BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Selamat Datang

Monday, May 24, 2010

AL-QURAN ADALAH JALAN PENENANG JIWA YANG RESAH

Dalam zaman yang serba canggih dan moden kini sedar atau tidak ramai dikalangan kita khususnya umat yang bergelar islam seringkali tertimpa dengan pelbagai masalah serta ujian.Adakalanya dikalangan kita hari ini ditimpa dengan penyakit,masalah kewangan,rumahtangga,dan pelbagai masalah lagi.Persoalannya dimana jalan penyelesaian yang kita cari tatkala masalah sebegini menimpa diri?
Sedar atau tidak ramai dikalangan kita pada hari ini tidak memilih jalan yang betul untuk menyelesaikan tiap masalah yang menimpa.Kita sering memilih jalan yang singkat untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi seperti andaikata salah seorang dari kita ditimpa penyakit yang berkaitan dengan sihir,seringkali kita memilih jalan berjumpa engan pawang serta bomoh kerana cara mereka lebih mudah dan cepat berkesan berbanding perubatan berlandaskan syara' kerana malas untuk mengamalkan apa yang diberi seperti zikir dan ayat-ayat Al-Quran,begitu juga jika kita ditimpa dengan masalah kewangan,kerap kali dikalangan kita lebih suka menyelesaikannya dengan berhutang,riba' dan perniagaan yang dilarang syara' demi untuk mengaut untung yang cepat serta berlipat ganda.Lupakah kita yang mana rezeki itu hak Allah,penyakit juga dari Allah,musibah juga adalah ujian dari Allah,jadi mengapa kita perlu gusar tatkala ujian sebegini menimpa diri?Kembalilah kepada hakikat hamba yang sebenar yakni serahkan segalanya pada yang Maha Agung Allah Rabbul Jalil dan segeralah kembali kepada Al-Quran dan Sunnah kerana ianya adalah penyelesaian masalah yang paling mujarab dan berkesan.

Ketahuilah saudaraku yang mana pada hari ini sayangnya umat islam sering kali memilih jalan untuk menyelesaikan masalah dengan cara yang bathil.Contohnya umat Islam di Malaysia sekarang ini lebih suka mencari tempat-tempat hiburan seperti kelab malam ataupun pusat hiburan seumpamanya, kononnya ingin menangkan jiwa dan melepaskan masalah yang dihadapi.Pada dasarnya ramai dari kalangan kita telah ditipu oleh desakan nafsu serta syahwat yang memang sentiasa mengajak kearah lembah maksiat dan kebinasaan.
Diwaktu kini sedar atau tidak wabak penyakit jiwa sedang melanda manusia di seluruh dunia. Berbagai usaha telah dibuat untuk mengatasi wabak ini, tetapi semuanya gagal. Ubat paling laris dalam pasaran ialah ubat bersangkut dengan penyakit jiwa, terutama sekali Prosac, ubat untuk melawan kesedihan (depression). Nampaknya tidak ada harapan untuk mengatasi wabak ini melainkan manusia kembali kepada Al Quran.

Punca Penyakit Jiwa melanda umat kini adalah berpunca dari kegagalan manusia menangani kesusahan/tekanan/musibah dalam hidup (stress) seharian adalah punca penyakit jiwa.Dan tekanan ini kian meningkat dalam kehidupan manusia 'moden' kini.Kesusahan adalah sunatullah. :"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah." (Al Balad ayat;4)Dalam hal ini Allah telah memberi dua jalan untuk manusia menangani kesusahan ini sepertimana firmanNYA yang bermaksud;
"Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan." (Al Balad ayat;10)Satu jalan membawa kejayan dan satu lagi menyebab wabak penyakit jiwa.
Dua Jalan menangani tekanan hidup,hendaklah kita yakini Allah itu Maha Mengetahui tiap sesuatu.Dia memberi tahu hamba-hamba-Nya dua cara menangani tekanan hidup:

Pertamanya"Allah berfirman: ' Turunlah kamu dari syurga itu! Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, maka barang siapa yang mengikut petunjuk -Ku, niscaya tidak ada kebimbangan atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati'" ( Al Baqarah ayat;38)

Cara keduanya ialah:"Dan barangsiapa yang berpaling dari peringatan-Ku, maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit, dan Kami akan menghimpunkannya pada hari kiamat dalam keadaan buta." (Ta Ha ayat;124)Pada masa kini manusia 'moden' sering kali memilih cara kedua secara tidak sedar.Akibatnya tercetuslah wabak penyakit jiwa yang sedang melanda seluruh dunia kini.

Masalah wabak penyakit jiwa,terutama sekali kebimbangan (anxiety) dan kesedihan/kesugulan (depression) kini sudah menjadi wabak penyakit nombor satu di seluruh dunia. Mengikut perangkaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), lebih kurang 25% dari 5 billion penduduk dunia, iaitu 1.25 billion orang, mengalami penyakit jiwa, jauh mengatasi jumlah pesakit jantung, barah dan kencing manis (diabetes) renungkan betapa bahayanya wabak ini ia merebak lebih cepat dari penyakit yang sering menjadi igauan ngeri setiap manusia.Di Malaysia amnya, mengikut Kementerian Kesihatan, 30% pesakit yang berjumpa doktor mengalami penyakit jiwa. Bagi rakyat Malaysia secara umumnya, lebih kurang 25% mengidap penyakit yang sama.Dan jumlah ini kian meningkat dengan pesat, tanpa nampak penyelesainnya hingga kini!!

Dalam mengahadapi wabak penyakit jiwa yang menular dalam masyarakat kini jalan yang paling berkesan untuk mencegah dan merawat adalah dengan cara kembali semula kepada ajaran Al-Quran,kerana hal ini telah dijanjikan oleh Allah s.w.t melalui firmanNYA yang bermaksud:
"Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhan-mu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman. (Yunus ayat:57).

Persoalannya kini,bagaimanakah cara untuk kita aplikasikan Al Quran dalam mengatasi wabak penyakit jiwa ini?mari sama-sam kita pelajari kaedah yang dibawa islam dalam menangani wabak ini.Cara Penyelesaian Masalah Wabak Penyakit jiwadalam Islam lebih menekankan pencegahan dari rawatan kepada satu-satu masalah.
Cara islam menyelesaikan masalah wabak penyakit jiwa contoh yang baik;

1. Bila berdepan masalah-masalah hidup sunatullah. Bila bedepan masalah/musibah, Allah telah mengajar kita manusia,firman Allah;
"(iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan :'Innaa lilaahi wa innnaa ilaihi raji'uun.'"
(Al Baqarah ayat:156)". Ini khusus bertujuan supaya manusia ingat kepada Allah semasa berdepan dengan masalah. Kerana hanya dengan mengingati Allah hati manusia jadi tenteram.Firman Allah;
"Ingatlah hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram." (Al Ra'ad 13:28)

2. Apa yang perlu diingat tentang Allah untuk menangani musibah?;

i. Semua milik Allah firmanNYA."Kepunyaan ALlah-lah segala apa yang ada di langit dan di bumi " (Al Baqarah ayat:284)Ketahuilah kerajaan mutlak adalah kepunyaan Allah. Tidak akan berlaku apa-apa tanpa izin-Nya firman Allah."Tidakkah kamu mengetahui bahawa kerajaan langit dan bumi kepunyaan Allah? (Al Baqarah ayat:107)

ii. Allah Maha Pemurah dan Maha Penyang.Atas sifat-sifat inilah Allah melakukan apa saja ke atas hamba-hamba-Nya.Semua yang Dia lakukan ialah untuk kebaikan hamba-hamba-Nya.

iii. Semua yang Dia lakukan ke atas hamba-hamba-Nya ialah hanya ke tahap yang mampu dipikul oleh hamba-Nya.Firman Allah;''Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al Baqarah ayat: 286)Sekiranya Dia lakukan lebih dari pada itu, ini bererti Allah zalim, sedangkan Allah tidak zalim. Dia Maha Penyayang.

iv. Setiap kesusahan akan berakhir dan akan diganti dengan kesenangan.Firman Allah"Sesungguhnya sesudah kesulitan ada kemudahan." (Alam Nasyarah ayat: 6)

v. Bila berdepan dengan musibah, hendaklah kita bersabar dan solat hajat minta pertolongan dari Allah.Firman Allah; "Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar." ( Al Baqarah ayat:153)Di dalam Al Quran akhlak manusia yang paling banyak Allah sebut ialah "sabar", lebih dari 70 kali.Ini bermakna Allah s.w.t memang menyuruh kita untuk bersabar dalam tiap tindakan kita.Nabi Muhammad s.a.w juga sering menghayati perintah Allah ini setiap kali Baginda s.a.w berdepan dengan musibah.

vi. Dalam keadaan penuh kesabaran, kita hendaklah menganalisis musibah yang menimpa kita.Semua musibah berlaku ke atas kita adalah kerana tiga sebab:

a) Apakah ia satu hukuman dari Allah(Kafarah)?Hukuman Allah di atas dunia berlaku kerana tiga sebab:
1) melakukan kezaliman
2) durhaka kepada ibu bapa dan
3) Memutuskan hubungan silaturahim dengan waris-waris terdekat.
Dengan hukuman ini Allah mengharapkan manusia bertaubat dan kembali kepada jalan-Nya. Kalau tidak Allah akan menghukum dengan neraka di akhirat nanti. Jadi hukuman Allah di dunia inilah ialah sebab Dia sayang kepada hamba-hamba-Nya dan untuk menyelamatkan hamba-hamba-Nya dari seksaan neraka di akhirat nanti.

b) Apakah ia satu pengajaran(Tarbiah)?Hidup manusia menempuh dua jalan: "Untukmulah agama mu, dan untukulah agama ku". ( Al Kaafiruun ayat:6)Bilamana kita terjerumus ke jalan yang salah, Allah membuat sesuatu supaya kita sedar tentang kesilapan kita, bertaubat dan kembali ke jalan yang benar. Kalau tidak hidup kita susah, sempit dan kita jadi hina di dunia dan akhirat. Allah sayangkan kita dan mahu menyelamatkan kita dari segala kesengsaraan hidup di dunia dan akhirat.Firman Allah"Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan kerana perbuatan tangan manusia, supaya ALlah merasakan kepada mereka sebahagaian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)" ( Ar Ruum ayat:41)

c) Apakah itu satu ujian(Bala')?Sekiranya musibah itu bukan satu hukuman dan juga tidak pengajaran, maka ia adalah ujian.Dan kian kuat iman dan tinggi taqwanya kepada Allah,maka makin banyak dan tinggi ujian yang Allah kenakan kepadanya. Nabi Muhammad s.a.w, nabi-nabi lain dan rasul-rasul ialah contoh dari apa ujian-ujian yang Allah kenakan ke atas hamba-hamba-Nya yang Dia amat cinta dan sayang.Semua manusia pasti mendapat ujian-ujian ini firman Allah:"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar."(AlBaqarah ayat: 155)Ujian juga adalah cara untuk masuk syurga firman Allah:"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaiman halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang -orang yang beriman bersamanya: 'Bilakah datangnya pertolongan ALlah?' Ingatlah, sesungguhnya pertolongan ALlah itu amat dekat." (Al Baqarah ayat:214)
Tentang hal Kebimbangan/Kekhuwatiran (Anxiety) dan Kesedihan( Depression)Kebimbangan tercetus oleh ketakutan tentang masa depan. Manusia takut jadi miskin, sakit, mati,dirompak, dirogol, hilang harta dan sebagainya.
Islam hadir menghapus ketakutan tentang masa depan.Masa depan hak Allah.Tiada siapa tahu apa yang akan berlaku sesaat kemudian. Islam telah mengajar hamba-hambanya hanya takut kepada Allah.Berusaha bersungguh-sungguh untuk hidup mengikut petunjuk Allah dan berserahlah kepada Allah Yang Maha Mengetahui, Maha Penyayang dan Maha Pemurah. Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-hamba-Nya.

Penyakit itu hakikatnya membawa keuntung besar.Sesiapa yang bersabar menghadapi penyakit yang dideritainya,maka Allah akan menggugurkan dosa-dosanya seperti gugurnya daun-daun dari dahan dimusim luruh.Tentang kematian, semua akan mati,yang hendak kita bersedia ialah jangan mati katak, tetapi mati yang terbaik, iaitu mati dalam keadaan beriman.
Tentang Kesedihan,Kesedihan berlaku apabila terjadinya kehilangan. Ada dua jenis kehilangan;
i)kehilangan sebenar dan
ii)kehilangan yang difikirkan (actul loss dan imagined loss).

i)Kehilangan yang sebenar ialah kehilangan harta benda akibat dari kebakaran, kecurian, banjir dan lain-lain.Bila berdepan dengan kehilangan jenis ini, kita hendaklah ingat bahawa benda atau harta itu milik Allah dan bukan milik kita. Allah hanya memberi pinjam kepada kita untuk kita mengurus dengan baik. Dia beri kepada sesiapa yang Dia mahu dan Dia ambil boleh bila-bila masa sahaja yang Dia mahu.Bila berlaku kehilangan jenis ini, hendaklah kita membuat analisis ke atas kehilangan itu berdasarkan konsep di atas;adakah ia hukuman, pengajaran atau ujian. Kita haruslah bertaubat dan bersabar juga berusaha memperbaikan cara mengurus amanah ALlah itu.
ii)Kehilangan yang difikirkan (imagined loss)Ini berlaku bila kita fikir kita hilang sesuatu. Sebenarnya, kita tidak hilang apa-apa pun, tetapi dalam fikiran kita kita rasa kita telah hilang benda itu.Keadaan ini sering berlaku dalam perhubungan antara manusia (Inter-personal relationship). Ini jelas berlaku kepada orang pencen.Orang pencen yang sebelumnya mempunyai kedudukan tinggi dan berkuasa berasa dia hilang semua itu bila dia pencen.Diri orang sebegini sering merasakan orang lain tidak lagi memerlukannya. Dia meletakkan harga dirinya kepada pangkat dan kuasa.Begitu juga dengan orang-orang yang tua. Anak-anaknya sudah besar dan meninggalkannya untuk mencari sara hidup. Orang tua fikir dia tidak berguna lagi kepada anak-anaknya.Bila manusia meletak harga dirinya dalam keadaan begini dia akan bersedih. Inilah punca utama kenapa kadar kesedihan paling tinggi di kalangan orang-orang pencen dan tua di seluruh dunia. Kesedihan ini boleh membawa kepada membunuh diri. Sebab itulah kadar membunuh diri tertinggi di kalangan golongan ini di mana -mana pun, melainkan di kalangan orang-orang Islam.


Renungkan dan bermuhasabahlah,sesungguhnya Allah tidak menetapkan harga diri kepada harta, kuasa dan kedudukan. Manusia terbaik dalam pandangan Allah ialah:
1. Taqwa firman Allah:" Sesunguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu." (Al Hujurat ayat:13).Sebagai contoh nabi Muhammad s.a.w adalah manusia yang paling tinggi taqwanya kepada Allah.

Tanda orang yang tinggi taqwanya:
2. Beramal baik dan mencegah kemungkaran firman Allah:"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'aruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah." (Ali Imran ayat:110)
"Mereka melakukan amalan-amlan yang telah dilakukan mereka sedangkan hati mereka merasa takut kerana (mengenangkan) mereka kelak akan kembali kepada tuhan mereka. (Al Mu'minun ayat:60)
Tafsiran ayat mengenai hal ini: Daripada Aisyah r.a, dia bertanya: "Wahai Rasullullah, adakah (maksud ayat-ayat) 'Orang -orang yang melakukan amalan-amalan yang telah dilakukan mereka sedangkan hati mereka merasa takut (kepada-Nya) itu ' ialah orang yang mencuri, berzina dan minum arak dan kerana itu mereka takut kepada ALlah Azzawajalla?" Jawab beliau" "Tidak begitu! Wahai puteri Abu Bakr As-Siddiq! Tetapi itulah orang yang sembahyang, berpuasa dan bersedekah tetapi masih merasa takut kepada AL:lah Azzawjlla" (HR at- Tarmizi)
Semua orang boleh berikhtiar mendapatkan kedua benda ini. Ia bergantung kepada usahanya dan kurnia Allah :
"Maka apabila kamu telah selesai (dari satu urusan) , kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain, dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap." (Alam Nsyarah ayat:7-8)


Inilah cara-caranya Islam mendidik pengikutnya bagaimana berdepan dengan kesusahan /tekanan/musibah dalam hidup, yang merupakan sunattulah, supaya sesiapa yang beriman dapat mengecapi kemanisan kesihatan jiwa di dunia dan di akhirat.Firman Allah;
"Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jamaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku." (Al Fajr ayat:27-30).
Inilah diantara caranya untuk mendapat kesihatan dan ketenangan jiwa tanpa perlu kepada ubat atau rawatan psikoterapi.Caranya ialah meningkatkan keimanan seseorang.Persoalan yang timbul apakah itu IMAN?Firman Allah menjelaskannya:
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada ALlah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan ALlah, mereka itulah orang-orang yang benar." (Al Hujuraat ayat:15).Syara' pula menjelaskan Iman itu ialah pengakuan di lidah dan disemat dalam hati diikuti dengan usaha bersungguh-sungguh (jihad) dengan harta dan nyawa di jalan Allah, itulah ubat paling mujarab bagi wabak penyakit jiwa.
Saya sering melalui jalan ini bila berdepan dengan musibah dalam hidup.Dan saya dapati memang benar Allah selalu memenuhi janji-janji-Nya.

Moga perkogsian ini sedikit sebanyak dapat memberikan harapan kegembiraan sesama saudara islam yang sedang ditimpa ujian dan musibah insya Allah!!!


Kuseringkali panjatkan do'a penuh nista,

terpercik dari nafsu- nafsu dunia,

adakah jalan cahaya syurga,

ataukah ini semua tipu daya iblis durjana,

Kuingin nikmati harumnya syurga dunia,

tapi tercium sampah sampah pendusta,

ingin kulihat bintang kejora cita dan cinta,

tapi apakah aku sedang buta,


Jalanku terbentang jika sejadah kurentang,

setapak tangan sahaja jika kumelipatnya,

apa yang kurasa belumlah apa apa,

nantilah aku,aduh!! kesedihan tak terhingga,

Ku berserah atas nama hati pada MU ya Robbi,

Atas segala cita luka duka dan bahagia,

Kuatkanlah sabar ikhlas dan ikhtiarku,

Ku yakin dihujung sana ada cahaya pemuka yang menanti!!!

0 comments: