allah menyelamatkan kita dari ancaman fitnah duniawi dan semoga Allah berkenan menyampaikan akhir riwayat kita di dunia ini diakhiri dengan kebaikan.Mudah-mudahan bermanfaat bagi kita yang ingin memetik faedah dan menjadi peringatan bagi para pencari ibrah (pelajaran)"
Wallahu A'alam