BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Selamat Datang

Tuesday, May 4, 2010

KAEDAH MENGHADAPI PASANGAN YANG PANAS BARAN

Dalam menjalani kehidupan rumah tangga adakalanya ia manis dan adakalanya ia pahit oleh kerana pasangan yang mempunyai pelbagai ragam terutamanya dalam menghadapi pasangan yang panas baran.Disini Insya Allah sama-sama kita berkongsi sedikit ilmu untuk menghadapi pasangan yang panas baran.Hayati dan fahamkan serta cubalah amalkan!!!

1. Wujudkan Empati(daya memahami perasaan seseorang)dalam Diri
Sudah menjadi lumrah manusia mudah selesa dan tenang apabila mengetahui ada individu lain yang memahaminya. Lantaran itu, cubalah letakkan diri anda dalam situasi pasangan.Empati yang wujud dalam diri anda sebenarnya secara tidak langsung boleh meredakan kemarahannya. Apabila berpeluang, tanyalah pasangan anda dengan soalan terbuka (open ended question). Namun, pada masa yang sama anda perlu ingat. Cara dan nada anda bertanya penting dalam mempengaruhi emosi pasangan. Setelah selesai bertanya, diamlah seketika untuk memberi laluan kepada pasangan meluahkan rasa marahnya. Kemarahannya akan beransur-ansur reda Insya Allah.

2. Alihkan Perhatian
Perasaan marah jika dibiar dan dilayan tentu menjadi bertambah parah. Apabila menyedari ada tanda-tanda baran pasangan akan muncul, berusahalah untuk mengalihkan perhatiannya. Sebagai pasangan, anda tentu maklum tentang perkara-perkara yang mampu menarik perhatian pasangan anda. Jadi, anda boleh memancingnya dengan berbicara tentang hal-hal tersebut. Kebijaksanaan anda melakukannya mampu membuatkan dia terlupa sebentar tentang kemarahan yang sudah berputik tadi.

3. Jangan Simbah Minyak ke Api
Umumnya, kemarahan boleh menjadi bertambah hebat jika ada yang merangsangnya. Oleh itu, usah cuba-cuba membakarkan lagi amarahnya. Ini boleh memburukkan keadaan. Dan tidak mustahil juga nanti, tangannya akan singgah ke muka anda.


BEBERAPA AMALAN SUNNAH BAGI MEREDAKAN MARAH

1) Mengubah Posisi - Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)


2) Berwuduk - Rasulullah s.a.w bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .


3) Minum air.


4) Mendiamkan diri ketika marah.. banyakkan istighfar di dalam hati.


5) Berlindung kepada Allah daripada syaitan.


6) Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.


7) Berfikiran positif.


8) Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; elakkan daripada memekik atau bertindak garang.


9) Bawa bertenang seperti menarik nafas.


10) Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.

0 comments: