BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Selamat Datang

Thursday, January 28, 2010

ALLAH BUKANLAH NAMA TUHAN BAGI KRISTIAN&YAHUDI

Ketahuilah saudaraku yang seISLAM, dewasa kini kita selaku Umat Islam Malaysia menjadi cemas dengan suatu fenomena baru asakan daripada gereja Katholik untuk menggunakan kalimah ‘Allah’ bagi terjemahan kalimah tuhan dalam bahasa melayu. Lebih membimbangkan apabila ada umat Islam tertentu juga menyokong secara sewenang-wenangnya tanpa mengkaji asma’ dan sifat kesempurnaan Allah apatah lagi untuk mengaji terlebih dahulu Bible dan autoriti gereja untuk menggunakan kalimah Allah.

Semua jelas bahawa kalimah Allah adalah dalam bahasa Arab. Dalam Islam (ilmu teologi dielektika/ilmu kalam), Allah adalah suatu zat yang Maha agung yang memilki sifat kesempurnaan dan kehebatan yang tidak sama dengan ciptaanNYa. Allah juga adalah tunggal dan tidak beranak apatahlagi memperanakkan. Berlainan dengan tuhan yang dinyatakan dalam Bible di mana tuhan adalah berasaskan triniti dimana terbahagi kepada holy Spirit, Tuhan Bapa dan Jesus sebagai tuhan anak.
Persoalan utama : mengapakah mereka ingin menggunakan kalimah Arab untuk menterjemah kalimah Allah? Jika Tuhan ingin diterjemah sebagai Allah, kenapa Jesus tidak pula mereka ingin terjemah sebagai Isa Ibni Maryam seperti mana yang ditafsirkan dalam Islam? Mengapa juga digunakan kalimah Solomon, Abraham dan david contohnya? Jika ingin menyebut Injil (seperti orang muslim gunakan) mengapa ada pula 4 orang pengarang Injil itu iaitu Matthew, Mark, Luke dan John?
Bukankah ‘Injil’ menurut mereka adalah suci dan merupakan wahyu Allah mereka? Jadi istilah Injil juga tidak sah digunapakai oleh mereka sebaliknya yang tepat adalah Bible iaitu kitab ciptaan mereka yang dimuatkan juga cerita nabi-nabi bani Israel selepas Musa serta disertakan juga surat-surat manusia yang bernama Paul!!
Ada penganut Kristian yang berhujah, jika mereka berada di negara eropah mereka senang menggunakan kaimah Jesus atau Tuhan, di Malaysia dan tanah Arab mereka senang menggunakan kalimah Allah iaitu kalimah Arab. Soalannya kenapa ??
Islam adalah agama yang kuat memegang umatnya. Dalam Ibadah kita wajib menggunakan bahasa arab dalam solat, bacaan Al Quran dan meriwayatkan Hadis Nabi Muhammad SAW. Keaslian bahasa arab dalam Al Quran jelas dan tuntas serta diyakini perwarisannya. Bagaimana pula Kristian? Bukankah mereka senang untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam doa, bacaan ritual di Gereja, menulis Bible dan sebagainya. Persoalannya: adakah Jesus itu orang Inggeris? Jika benar, dimana dia dilahirkan? London atau England?
Untuk makluman kitaTaurat hanya ditulis semua kira-kira 200 tahun selepas kewafatan Nabi Musa. Bahasa asalnya adalah Hebrew atau Ibrani kuno. Bahasa Ibrani adalah punca munculnya bahasa Arab. Dimana kini Kitab Taurat berbahasa Ibrani? Yang ada hanya kitab taurat berbahasa Inggeris (digelar old testement) yang di’binding’ sekali dengan tulisan kisah cerita nabi-nabi mereka yang jelas tiada dalam wahyu tuhan.
Manakala Injil pula ditulis semula menjadi Bible kira-kira 100 tahun selepas kewafatan Nabi Isa A.S. Dan ia sepatutnya berbahasa Aramaic (Aram) bukannya English !! Kenapa kini tidak ada penganut Kristian yang tahun berbahasa Aramaic jika benar mereka taat kepada ‘Allah’ mereka? Kenapa perlu English? Hari ini perkataan arab pula ingin mereka borong guna tanpa mengambil sekali maksud yang tersirat disebalik kalimah itu.

Bagi penganut Kristian Arab, memang mereka menggunakan kalimah Allah kerana lidah mereka memang menyebut begitu bagi kalimah Tuhan yang diwarisi nilai ketuhanan itu sejak Nabi Ibrahim. Lantaran itu Kaabah pada era datuk Nabi Muhammad adalah dikatakan dijaga oleh Allah. Mengapa pula penganut Kristian Cina, India dan Inggeris ingin pula menggunakan kalimah Allah?

Untuk makluman saudara yang budiman disini saya ada sertakan beberapa contoh nama Yahweh (Tuhan Yahudi) dalam Old Testement (dikatakan Kitab Taurat)yang diguna pakai oleh penganut Yahudi :
((a)Elohim
(b) El
(c)Eloah
(d)Elah
(e)Yah
(f)Adonai
(g)Hakadosh
(h)Hamoshiah
(i)Hago’EL
(j)Messiah
(k)Ruach Elohimdakah

Dalam New Testement pula (Bible Kristian):
(a)Eli
(b)Abba
(c)Holy spirit
(d)Jesus

Ada juga penganut Kristian yang berhujah bahawa Allah dalam kalimah Arab ialah Tuhan Bulan (dewi Bulan). Selain itu mereka mengetahui bahwa kata “Allah” berasal dari bahasa Arab yaitu ”al-ilah”. Perkataan ini telah lama digunakan oleh penduduk Arab kuno sejak 2500 tahun yang lalu. Menurut pandangan mereka pada masa sebelum agama Islam lahir, atau yang dikenal dengan masa jahiliyah, penduduk Arab kuno telah melakukan praktikal penyembahan kepada dewa bulan. Tradisi penyembahan dewa bulan ini berasal dari tanah Mesopotamia.

Mereka ini berfahaman “Dewa bulan yang bernama ”Allah”, sering juga disebut dengan ”Hu-Baal”. “Hu-Baal” adalah ”tuan atas Kaabah”. Dan ”Hu-Baal” ditempatkan pada level tertinggi dari 360 dewa di Kaabah. Dengan kata lain “Hu-Baal” adalah “Allah” itu sendiri. Dua nama itu adalah satu figur(simbolik), yang melambangkan ”dewa bulan”.Ketika Muhammad lahir, ayahnya adalah seorang abdi dewa bulan. Ayahnya bernama Abd-Allah ibn Abd al-Muttalib. Ibunya bernama Aminah binti Wahab. Dalam nama ayahnya Muhammad, terdapat kata ”Allah”. Padahal saat itu agama Islam belum lahir. Hal ini membuktikan bahwa ayahnya Muhammad adalah seorang penyembah ”Allah”, sang dewa bulan.
Praktik penyembahan kepada ”Allah” yang dilakukan suku Quraish pada masa ”jahiliyah’ ‘ ini adalah berupa berdoa ke arah Makkah beberapa kali dalam sehari, melakukan tawaf di Kaabah, mencium The Black Stone(Hajar Aswad) di Kaabah, melakukan korban darah kepada ”Allah”, melakukan jumrah.
Ketika Muhammad mendirikan Islam, ia tidak merubah praktik keagamaan suku Quraish. Muhammad hanya membungkus praktik pemerintahan suku Quraish dan kini dimunculkan Muhammad dalam bentuk monoteisme(Mempercayai Tuhan yang Satu). Tetapi tokoh penyembahannya tetap sama, yaitu kepada ”Allah”, dewa bulan.
Itulah sebabnya hingga kini Islam sinonim dengan bulan”

Mereka juga berkata kalimah Allah itu adalah Lucifer (Syaitan). Mengapa perlu mereka gunakan kalimah Allah untuk makna tuhan? Lihat hujah mereka:
“Kemudian marilah sama-sama kita melihat nama lain dari Satan/Lucifer. Alkitab dalam Yesaya 14:12 menjelaskan dengan terperinci.Isa 14:12
KJV “How art thou fallen from heaven, O Lucifer, son of the morning! how art thou cut down to the ground, which didst weaken the nations!”Berdasarkan Strong Hebrew – Greek Dictionary dijelaskan bahwa kata “Lucifer” diambil dari bahasa Latin, dan dalam bahasa Ibrani adalah “HEYLEL” (read : hay-lale’), yang ertinya adalah (in the sense of brightness); the morning star: – lucifer.Kata “HEYLEL” dalam bahasa Ibrani mempunyai arti yang sama dalam bahasa Arab yaitu “HILAL” (Arabic) . Dijelaskan dalam wikipedia bahwa QUOTE… “HILAL” is an Arabic term, particularly associated with the crescent moon, first developed in pre- Islamic Arab.
Dalam dunia masa kini, hilal selalu dihubungkan dengan Allah. Penyembahan kepada Allah selalu berhubungan dengan bulan., dan melalui firman Tuhan kita(Fahaman Yahudi&Kristian) mengetahui bahwa HEYLEL (Hebrew) atau HILAL (Arabic) adalah objek yang sama. Ia adalah Lucifer atau Satan itu sendiri. Dan melalui firman Tuhan kita(Fahaman Yahudi&Kristian) juga mengetahui bahwa penyembahan kepada Allah adalah penyembahan kepada dewa bulan dan juga penyembahan kepada Lucifer(syaitan).

Secara umumnya diketahui, bahawa penganut Yahudi dan Kristian sendiri samar-samar bahasa asal agama mereka. Mereka sendiri langsung tidak faham untuk membaca kitab asal mereka dalam bahasa Ibrani atau Aramaic. Malah langsung tidak mereka jumpai kitab asal itu. Tidak seperti umat Islam. Mereka mampu membaca dalam bahasa Arab walaupun tidak faham berbahasa Arab. Mereka mampu beribadah dengan lancar walaupun bukan berbangsa arab. Tanpa membaca Al Quran dalam bahasa Arab, segala ibadah khusus adalah tidak sah dalam Islam. Lantaran itu orang Melayu Malaysia juga menggunakan kalimah Allah.

Orang melayu sedar bahawa Allah adalah Tuhan Yang Tunggal dan tiada sekutu seperti mana Kristian yang menggunakan konsep Triniti(wujud 3 tuhan bapa,anak,ruh suci) dimana Paul (pengasas Kristian) menceduk daripada trimurthi Hindu serta Triniti tuhan Mesir dan triniti kepercayaan Rom.
Kesimpulannya, adalah tidak relevan penganut Kristian ingin menggunakan kalimah Allah dalam penulisan mereka lantaran terminologi(istilah) Allah juga berlainan menurut fahaman mereka. Tambahan pula mereka juga memiliki fahaman bahawa makna Allah adalah bermaksud Syaitan yang jelas tidak akan disembah oleh mereka. Saranan&amaran saya selaku hamba yang mengabdikan diri kepada Allah Rabbul Jalil,bagi pihak yang cuba mempolemikkan kalimah Allah, silalah buat ‘assigment’&kajian terperinci untuk mencari naskhah asal Bible mana yang menggunakan kalimah Allah....!

0 comments: