BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Selamat Datang

Saturday, January 30, 2010

TINDAKAN MEMBAKAR GEREJA CARA BANTAHAN YANG SALAH MENURUT SUNNAH

Saudaraku yang dimuliakan, ketahuilah baru-baru ini kita semua digemparkan dengan isu penggunaan kalimah ALLAH oleh puak kristian yang cuba mengelirukan umat islam khususnya ditanah air kita.Oleh hal yang demikian ramai dikalangan umat islam khususnya di Negara Malaysia yang kita cintai ini melahirkan rasa ketidakpuasan hati bagi membantah sekeras-kerasnya penggunaan kalimah ALLAH bagi penerbitan dakyah kristianisasi.Sehubungan dengan itu ramai dikalangan masyarakat termasuk Badan Kerajaan,NGO,dan persatuan-persatuan yang bernaung atas nama islam bangkit membantah keputusan yang dikeluarkan mahkamah,Persoalannya sekarang adakah cara membantah yang kita lakukan selama ini mendatangkan kesan bagi membela Agama Islam yang suci ini?Adakah perjuangan kita melaungkan suara bagi membantah penggunaan kalimah ALLAH ini sudah cukup untuk menggelar kita sebagai mujahid islam yang meperjuangkan Agama,sedangkan dalam masa yang sama menentang hukum-hukum yang telah diturunkan ALLAH bagi kita selaku hamba melaksanakannya dalam pentadbiran diniawi!!!Tepuk dada tanyalah iman!!!

Bagi insan yang benar-benar berjuang kerana ingin memuliakan islam syabas dan tahniah diucapkan atas pengorbanan yang diberi,baik dari bantahan berkumpulan mahupun individu.Akan tetapi didalam kita ghairah membantah dan berjuang memartabatkan kalimah ALLAH,ada desas-desus cerita yang mana ada GEREJA yang telah dibakar oelh pihak yang tidak bertanggungjawab.Saudaraku yang dikasihi ketahuilah tindakan membakar rumah ibadat agama lain bukanlah dari cabang perjuangan kita yang bergelar muslim dan beriman,tindakan membakar GEREJA bukanlah cara membantah yang dituntut syara' bahkan ia membawa kepada keadaan yang lebih buruk lagi khususnya keamanan dan keharmonian hidup sesama insan.Ketahuilah jelas lagi terang, tindakan membakar gereja bagi melahirkan ketidakpuasan hati terhadap kes penggunaan nama ALLAH bagi Kristian adalah TINDAKAN YANG SALAH.Malah di dalam sebuah Negara Islam di zaman silam dan sejarah pembukaan Islam ke negara-negara yang mempunyai gereja, Nabi s.a.w dan para sahabat tidak sama sekali mengarahkan untuk meruntuhkannya,Nabi hanya tidak membenarkan pembinaan gereja baru sahaja. Namun gereja-gereja yang telah wujud dan tidak digunakan untuk mencetus peperangan dan tidak menjadi perkubuan tentera, tidak sama sekali dirosakkan dan dirobohkan. Namun persoalannya kini, benarkah tindakan membakar GEREJA ini salah di sisi agama Islam?Disini saya cuba mengupas serba sedikit hal yang dibangkitkan ini mengikut sekadar ilmu yang saya ada,moga-moga mendapat manfaat bersama Insya ALLAH!!!

NABI s.a.w DAN SAHABAT r.a TIDAK PERNAH MENGARAH SUPAYA ROBOHKAN GEREJA

Sahabat besar,Imam IbnU Abbas r.a pernah dicatatkan berkata "mana-mana kawasan 'ajam' (bukan Arab) yang dibuka dengan izin Allah melalui kekuatan Islam, maka penduduk asal bukan arab boleh mengekalkan binaan mereka"

Hal ini telah dijelaskan oleh Ibnu Qudamah dalam kitab(Al-Mughni)berkenaan dengan kata-kata yang dikeluarkan Ibnu Abbas r.a,Kata Ibnu Qudamah:
"walaupun para sahabat membuka banyak negara baru melalui jalan peperangan,tidak sama sekali mereka merobohkan mana-mana gereja...dan Khalifah Umar Abd Aziz menulis kepada petugas-petugasnya agar TIDAK MEROSAKKAN GEREJA, BIARA-BIARA, RUMAH API (TEMPAT IBADAH) , kerana kerana telah Ijma' atas perkara itu, dan tidak dapat dinafikan wujud di negara-negara umat Islam"

Dari itulah pendirian Islam sebenar,khususnya di dalam keadaan Islam begitu kuat dan menguasai sebahagian besar dari peta dunia. Berbeza di zaman serba moden ini, tatkala penganut Islam tidak seperti dahulu, mereka tidak benar-benar ‘menguasai' seperti para sahabat dahulu, mereka hanya berkongsi kuasa bersama golongan bukan Islam. Dalam keadaan seperti itu, kehormanian melalui kefahaman untuk tidak menganggu tempat ibadah agama pihak lain tentulah menjadi amat PENTING DAN UTAMA. Khususnya, apabila penduduk bukan Islam di sesebuah negara tersebut telah mengikat satu janji taat setia kepada negara, malah menjadi warganegara.

Firman ALLAH s.w.t dalam surah Al-Hajj(ayat 40) yang bermaksud;

"Orang-orang yang telah diusir dari kampung halaman mereka tanpa alasan yang benar, kecuali kerana mereka berkata: ""Tuhan kami hanyalah Allah"". Dan sekiranya Allah tiada menolak (keganasan) sebahagian manusia dengan sebahagian yang lain,tentulah telah dirobohkan biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadah orang Yahudi dan masjid-masjid,yang di dalamnya (masjid-masjid) itu banyak disebut nama Allah. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya.Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa."

Al-Imam Tabari mengulas tentang ayat ini dalam tafsir beliau(Tafsir At-Tabari):
" itulah tanda bukti bahawasanya Allah taala menolak keganasan antara satu sama lain, jika tidak kerana itu, mereka akan saling zalim menzalimi, maka yang kuat akan merobohkan tempat ibadah yang lemah"
Imam Al-Qurtubi pula membawakan kata-kata ulama sebelumnya dalam tafsir beliau(Tafsir Al-Qurtubi):
"Ayat ini mengandungi larangan meroboh dan merosakkan binaan gereja kafir ahli zimmah, dan biara-biara mereka"

Walaupun status ahli zimmah mungkin sukar diterima pakai untuk penganut bukan Islam di zaman ini, namun yang jelas, dalam sebuah negara moden yang berbilang agama dan bangsa serta kekuatan pentadbiran Negara yang dikongsikan secara bersama.Adalah kurang tepat untuk mengambil tindakan membuta tuli bagi melempiaskan kemarahan kepada golongan yang bukan islam,kerana perbuatan ini bukanlah suatu jalan yang dianjurkan oleh syarak.Bahkan ianya juga ditegah oleh undang-undang negara kerana perbuatan sebegini boleh menimbulkan lagi ketegangan kaum dan agama dinegara.

Justeru itu,selaku insan yang bergelar Muslim tidak boleh sewenang-wenangnya mengganggu gereja dan YAHUDI SERTA KRISTIAN dan lain-lain penganut selainnya dan mereka ini juga tidak boleh MEROSAK DAN MENGGANGGU MASJID orang ISLAM.


Maka dengan itu,kita semua patut mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pelaku pembakaran gereja ini,kerana ia bukanlah ajaran yang dibawa oleh nabi MUHAMMAD s.a.w yang mementingkan keharmonian dan mahabbah sesama insan.Ingatlah ramai insan yang terpegun&tertarik dengan ajaran islam adalah kerana AKHLAK yang dibawa baginda Nabi s.a.w!!

Namun begitu, saya juga bimbang,jika tindakan itu dilakukan oleh individu tidak bertanggungjawab untuk memberi gambaran buruk kepada penganut Islam dan Islam itu sendiri. Lebih merbahaya jika ia sebuah provokasi untuk menyeru tindakbalas dari pihak Kristian.

Hakikatnya, jika ia dilakukan oleh orang Islam, itu adalah akibat ketidakfahamannya terhadap maksud sebenar kehendak Islam,jelasnya tindakan sebegitu bukan sama sekali arahan Agama, khususnya apabila ia hanya bakal mencetuskan kemudaratan yang lebih besar.Ini sekali lagi menjadikan tindakan 'bakar gereja' sebagai HARAM.RENUNG-RENUNGKAN BERSAMA!!!

0 comments: