BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Selamat Datang

Wednesday, November 25, 2009

PENJELASAN MENGENAI ISU BID' AH

Pada masa kini kebanyakan kita sering menimbulkan isu bida'ah sehinggakan ada golongan yang sanggup melabelkan saudara sesama islam itu KAFIR diatas sebab melakukan apa yang dianggap sebagai BID'AH.
Ada pula jemaah dimasjid-masjid dan surau-surau berpecah menjadi dua puak dan bermasam muka kerana berbeza pandangan..Inikah akhlak islam yang dituntut oleh NABI S.A.W??tepuk dada tanyalah iman masing-masing!!!!
Disini ana selaku hamba Allah yang serba dhaif&serba kekurangan cuba memberikan sedikit penjelasan tentang masalah isu BID'AH yang melanda ditengah masyarakat kita pada hari ini.Harap dapat manfaatkan bersama!!!


Pengertian Bid‘ah Menurut Imam Shafi’e Rahimahullahu Anhu:

Sumbangan besar Imam As-Syafi`î (r.a) dalam ilmu Usul al-Fiqh ialah pembahagian
beliau terhadap makna ‘perkara baharu’ (al-bid‘ah) dan ‘perkara baharu yang
diadakan’ (al-muh-dathat) iaitu samada ‘baik’ atau ‘buruk bergantung kepada samada
perkara itu selari dengan Syari‘at. Ini diriwayatkan secara Sahih dari dua muridnya
yang terkenal pada zaman akhir kehidupan beliau iaitu, pakar hadis Mesir, Harmala
ibn Yahyâ al-Tujaybî dan al-Rabî` ibn Sulaymân al-Murâdî:
Harmala menyebut, “Aku mendengar Imam As-Syafi’e(r.a) berkata:
“Bid‘ah itu dua jenis (al-bid‘atu bid`atân)”
“Bid‘ah yang dipuji (bid‘ah mahmûdah) dan bid‘ah yang dikeji (bid‘ah mazmûmah).
Apa yang selari dengan Sunnah itu dipuji (mahmûdah) dan apa yang bertentangan
itu dikeji
(mazmûmah).”
Beliau menggunakan dalil dari kenyataan Saidina ‘Umar ibn al-Khattab (r.a) kepada
jemaah yang mengerjakan Sembahyang Tarawih di bulan Ramadhân dengan katanya:
“Alangkah cantiknya bid‘ah ini!”
Al-Rabî` juga meriwayatkan kenyataan yang sama bahawa Imam As-Syafi`î berkata
kepada kami:
‘Perkara baharu yang diada-adakan itu dua jenis (al-muh-dathâtu min al-umûri
dharbân):

Pertama, perkara baharu yang bercanggah dengan al-Qur’ān atau Sunnah atau
atsar Sahabat atau ijmâ’ para ulamā’, maka bid‘ah itu adalah sesat (fahâzihi albid‘
atu dhalâlah).


Kedua, ialah perkara baharu yang diadakan dari segala kebaikan (mâ -uhditha
min al-khayr)
yang tidak bertentangan dengan mana-mana pun di atas, dan ini
bukan bid‘ah yang dikeji (wahâzihi muh-dathatun ghayru madhmûmah).
`Umar (r.a) berkata terhadap sembahyang Terawih berjemaah di bulan Ramadhan:
“Alangkah cantiknya bid‘ah ini!” bermaksud bahawa ‘perkara baharu’ yang diadadakan
yang belum ada sebelum ini, tetapi ianya tidak bercanggah dengan perkara di
atas (Al-Qur’ān, Sunnah, atsār Sahabat dan Ijmā’).'
Oleh itu, Imam As-Syâfie telah meletakkan suatu kriteria asas, yang perlu digunakan
dalam menjatuhkan hukum terhadap sesuatu ‘perkara baharu’.
Sehubungan dengan itu Imâm al-Haytamî, Qâdî Abû Bakr Ibn al-`Arabî, dan Imâm
al-Laknawî seterusnya menyambung:
“Bid‘ah dari segi Syari‘atnya ialah apa jua perkara baharu yang diadakan yang
bertentangan dengan hukum yang diturunkan Allah, samada berdasarkan dalil-dalil yang
nyata atau pun dalil-dalil umum”
“Hanya Bid‘ah yang menyalahi Sunnah sahaja yang dikeji”
“Bid‘ah ialah semua perkara yang tidak wujud dalam tiga kurun pertama Islam dan di mana
ianya tidak mempunyai asas bersumberkan empat sumber hukum Islam”

Kesimpulannya, ianya tidak memadai bagi sesuatu perkara itu dikira ‘bid‘ah’ [dan
sesat] hanya semata-mata kerana ianya ‘perkara baharu’.


Al-Baihaqî mengulas kenyataan al-Rabi' :
Begitu juga dalam hal perdebatan aqidah (kalâm) dengan pereka bid‘ah, apabila
mereka ini mula mendedahkan perbuatan bid‘ah (dalam aqidah) mereka
kepada masyarakat awam. Walaupun kaedah kalām merupakan ‘perkara baharu’
namun ianya dipuji (mahmudah) kerana ianya bertujuan untuk mendedahkan
kepalsuan pereka bid‘ah itu, seperti mana yang kita sebutkan sebelum ini. Rasulullah
dan begitu juga para Sahabat ditanya soalan berhubung dengan Qada’ dan
Qadar, yang jawapannya sepertimana telah sampai kepada kita hari ini. Namun pada
masa itu, para Sahabat sudah berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh
Rasulullah . Namun sebaliknya di zaman kita ini pereka bid‘ah tidak lagi berpuas
hati dengan jawapan yang sampai kepada kita (daripada Rasulullah dan para
Sahabat), dan mereka tidak lagi menerimanya. Oleh itu bagi menangkis serangan
mereka, yang mereka sebarkan kepada umum, perlu bagi kita berhujah
menggunakan kaedah pembuktian yang diterimapakai oleh mereka sendiri. Dan
sesungguhnya kejayaan itu datangnya dari Allâh jua
.
Ini merupakan pembelaan Imâm al-Baihaqî secara terang-terang terhadap keperluan
kalâm dan sifatnya yang selari dengan tuntutan Sunnah demi mempertahankan
[Islam] dari pereka bid‘ah. Pendirian yang hampir sama juga boleh dilihat di
kalangan para Imam besar seperti Ibn `Asâkir, Ibn al-Salâh, al-Nawawî, Ibn al-Subkî,Ibn Abidin dan lain-lain.


PENGERTIAN BIDA'AH MENURUT IMAM AL-GHAZALI RAHIMAHULLAHU ANHU
Hujjatul Islâm Imam al-Ghazâlî ketika mengulas perbahasan berhubung dengan
penambahan ‘titik’ pada huruf ayat-ayat al-Qur’ān dengan katanya:


"Hakikat bahawa ianya perkara baharu yang diadakan (muh-dath) tidak menghalang ini semua.Berapa banyak perkara baharu yang diadakan tetapi ianya baik!!,seperti sembahyang Tarawih secara berjamaah.Ianya adalah antara bid'ah Saidina Umar (r.a)tetapi ianya adalah bid'ah yang baik(bid'ah hasanah).Bid'ah yang keji ialah yang bertentangan dengan Sunnah Rasulullah atau yang membawa kepada perubahan Sunnah itu sendiri."

PENGERTIAN BID'AH MENURUT QADI ABU BAKR ABN AL-ARABI AL-MALIKI
Qâdî Abû Bakr Ibn al-`Arabî ketika mengulas berhubung dengan bid‘ah berkata:

Ketahuilah! – Moga Allah menganugerahkan kamu ilmu! –bahawa bid‘ah itu ada
dua jenis (al-muh-dathâtu dharbân):


(i) Perkara baharu yang diadakan yang tiada asas [agama] melainkan mengikut
hawa nafsu sesuka hati. Ini ada jenis yang salah,
(ii) Perkara baharu yang diadakan selari dengan apa yang sudah disepakati. Seperti sunnah para khulafa' dan para Imam-imam besar.
Perkara baharu yang diadakan dan bid'ah bukanlah keji kerana ianya "baharu"(muhdath)"yakni atau semata-mata dipanggil bid'ah,dan tidak juga kerana maknanya!Allah berfirman;

“Tidak datang kepada mereka peringatan yang baharu (muhdath) dari Tuhan
mereka” (Surah Al-Anbiya';ayat 2)

dan Saidina `Umar (ra) berkata: “Alangkah cantiknya bid‘ah ini!” Sebaliknya, bid‘ah yang bertentangan dengan sunnah itu yang dikeji atau perkara baharu yang diadakanyang membawa kepada kesesatan itu yang dicela."

PENGERTIAN BID'AH MENURUT IBN HAZM AL-ZAHIRI
Ibn Hazm al-Zâhirî berkata;

Bid‘ah dalam ad-Din ialah apa jua yang datang kepada kita yang tiada disebutkan didalam Al-Quran dan Hadis Rasulullah,melainkan seseorang itu diberi ganjaran pada sebahagiannya,dan mereka yang melakukannya dimaafkan jika mereka berniat baik.
Di antaranya adalah yang diberi ganjaran dan dikira baik (hasan), apa yang
pada asalnya diharuskan (“mâ kâna as-luhu al-ibâha”) sepertimana yang
diriwayatkan oleh Saidina`Umar (ra): “Alangkah baiknya bid‘ah ini!”
Ia jelas merujuk kepada semua amalan kebaikan yang dinyatakan oleh nass(al-
Qur’ān dan Hadith) secara umum akan galakan melakukannya, walaupun amalan berkenaan itu tidak disebutkan dalam nass secara khusus.Di antaranya juga ada yang dikeji dan tidak dibolehkan apabila dalil-dalil melarangnya.

BID'AH MENURUT PANDANGAN IBNU QAYYIM AL-JAWZI
Ibn Qayyim al-Jawzî menyatakan perkara yang sama dalam kitabnya Talbîs Iblîs:


“Ada sesetengah perkara baharu (muh}dathât) diamalkan yang tidak berlawanan
dengan Shari‘at atau menyalahinya, mereka [para Salaf] melihat ianya tidak mengapa untuk diamalkan,seperti tindakan Saidina Umar r.a mengumpulkan orang bagi mendirikan sembahyang Tarawih dibulan Ramadhan,kemudian beliau berkata;"Alangkah baiknya bid'ah ini"

BID'AH MENURUT PANDANGAN IBN AL-ATHIR ALJAZARI
Pakar perkamusan Ibn al-Athîr menyebut di dalam kitabnya, al-Nihâyah fîGharîb
al-Hâdîs wal-Atsar menyebut:


Bid‘ah itu ada dua jenis: bid‘ah yang berpetunjuk (bid‘atu hudâ) dan bid‘ah yang
sesat (bid`atu dholâlah).


Apa jua yang menyalahi perintah Allâh dan RasulNya : itu termasuk dalam perkara yang dikutuk dan dipersalahkan.Dan apa jua yang masuk dalam keumuman Allah atau RasulNYA perintahkan atau galakkan;maka itu termasuk dalam hal ehwal yang dipuji.
Apa jua yang tiada amalan sebelum ini seperti terlampau pemurah atau
berbuat baik – seumpama itu termasuk dalam perlakuan dipuji. Tidak dibenarkan beranggapan perkara seumpama itu sebagai menyalahi Syariat kerana Rasulullah telah menyebutkan bahawa amalan sedemikian itu diberi ganjaran
;"Sesiapa yang memulakan sesuatu amalan kebaikan dalam islam ia akan perolehi ganjarannya dan ganjaran sekalian orang yang melakukannya."
Begitu juga sebaliknya Baginda bersabda
;" Sesiapa yang memulakan amalan jahat dalam islam ia akan tanggung dosanya dan dosa sekalian mereka yang melakukannya."
Begitulah apabila perlakuan itu bertentangan dengan apa yang diperintahkan Allâh dan RasulNYA.Dengan maksud inilah hadîs yang menyebut
“setiap yang
baharu itu sesat”
sepatutnya difahami: maksud Baginda ialah, apa jua yang
bercanggah dengan asas-asas Syariat dan menyalahi Sunnah.

BID'AH MENURUT IMAM AL-IZZ IBN ABDUL SALAM
Sheikhul Islâm, Sultân al-`Ulâmâ' Imâm al-`Izz Ibn `Abd al-Salâm juga berkata
berhubung dengan perkara yang sama:


Di sana ada beberapa jenis perkara baharu (bid‘ah). Pertama, ialah yang apa yang
tidak dilakukan di awal kedatangan Islam namun Shari‘at nyatakannya sebagai
terpuji atau wajib. Yang kedua lagi ialah yang tidak dilaksanakan di awal Islam
namun Shari‘at mengharamkannya dan dibenci. Yang ketiga ialah perkara yang tidak dilakukan diawal islam dan syariat mengharuskan.
Di tempat lain beliau menyebut bahawa Bid‘ah itu ada lima jenis, sama sepertimana yang diputuskan para fuqaha' dalam amalan perbuatan seorang,iaitu Wajib,Haram,Sunat(Mandub),Makruh,dan Harus
(Mubah).


SOKONGAN IMAM NAWAWI TERHADAP PANDANGAN IMAM AL-IZZ
Sheikhul-Islâm, Imâm al-Nawawî menyebut:


Bid‘ah mengikut Syariat ialah mengada-adakan sesuatu yang tidak pernah wujud dizaman Rasulullah dan ianya dibahagikan kepada “baik” dan buruk”(wahyamunqasimatun ilâ hasanah wa qabîhah).


Sheikh, dan Imâm keseluruhan ilmu-ilmu Islam yang pelbagai yang disepakati
kehebatannya iaitu, Abû Muhammad `Abdul-`Azîz ibn `Abdul Salâm – Moga-moga Allah Merahmatinya – menyebut di akhir buku beliau, al-Qawâ`id al-Kubrâ:
“Bid‘ah itu terbahagi kepada perkara-perkara wajib (wâjibat), Haram
(muharramat), Sunat (mandûbat), Makruh (makrûhat), dan Harus (mubâhat).
Jalan untuk menilai sesuatu Bid‘ah itu ialah dengan melihat berpandukan kaedah Syariat(qawa'id al-syar'iah).Jika ianya jatuh dalam kategori kewajiban (îjâb) maka jadilah ia Wajib.jika ia termasuk dalam keharaman maka jadilah ia Haram,jika digalakkan maka jadilah ia Sunat, dikeji maka jadilah ia Makruh dan seterusnya yang selainnya ialah Harus.


SOKONGAN IBN HAJAR TERHADAP PANDANGAN IMAM AL-IZZ

Al-Hâfiz Ibn Hajar berkata:
Asal kata perkataan ‘bid‘ah’ itu ialah sesuatu yang direka tanpa ada duluannya
sebelum ini. Ianya digunakan dalam Syariat sebagai lawan kepada Sunnah, dan oleh itu dikeji. Jika diteliti, sekiranya ianya termasuk dalam apa yang digalakkan oleh Syariat, maka ia termasuk dalam bid‘ah baik (bid‘ah hasanah), dan jika ia termasuk dalam perkara yang dikeji maka ianya adalah bid‘ah buruk(mustaqbahah). Selain daripada itu ianya diharuskan (mubâh)...


ITTIFAQ(KESEPAKATAN) ‘ULAMA'’ BERHUBUNG PANDANGAN IMAM AL-IZZ
Para ulama’ dalam empat Mazhab bersetuju dengan klasifikasi lima hukum bagi
Bid‘ah yang dibuat oleh Imam al-Izz sepertimana yang telah disebutkan di atas,
dengan turut dipersetujui oleh majoriti besar para ‘ulama’ terkemudian setiap
Mazhab seperti berikut:


(1) Di kalangan ‘ulama Mazhab Hanafî; al-Kirmânî, Ibn `âbidîn, al-Turkmânî,al-
`Aynî, dan al-Tahânawî.


(2) Di kalangan ‘ulama Mazhab Mâlikî: al-Turtûshî, Ibn al-Hâjj, al-Qarâfî, dan al-
Zurqânî, kecuali al-Shâtibî yang cuba menafikannya dengan mendakwa pandangan Imam al-Izz itu sebagai “bid‘ah tanpa ada dalil dalam Syari at”!


(3) Sepakat (ijma’) di kalangan sekalian ulama’ Mazhab Syafie.


(4) Keenganan menerimanya di kalangan ulama Mazhab Hanbalî yang terkemudian,dengan mengubah istilah Imam al-Syâfie dan Imam al-Izz ibn `Abdul-Salâm dengan masing-masing membawa maksud “bid‘ah dari segi bahasa” (bid‘ahlughawiyya) dan “bid ‘ah dari segi syarak” (bid‘ah shar`iyyah). Walaupun ini tidak tepat, mereka cuba memadankan apa yang Imam al-Syâfie sebutkan sebagai “dibenarkan” dan “dikeji”.Inilah pendekatan yang sering dibawa olehgolongan Wahabi dengan memecah-mecahkan sesuatu isu sepertimana berlaku dalam isu bid‘ah ini, walaupun sepatutnya pendekatan sebenar ialah berpandukan klasifikasi yang telah dibuat oleh majoriti ulama’ (jumhûr).


SHEIKH MUHAMMAD BAKHIT AL-MUT'I MERUMUSKAN:
“Bid ‘ah dari segi Syarak ialah yang sesat dan dicela; adapun bid‘ah yang para
‘ulama membahagikan kepada kepada Wajib dan Haram dan seterusnya itu,
adalah Bid’ah dari segi bahasa, yang lebih luas dari Bid’ah dari Syarak kerana
Syarak itu juga sebahagian darinya.”


Al-Shaukânî merumuskan di dalam Nayl al-Awtâr iaitu asas kepada pembahagian bid‘ah adalah “baik” dan “buruk”, dan inilah pandangan yang paling kukuh dan kuat sekali.


Memadailah apabila majoriti Imam Mujtahid dari kalangan Salaf menyatakan
sedemikian berdasarkan dalil-dalil al-Qur'ân and Sunnah, walau apapun yang
dikatakan oleh ulama’ terkemudian – samada oleh ‘ulama bakal murajjih’ seperti al-Shawkânî atau ‘ulama bakal penyunting’ seperti al-Shâtibî. Kerana pendirian ini telah disepakati (ijma’) di kalangan para ulama’ Mazhab al-Syâfie dan juga selari dengan pesanan Rasulullah agar kita mengikuti jalan para Mu’min dan mengikut pendapat [ulama’] ramai.

KESIMPULANNYA!!!


Jelas sekali berdasarkan dalil-dalil yang dikemukakan di atas membuktikan bahawa para ulama’ di kalangan empat Mazhab Ahlul Sunnah wal Jamaah, secara majoritinya,(manakala ijma’ di kalangan ulama Mazhab Syafi’e) telah menerima pembahagian bahawa di sana ada dua bentuk bid‘ah, iaitu yang ‘baik’(hasanah) dan yang ‘buruk’ (sayyi’ah/dholalah). Ini sekaligus menolak pandangan ganjil dan keseorangan (shadhdh) Imam al-Shatibi dalam I’tisomnya, yang menentang pembahagian bid’ah sedemikian, dan juga pandangan mereka yang bersamanya yang mendakwa semua ‘perkara baharu’ itu bid‘ah sesat (bid‘ah dholalah/sayyi‘ah) belaka.
• Adapun mereka yang mengemukakan hujah-hujah para Imam Mazhab dan imam-imam besar lain yang kononnya menolak dan menentang amalan yang dikatakan“bid‘ah”, penolakan para Imam itu sebenarnya adalah terhadap bid‘ah dholalah, iaitu bid‘ah yang bertentangan dengan Syariat, kerana para imam-imam ini dalam masa yang sama di tempat yang lain jelas sekali mengakui dan menerima wujudnya dua kategori bid‘ah: baik dan buruk.
• Dakwaan bahawa kalimah “bid‘ah” yang diungkapkan oleh Saidina Umar r.a. hanya bermaksud ‘bid‘ah dari segi bahasa’, dan justeru itu sekalian para ulama telah tersilap faham merupakan suatu tanggapan memperlekehkan keilmuan dan kepakaran bahasa para ulama’ besar seperti Imam Syafie, Imam al-Ghazali, Imam al-Izz dan lain-lain,
seolah-olah mereka ini jahil tidak tahu membezakan antara ‘bid ‘ah dari segi bahasa’ dan ‘bid‘ah dari segi syarak’. Imam Mazhab, Mujtahid Mutlaq, Hujjatul Islam,
Sheikhul Islam dan Sultan al-‘Ulama’ adalah antara gelaran-gelaran yang diberikan terhadap para ulama ini sudah cukup menggambarkan kehebatan keilmuan dan kewibawaan mereka.
• Perlu kita akui bahawa para ulama’ silam teramat mengerti dan arif apa yang
dimaksudkan oleh Saidina Umar r.a. dengan ungkapan kalimah “bid‘ah” itu . Mereka juga tahu dan amat mengerti bahawa Rasulullah s.a.w. sendiri pernah melakukan Solat Terawih secara berjemaah untuk dua malam pertama di bulan Ramadhan sepertimana Hadith Aisyah r.a. yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. Namun mereka tetap menggunakan hujah perlakuan Saidina Umar itu untuk mengatakan bahawa di sana ada bid‘ah hasanah dan bid‘ah d}alalah. Adalah sesuatu yang ganjil tiba-tiba ada ‘ulama mutaakhir termasuk ulama’ kurun ke-20 ini mula mempertikaikan dan menolak hujah para ulama besar seperti Imam Syafie, Imam Ghazali dan lain-lain yang telah menggunakan kata-kata Saidina Umar itu tadi sebagai dalil mereka.
• Setiap amalan dalam masyarakat kita perlu dinilai dan diteliti dengan cermat
berdasarkan al-Qur’an dan al-Sunnah. Ada ketikanya amalan mereka itu merupakan bid‘ah hasanah, ada juga ketikanya bid‘ah dholalah dan khurafat yang mesti ditentang, dan ada juga ianya merupakan persoalan khilafiyyah (perbezaan pendapat di kalangan ‘ulama’). Adalah terlalu cetek pemikiran melabelkan semua perlakuan yang tiada nass} khusus mengenainya, di dalam satu bakul yang sama sebagai bid ‘ah dholalah atau sayyi'ah.

Inilah serba sedikit rumusan untuk tatapan saudara yang musykil tentang masalah bid'ah yang ada ditengah masyarakat kini.Segala kekurangan harap dimaafi kerana fitrah selaku insan tidak mampu lari dari sebarang kesilapan. MOGA ALLAH BERIKAN SAYA& SAUDARA PETUNJUK UNTUK SENTIASA MELAKUKAN APA-APA YANG DIREDHAI NYA

Tuesday, November 24, 2009

KOLEKSI TERBARU KUPIAH BUKIT MERTAJAM(APATAH)



















Tuesday, November 17, 2009

Mencari ‘Sokongan Sejarah’ Terhadap Kesudahan perjalanan jamaah Sunni & Syiah

Adalah sukar untuk dicari kesepakatan terhadap penentuan tarikh mula munculnya gerakan Syiah. Ia berpunca daripada perbezaan pandangan pelbagai pihak di dalam menentukan pengasas atau pencetus kepada gerakan itu sendiri. Kontroversi yang membabitkan Syiah terus diperbaharui zaman berzaman dan ia berlanjutan hingga kepada era pasca Revolusi Iran yang menjadi suatu lagi batu tanda di sepanjang lebuh perjalanan sejarah Syiah. Apakah sebenarnya status hubungan masyarakat dunia dengan Syiah? Persoalan ini tidak hanya membabitkan keperluan semasa, malah penting untuk menjadi asas kepada ramalan terhadap masa depan tamadun insan, khususnya di persekitaran Timur Tengah sebagai ‘pusat dunia’.Justeru itu, wajarlah persoalan ini digarap dengan bekalan sejarah kerana di situlah akan terserlah skrip sebenar kepada realiti pertembungan di antara Syiah dan Ahli Sunnah wa al-Jamaah.
ERA ABDULLAH BIN SABA
Abdullah bin Saba’ atau juga dikenali sebagai Ibn Sawda’ adalah seorang Yahudi dari San’a di Yaman yang telah menzahirkan keislamannya di zaman Uthman bin Affan RA. Beliau adalah watak yang paling utama memainkan peranan menimbulkan kehuru-haraan di Madinah, Iraq, Syam dan Mesir secara khusus. Dakyah yang berlaku di dalam bentuk penyebaran pendapat siasah bahkan aqidah yang menyimpang, telah mencetuskan fitnah yang membawa kepada pembunuhan Saidina Uthman RA pada 18 Dzulhijjah 35H.
Ibn Sawda’ telah menyebarkan pelbagai idea yang kontroversi di kalangan umat Islam khususnya yang berkaitan dengan penyelewengan-penyelewengan yang dinisbahkan kepada Uthman bin Affan. Gerakannya telah mencetuskan pemberontakan di empat penjuru tanah air umat Islam. Malah Abu Dzar al-Ghifari RA juga telah dihasut supaya bangkit mempertikaikan siasah Muawiyah bin Abi Sufian RA sebagai Gabenor di Syam di dalam soal pentadbiran Baitulmal.
Beliau juga telah mempopularkan idea kelayakan Saidina Ali RA sebagai pengisi jawatan Khalifah selepas kewafatan Rasulullah SAW dengan apa yang diistilahkan sebagai wasiat Rasulullah SAW. Abdullah bin Saba’ juga menjadi orang pertama yang secara terang-terangan mencela Abu Bakr, Umar, Uthman dan sekalian sahabat. Hal ini diakui sendiri oleh ilmuan Syiah seperti Saad bin Abdullah al-Qummi di dalam al-Maqalaat wa al-Firaq. Tidak terhenti setakat itu, kepercayaan karut tentang kebangkitan semula Rasulullah SAW dan pelbagai fahaman yang kemudiannya menjadi usul teras golongan Syiah, telah dipelopori oleh Abdullah bin Saba’
Inilah puncanya mengapa ramai pihak yang sudah tidak lagi mampu untuk menyembunyikan kecelaan sejarah Abdullah bin Saba’, cuba untuk menanamkan prasangka bahawa beliau tidak wujud secara pasti di dalam sejarah. Idea yang tidak berasas ini didokong oleh sekumpulan Orientalis dan pengkaji Arab serta ramai dari kalangan Syiah semasa (Dr. Muhammad Amahzun, Tahqiq Mawaqif as-Sahabah fi al-Fitnah min Riwaayaat al-Imam at-Thabari wa al-Muhadditheen, Maktabah al-Kauthar, Riyadh, 1994).
Hal ini mustahil dapat diterima akal kerana penyebutan kisah Abdullah bin Saba’ bukan hanya terdapat di dalam satu atau dua karangan ilmuan Ahli Sunnah wa al-Jamaah seperti Tarikh al-Imam at-Thabari malah ia turut disebut secara meluas di dalam sejumlah besar tulisan ulama pelbagai zaman, sama ada oleh Ahli Sunnah mahu pun Syiah sendiri. Tegasnya, Abdullah bin Saba’ adalah merupakan pelopor dan pengasas kepada timbulnya krisis di antara pengikut ajaran Islam sebenar dengan kumpulan Syiah yang berlarutan hingga ke hari ini.
Kerugian yang menimpa umat Islam di dalam peperangan Jamal dan Siffin, pembunuhan Ali RA, anakandanya Husain RA dan pelbagai lagi siri perang dalaman yang tercetus semenjak kematian Uthman bin Affan RA, adalah hasil suntikan fitnah yang dipelopori oleh seorang penjenayah bernama Abdullah bin Saba’.

ERA KHILAFAH BANI UMAYYAH
Muawiyah bin Abi Sufyan RA telah mengambil alih kepimpinan Islam selepas pembunuhan Ali RA dan berundurnya Hasan RA dari memangku jawatan yang ditinggalkan oleh ayahandanya. Kesatuan umat Islam telah dapat dihasilkan, namun kewujudan kelompok yang mendukung idea Ibn Saba’ terus wujud dan sentiasa menjadi api di dalam sekam. Sikap keras lagi tegas Muawiyah dan para Khalifah Bani Umayyah terhadap golongan Syiah ini menjadikan mereka terpinggir dari arus perdana untuk beberapa ketika.
Analisa terhadap punca yang membawa kepada kejatuhan pemerintahan Bani Umayyah memperlihatkan sekurang-kurang empat kelompok musuh. Mereka adalah penduduk Arab berketurunan Yaman yang tinggal di Khurasan, golongan Mawali (bukan Arab) yang juga berpusat di sekitar Khurasan, kelompok Syiah yang sentiasa berdendam dengan Bani Umayyah, dan golongan keempat adalah terdiri daripada mereka yang menzahirkan diri sebagai Muslim tetapi masih berdendam terhadap Islam serta terus berpegang dengan fahaman pra Islam seperti Rawandiyyah dan sebagainya.
Namun, penglibatan Syiah di dalam propaganda Revolusi Abbasiyyah adalah faktor terpenting ke arah tumbangnya Khilafah Bani Umayyah.
Muhammad bin Ali telah mewarisi gerakan Revolusi Abbasiyyah yang diasaskan oleh Ali bin Abdullah bin Abbas bin Abd al-Muttalib. Muhammad bin Ali menyokong perjuangan Abu Hasyim bin Muhammad bin Ali al-Hanafiah yang merupakan seorang Imam Syiah. Ketika Abu Hasyim di ambang kematiannya, beliau telah mewasiatkan supaya Muhammad bin Ali mengambil alih tempatnya sebagai Imam dan semenjak itulah beliau mengepalai gerakan Hasyimiah atau Abbasiyyah.
Selepas kematian Imam Muhammad bin Ali pada tahun 125H, berlaku peralihan kepimpinan Revolusi Abbasiyyah hinggalah ke tangan Abu Muslim al-Khurasani yang melancarkan Revolusi Abbasiyyah secara terbuka. Pada masa itu nama Imam Ibrahim yang menggantikan tempat ayahandanya Imam Muhammad bin Ali masih dirahsiakan. Apabila rahsia ini terdedah, Imam Ibrahim telah ditangkap dan dibunuh di Harran (132H) dan beliau telah mewasiatkan supaya saudaranya Abu al-Abbas as-Saffah menggantikan tempatnya sebagai Imam. Walaupun mendapat tentangan daripada Abu Salamah al-Khallal, akhirnya calon yang disokong oleh keluarga Abbas dan Syiah iaitu Abu al-Abbas as-Saffah telah terpilih. Berhasillah kehendak Syiah di masa itu dan akhirnya kepimpinan ummah beralih daripada Bani Umayyah kepada Abu al-Abbas as-Saffah yang mengasaskan
Kerajaan Abbasiyyah (132H).

ERA KERAJAAN ABBASIYYAH
Walaupun kerajaan Abbasiyyah itu tertegak atas kehendak dan maslahah golongan Syiah, mereka masih mengekalkan sikap pragmatik dan hanya berpihak kepada kuasa yang boleh memenuhi kemahuan mereka semata-mata.
Perpecahan yang serius di antara bangsa-bangsa Muslim mengundang kelemahan yang membunuh kerajaan Abbasiyyah. Namun, kemunculan Hulagu, cucu kepada Genghiz Khan ke Baghdad adalah peristiwa yang paling bersejarah. Di zaman Bani Buwaih, mazhab Khilafah Abbasiyyah adalah Syiah. Namun selepas berpindah kepada Seljuk, mazhab kerajaan kembali kepada Sunni. Akan tetapi, para khalifah di era penghabisan kerajaan Abbasiyyah masih terus percaya kepada tokoh-tokoh Syiah, seperti Mu’ayyid ad-Deen bin al-Alqami. Atas perbalahan yang berlaku di antara Sunni dan Syiah, Mu’ayyid telah menjemput Hulagu mengisi cita-citanya menawan Baghdad. Beliau yang sepatutnya menjalankan tugas mewakili Khalifah untuk berbincang dengan Hulagu, telah berpaling tadah dan seterusnya membuka laluan kepada Hulagu menyerang Baghdad hingga ke akar umbi pada tahun 656H. Ibn Kathir meriwayatkan bahawa, 1,800,000 penduduk Baghdad telah terbunuh di tangan Hulagu dan tenteranya. Suatu insiden yang hitam di dalam sejarah kemanusiaan.

ERA PRA FATIMIYYAH DAN AYYUBIYYAH
Kerajaan Fatimiyyah yang bermazhab Syiah merupakan kerajaan kecil pertama yang mengisytiharkan ketuanya sebagai Khalifah yang bebas merdeka daripada pemerintahan Abbasiyyah. Walaupun kerajaan Fatimiyyah mempunyai sumbangannya yang banyak terutamanya kepada aspek pembangunan tamadun material Islam, namun era tersebutlah yang menyaksikan berleluasanya penyebaran fahaman dan amalan syiah yang khurafat, sehinggalah ia ditamatkan dengan kejayaan Salahuddin al-Ayyubi memimpin Mesir dan membawanya kembali kepada mazhab Sunni di bawah kepimpinan Kerajaan Abbasiyyah (567H).

ERA OTHMANIYYAH
Selepas kejatuhan Baghdad pada tahun 656H / 1258M, kepimpinan umat Islam telah diambil alih oleh Khilafah Turki Othmaniyyah yang diasaskan pada tahun 1299M. Ketika pemerintahan Othmaniyyah berada di kemuncak kegemilangan mereka, wilayah Parsi telah menyaksikan kemunculan kerajaan Syiah Safavid yang diasaskan oleh Shah Ismail I pada tahun 1500. Buat kali pertamanya, tanah air Parsi telah diisytiharkan secara rasmi menganut fahaman Syiah sebagai mazhab rasmi.
Sejarah telah memperlihatkan sekali lagi sikap Syiah yang sentiasa memusuhi Ahli Sunnah. Kerajaan Safavid telah melancarkan propaganda menghasut penduduk wilayah Othmaniyyah di timur supaya bangkit memberontak. Malah mereka juga bekerjasama dengan Hapsburgs dari Austria untuk menentang Kerajaan Othmaniyyah. Dalam pada itu, Mesir yang ditadbir oleh kerajaan kecil Mamluki yang mengambil alih pemerintahan dari Ayyubiyyin, turut bekerjasama dengan Safavid menentang Othmaniyyah.Sesungguhnya krisis ratusan tahun di antara Safavid Syiah di Iran terhadap Kerajaan Othmaniyyah telah banyak memberikan implikasi negatif kepada perkembangan kuasa Othmaniyyah yang mewakili Ahli Sunnah itu. Sultan Abdul Hamid II (Khalifah Daulah Othmaniyyah 1876 – 1908) pernah berkata, “Sesungguhnya permusuhan di antara Kerajaan Safavid (Syiah) dan Othmaniyyah (Sunni) tidaklah untuk kepentingan umat Islam bahkan untuk kemaslahatan kufur dan kaumnya.

ERA PASCA OTHMANIYYAH
Di ambang kejatuhan kerajaan Othmaniyyah, perjuangan Imam Syamil di Daghistan menentang Russia turut menghadapi konspirasi golongan Syiah yang sentiasa menjadi gunting di dalam lipatan. Mereka akan sentiasa berpihak kepada kuasa yang dirasakan boleh menang dan menjamin kepentingan Syiah.
Hal ini menjadi lebih kronik selepas perjanjian Sykes-Picot ditandatangani pada 16 Mei 1916. Tanah air umat Islam yang dirampas dari Khilafah Othmaniyyah telah di’faraidh’kan oleh Britain dan Perancis mengikut kehendak mereka. Peta-peta sempadan negara baru dilukis dengan mengambil kira strategi yang diyakini boleh mengekalkan kelemahan umat Islam. Bangsa Kurdi sinonim dengan Salahuddin al-Ayyubi berserta rekod bersih mereka terus setia bersama kerajaan Othmaniyyah, telah ditempatkan sebagai kaum minoriti di semua negara. Sykes-Picot telah melukis peta secara bengkang bengkok supaya bangsa Kurdi menjadi kaum minoriti di Turki, Syria, Iraq, Iran dan Armenia. Ini akan melemahkan mereka dan membolehkan pengaruh mereka dibunuh.
Malah sejumlah besar penganut Syiah menjadi penduduk Iraq yang Sunni dan begitu juga, Ahli Sunnah menjadi warga Iran yang didominasi oleh Syiah. Semuanya bertujuan untuk melemahkan umat Islam sedunia.Namun Syiah terus berkembang dengan sikap pragmatik mereka, turut memainkan peranan yang penting sehingga tercetusnya peperangan Pakistan Barat dan Pakistan Timur pada tahun 1971
.

ERA REVOLUSI IRAN
Tahun 1978 / 1979 telah menyaksikan kebangkitan besar-besaran pengaruh Syiah di bawah kepimpinan Ayatullah Khomeini menjatuhkan kepimpinan diktator Shah Iran, Muhammad Reza Pahlavi. Pengisytiharan Khomeini terhadap penubuhan Republik Islam Iran bagi menggantikan kerajaan Shah Iran, dilihat oleh dunia sebagai pencetusan suatu momentum besar terhadap kebangkitan semula kuasa Islam di dunia.
Namun, penelitian yang dibuat terhadap Republik Islam Iran telah memperlihatkan realiti yang berbeza. Ia adalah sebuah kebangkitan yang amat khusus mewakili kelompok Syiah Imamiah semata-mata tanpa sebarang perkongsian visi dan misi dengan Sunni.
Al-Marhum Said Hawwa yang memimpin gerakan Islam di Syria telah berkunjung ke Iran untuk bertemu sendiri dengan Khomeini dan meneliti sejauh mana Khomeini serius di dalam usahanya membebaskan bumi Palestin yang terjajah. Akan tetapi, hakikatnya adalah sangat mengejutkan. Bagi Said Hawwa, Khomeini dan Revolusinya itu, hanyalah lanjutan kepada makar Syiah yang dusta. Sekembalinya beliau dari Iran, Said Hawwa telah menulis sebuah makalah bertajuk al-Khomeiniyyah – Syudzuz fi Al-‘Aqaid wa Al-Mawaqif (Khomeinisma: Keganjilan Pada Aqidah dan Pendirian Politik). Khomeini telah melanjutkan celaan Syiah terhadap para Sahabat malah peminggiran secara berpelembagaan terhadap ajaran Ahli Sunnah dan identiti selain Syiah telah dilakukan secara terang-terangan.
Said Hawwa telah menghuraikan dengan terpeinci segala perkembangan semasa golongan Syiah pasca Revolusi Iran di tanah air umat Islam. Hakikat Hizbullah dan Harakah Al-Amal, perkembangan di Lubnan, Syria, Turki, Pakistan dan India, pemisahan Pakistan Timur (Bangladesh), bahkan mengunjur hingga ke Afrika, semuanya menggambarkan siapakah sebenarnya pendukung Khomeinisma dan apakah hakikat mereka. Catatan paling hitam peperangan Iran – Iraq telah meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada kekuatan umat di rantau berkenaan.
Beliau juga menjelaskan tentang kerjasama-kerjasama sulit Iran dengan negara-negara seperti Libya, Lubnan, bahkan dengan Israel dan Soviet Union. Said Hawwa menekankan tentang lawatan berterusan wakil-wakil kerajaan Soviet Union ke Iran yang mana semua itu bercanggah sama sekali dengan laungan-laungan Khomeini di era Revolusi Iran yang diperjuangkannya.
Kekayaan umat Islam terbuang semata-mata untuk menghadapi gejala ini, bahkan kebangkitan Umat Islam juga mengalami kerugian akibat penglibatan Syiah di dalam gelanggang kebangkitan umat. Anasir-anasir kekuatan umat Islam banyak dipengaruhi Syiah lantas kelebihan itu tersalur ke arah yang bukan membawa kepada matlamat sebenar perjuangan umat, bahkan ke arah kepentingan Syiah semata-mata. Penampilan proses perlaksanaan Islam yang salah berlaku di Iran, apabila perlembagaan Iran mengaktakan mazhab sebagai dasar negara.Jika sebahagian Syiah bersikap melampau di dalam prinsip taqiyyah (berpura-pura) mereka, kini di era Khomeini dan Revolusi Iran, taqiyyah itu menjangkau kepada penglibatan senjata api. Di suatu masa, Khomeini melaungkan penentangannya terhadap penguasaan Yahudi di Palestin tetapi di dalam masa yang sama, mengadakan kerjasama sulit dengan pihak musuh itu dan memberikan kemaslahatan kepada mereka.

PERTEMBUNGAN DI MASA HADAPAN
Sikap luar biasa Syiah yang memperlihatkan kecurigaan di sepanjang zaman tidak memungkinkan kita untuk meletakkan sebarang harapan dan simpati. Malah perkembangan di Iraq pasca serangan Bush dan penggantungan Saddam, mendedahkan kepada kita betapa lunaknya Syiah dengan sebarang peluang yang membolehkan mereka berkuasa, walaupun di atas kebinasaan orang lain.
Hal ini bakal menyulitkan lagi usaha untuk tidak mengaitkan Iran dengan fitnah umat Islam di akhir zaman kerana hadith ke 2944 di dalam Sahih Muslim menjelaskan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Dajjal itu akan keluar dengan diikuti bersamanya Yahudi dari Esfahan (sebuah wilayah di Iran) seramai 70 ribu, mereka itu memakai Tayalisah (jubah-jubah yang besar)”.
Apakah kesudahan pengkhianatan Syiah terhadap Ahli Sunnah? Semuanya di dalam pengetahuan Allah. Namun, untuk melihat mereka sebagai sandaran harap, tiada catatan sejarah yang menyokong, malah apa yang berlaku adalah sentiasa sebaliknya.

Semoga Allah menyelamatkan kita semua daripada kekeliruan di zaman yang serba mencabar ini.

Saturday, November 14, 2009

10 AMALAN YANG “TERBALIK” DALAM KEHIDUPAN KITA SEHARIAN

Marilah saudaraku kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik,Sama-samalah kita renungkan:-
1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) hal ini adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik, kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan $20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar $15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja.Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumah tangga kurang bahagia.
Cukuplah sekadar dengan contoh-contoh di atas. Marilah wahai saudaraku kita berlapang dada menerima hakikat yang sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaraan agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.BARAKALLAHU FIKUM!!!!